Sunday, March 27, 2011

Cicak dan lipas bukan adik beradik

Heyy!

Memandangkan hari ni hari ahad yang mana aku perlu menyibukkan diri dengan folio sejarah, maka mengambil kesempatan juga untuk mengarang karangan yang tak seberapa. Semalam ada sorang budak ni tak reti reti lagi nak tido. Dia ingat dia budak besar ke apa nak tido lambat. Dah pukul 12 pun mata tak tutup jugak.




Dia sebenarnya tunggu orang lain (atau lebih tepat, dia tunggu mak aku. eh mak aku mak dia jugak. k dia tunggu mak kitorang) tido dulu, baru dia tido. Sementara tunggu mak kitorang lipat kain, dia pandang dinding. Tiba-tiba ternampak sesuatu bergerak pada dinding tersebut...

ADIK : Cipas cipas cipas!

AKAK : Apa cipas nya pulak? Cicak laa

ADIK : Cicak? Cicak cicak cicak!

Muka cicak dengan lipas ni sama ke?

Sumber: Cicak dan Lipas


Dia ni sama macam kakak dia jugak; tercombine nama cheetah dengan leopard hehe


Taknak ambik cicak kaler hijau. Tak tido malam pulak kang. Ni lagi satu~ Nak cari gambar lipas pun meleleh air mata. Nasib baik air hidung pun tak follow jugak kannn

No comments: