Wednesday, March 16, 2011

Imperfection is beautiful

  • "Yela, aku sedar aku pendek an. Tapi takkanlah korang tak sedar korang pijak pijak aku?"
  • "Mentang mentang aku gelap, korang tak nampak aku malam-malam ni kan. Harap gigi je putih"
  • "Muka aku mmg banyak parut jerawat, parut chicknepox. Jerawat pun tumbuh secara berjemaah. Kalau ye pun janganlah samakan aku dengan nenek spongebob"
  • "Jalan aku kengkang, kau susah apa?"
  • "Haah ye ah gigi aku tak perfect mcm korang pun. Tapi janganla perli gitu sekali. Aku manusia gak"




Berikut adalah kekurangan fizikal yang dialami rata-rata manusia zaman sekarang. Orang yang sempurna fizikal tu boleh lah kan pandang rendah kat orang lain. Cuba kalau kau sendiri dekat tempat orang yg tak perfect? Rasa rendah diri tau tak? Rasa tak boleh nak campur dengan orang lain.

Dengan wujudnya orang yg memandang rendah kekurangan fizikal orang lain, maka wujud juga low self esteem terutama dalam kalangan remaja. Salah satu punca low self esteem adalah penampilan fizikal yg serba kekurangan. Eh macam ulang balik je aku ni kan.

Causes of Low Self Esteem


Kekurangan fizikal yang disebutkan dekat atas tadi secara tak langsung membuatkan mereka menjauhkan diri daripada kehidupan sosial, kurang berkeyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai, merasakan bahawa orang lain menyampah memandang mereka.

Ada diorang mintak semua tu? ADA? Jangan ingat sebab kau putih, kau nak kutuk diorang hitam macam negro. Putih sangat ke kau? Kalau Tuhan tak cipta kau macam tu, tak merasa lah kau nak jadi orang putih kan.




Orang pendek yang tak sesuai dengan umur diorang - kau ingat diorang nak ke jadi macam sama tinggi dengan budak darjah enam? Tinggi sangat ke kau sampai nak kata orang lain pendek . Kalau nak gurau gurau dengan kawan yang agak rapat tu, ye ah. Boleh la kan. Ni tak, entah siapa entah, kau sedap sedap kutuk dia pendek. Orang pendek takde perasaan ke? (Sebelum ni aku selalu cakap diorang pendek blablabla tapi saja nak gurau gurau manja~)


Kau jalan kengkang, orang perli. Kau jalan macam model, orang perli.
Kau gigi jongang, orang perli. Kau gigi jarang, orang perli.
Kau berhidung pelik, orang macam "Aneh nya"
Kau kurus kering, orang perli. Kau gemuk pun orang perli.
Kau pelat, orang perli. SO WHAT AKU PELAT WEH? AKU MINTAK KE AKU MINTAK KE? Saya pelat saya comel. Awak ada masalah?


Jangan terlalu merendah diri dan jangan terlalu meninggi diri.
Sebab apa? Sebab sifat TERLALU itu sangat annoying
Tukarkan negative thinking into positive one!

Kalau fizikal sempurna tapi hati busuk otak bodoh takdak guna jugak kot. Manusia memang serba kekurangan. Maybe secara fizikal kau perfect tapi secara mental? Lalalalala~ Mintak maaf jika ada kekasaran bahasa. Aku menyampah bila orang nak kutuk kutuk orang lain itu ini macam dia perfect sangat la kan.

Ada yang lagi sempurna dari kita...

14 comments:

twinkle twinkle said...

ape ape pon yg penting hati mau besih :)

intan suraya said...

hmmm.. xde org perfect dlm dunia nie selain dr Rasulullah s.a.w.. org yg suka kutuk org tu sbnrnye x sdr diri.. kutuk imperfection seseorg= kutuk Penciptanya..

Alia Azmi ◕‿◕ said...

akak , akak .
kalau ade yg ckp akk tk cantikkn , ckp laa dkt die mcm ni ,

Muka saya tak cantik tapi saya tak kacau hidup awak kan ? Awak , awak cakap muka saya tak cantik kan ? Awak tahu tak siapa yang buat muka saya yang tak cantik ni ? Mesti awak tahu Allah yang buat . Awak kutuk saya tak cantik , sama macam awak kutuk tentang ciptaan Allah awak tahu . Eh awak , awak tu pun ciptaan Allah jugak kan ? Sedarlah sikit .

Read more: http://alia-azmi.blogspot.com/2011/03/kenapa-alia-tak-follow-blog-korang.html#ixzz1GmLObV7e


okbai ;p

• Alya • said...

yeyy dah buat pop up comment :P

btw. mmg hangenn aa dgn org2 cmtu. GTH la. heh.

I.Hazwani said...

intan suraya;
tu lah apa yg cikgu sy pernah cakap :)

mattoyol91 said...

ya ya...aku pon slalu kena perli gak sbb pelat huruf "r"...sampai sekarang lorh...alamak! rahsiaku terbongkar :P

sbb tu lisa surihani suka kat aku...ko pelat jgk ke? :P

I.Hazwani said...

alia;
manusia takde yg sempurna

I.Hazwani said...

alya;
wahh first time tgk alya ber-wind mcm ni kan. wuuu~

I.Hazwani said...

kak mira;
hati manusia zaman skrg tkde yg bersih 100%

I.Hazwani said...

"TOYOL";
HAHA aku pelat huruf S.
kau jgn perasan lisa surihani suka kt kau. entah entah pandang kau pun tidak~

PinQib said...

GILER GILER STUJUUU
qib pung self esteem teruk n low giler sbb tu jarang letak pic dkt blogg =(

I.Hazwani said...

qib;
LETAK GAMBAR DEKAT BLOG= High Self Esteem

TAK LETAK GAMBAR DEKAT BLOG= Low Self Esteem

HAHA

mattoyol91 said...

cmne awak sebut "s" tu? kalo aku "r" tu jadi "w" bile disebut...mcm "lori" jadi "lowi"...tapi cuba nak atasi ngan mimum air garam bercampur madu asli sebelum tido...petua ni

ps: jgn caye lak...

I.Hazwani said...

kang kalau lisa surihani baca lps tu ikut petua kau, aku tak bertanggungjawab haha

aku sebut S tu kdg kdg mcm T
paham tak?
contoh; saya jadi taya aku je kot rasa cmtu haha