Friday, March 11, 2011

Tudung awak tu betulkan

Heyy!


Sekarang ni kalau budak pompuan pakai tudung bawal (shawl tak masuk dalam entry ni ye) apeke sume tu, mesti nak selimpang bahu kiri kanan je kan. Kan? Kan? Kan lah kan? Normal view lah kononnya sekarang ni. Kalau tak pakai tudung tu betul betul, mesti bahagian leher dah jadi tontonan percuma.


Beberapa minggu lepas, aku yang baru nak ambik lesen sebagai kadet, datang lah sekolah dengan tshirt putih and tudung putih and selimpang jugak ah kan. Situ memang ofcourse lah ada Melayu Cina India. Nak ambik lesen ni memang kena ambik exam Theory and Praktikal. Salah satu praktikal yang kena buat... CPR. Tau tak apa benda tu?




Masa buat CPR, aku rasa memang ada steps yang aku salah buat. So aku tanya pemeriksa tu, nak buat lagi sekali boleh tak. Dengan tegasnya dia cakap TAK BOLEH. Macam bengang jugak la. Bagilah satu lagi chance kan. Ishh


Dengan hampa kecewanya aku pun pergilah dekat Abang D (non-Malay). Nak tanya lah boleh ke tak aku ulang balik buat CPR tu.

"Abang D, boleh tak orang nak buat CPR semula? Tadi rasa mcm tak lulus lah"


Dia tak jawab soalan aku. Tapi dia tegur
"Eh tudung awak tu betulkan. Nampak leher lah"

Yang bahagian berwarna, berconteng conteng tu. Next time kena
pin kan part leher tu.



Terdiam terus aku. Nak kata malu tu ada jugak la kan. Bayangkan; berapa ramai lelaki Melayu yang ada dekat situ. Tapi kenapa lelaki non-muslim, non-Malay yang tegur aku? Kenapa yang lelaki Melayu biarkan je? Abang aku punya jawapan: Sebab lelaki suka memandang. Lagi lagi benda yang tak sepatutnya.








Bersempena dengan entry ni, serta-merta aku teringat kempen Kak Sue Anna Joe "Wear It Right". Sebenarnya aku plan nak print kempen ni lepastu tempek dekat board kelas aku. And then tampal dekat board sebelah kantin. Biar sebilangan cikgu perempuan pun sedar yang dia kena jugak jaga aurat dia. Bukan pelajar je. Haha

8 comments:

♥NAJWA♥ said...

HAHA.
Tapi skrg mmg macam2 fesyen kan ?
Tapi wani tk sengaja tertayang.

I.Hazwani said...

@♥NAJWA♥
Diorang tu, tak tegur langsung :/

Izzah Ismuel said...

haha.
'biar sebilangan cikgu perempuan pun sedar yg dia kena jugak jaga aurat dia'
perhhh sentap ayat !
hahah. tp mmg betul pun.
bile tudung plajar perempuan singkat kemain lagi sibok. tp tudung sendiri tuh tak perasan. hehe

I.Hazwani said...

@Izzah Ismuel
Bak kata pepatah, "Bukak Facebook lama-lama,
Mengata orang; eh eh dia pun sama"


Taktau lah dari mana datang pepatah ni lalalalala~

twinkle twinkle said...

bgs nya non muslim tu

I.Hazwani said...

@twinkle twinkle
he is :) kalau dia tak tegur...

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

Semua yang ta tegur,
free-free dapat saham dosa kan?

Labuhkan tudung, Allah yang suruh.
*surah anNur; 31

I.Hazwani said...

@Ahmad Hanif Abd Halim Azmi
Yang nonMuslim yg tegur tu dapat apa pulak?