Sunday, March 27, 2011

Cicak dan lipas bukan adik beradik

Heyy!

Memandangkan hari ni hari ahad yang mana aku perlu menyibukkan diri dengan folio sejarah, maka mengambil kesempatan juga untuk mengarang karangan yang tak seberapa. Semalam ada sorang budak ni tak reti reti lagi nak tido. Dia ingat dia budak besar ke apa nak tido lambat. Dah pukul 12 pun mata tak tutup jugak.




Dia sebenarnya tunggu orang lain (atau lebih tepat, dia tunggu mak aku. eh mak aku mak dia jugak. k dia tunggu mak kitorang) tido dulu, baru dia tido. Sementara tunggu mak kitorang lipat kain, dia pandang dinding. Tiba-tiba ternampak sesuatu bergerak pada dinding tersebut...

ADIK : Cipas cipas cipas!

AKAK : Apa cipas nya pulak? Cicak laa

ADIK : Cicak? Cicak cicak cicak!

Muka cicak dengan lipas ni sama ke?

Sumber: Cicak dan Lipas


Dia ni sama macam kakak dia jugak; tercombine nama cheetah dengan leopard hehe


Taknak ambik cicak kaler hijau. Tak tido malam pulak kang. Ni lagi satu~ Nak cari gambar lipas pun meleleh air mata. Nasib baik air hidung pun tak follow jugak kannn

Saturday, March 26, 2011

Aku adalah Aku - Melda Ahmad


Lagu terbaru melda ahmad. Aku adalah aku. Credit untuk lirik; Liriklagu.





Lafazkanlah kata dari hatiku
Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri

Hidup bagiku sesuatu yang indah

Yang tak ternilai kenikmatan dunia padaku

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri

Lafazkanlah kata dari hatiku
Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

Lepaskanlah sayap impian
Bawalah ku terbang tinggi

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Sebenarnya
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Friday, March 25, 2011

What the kebetulan

Heyy!

Petang tadi, ada orang call semata-mata nak bagitau something... tapi aku tak angkat sebab tengah tido. Walaupun dekat sekolah tadi tak belajar langsung, tapi tetap merasai kepenatan sebab tak makan dekat sekolah. Nak menabung lah konon. NNI jeling sambil marah "Kalau ye pun nak jimat duit, takkan lah sampai nak seksa diri taknak makan"

Ok.


Baru tadi dia call semula. Nak bagitau something... tapi aku tau dah apa dia nak cerita. Dia nak cerita Pasal manusia yang bagi hadiah haritu.

Nak dijadikan cerita, manusia bagi hadiah tu (Z) baru pindah Raub. Sah-sah la takde kawan kat sana kan. Tapi aku tau dalam sebulan dua lagi dia mesti jumpa kawan baru sebab dia tu peramah terlebih sangat -.-'

 
Yang tersayang yang terindu yang tercinta. Ok dah yanggg.
Tak sayang, tak rindu, tak cinta pun.



"Tadi abang dekat CC. Lepak dengan membe.
Tiba-tiba ada mamat ni tanya membe abang cane nak isi borang UPU.
Membe abang cakap la dia taktau so kena tunggu membe lagi sorang.
Abang pun borak-borak la dengan dia kejap.
Abang tanya dia dari mana blablabla.
Kebetulan dia ckp dia sekolah Panglima.
Abg tunjuk gambar abg ifraan (abang aku la tu) pastu dia ckp dia kenal.
Then abg tunjuk gambar zaty. Dia tros diam.
Dia tanya abang, 'abang la yang marah saya couple dengan wani tu eh?'
Abang tanya balik 'Kau ke pakwe dia?' Dia diam lagi."



KECIKNYA DUNIA. So aku harap diorang tak cerita pape pasal aku sesama diorang. And aku harap... yeah cerita pasal seorang aku dekat sekolah dengan seorang aku dekat rumah tak perlu lah nak cerita dekat orang lain. Haha

Monday, March 21, 2011

Yuna just called me! And Adibah Noor was so funnyyy!

Heyy!

Title dah lah panjang, English pulak tu. Serabut je kan sape yg tak suka English.


BUT

Sape yang suka Yuna or Adibah Noor mesti tak kisah tajuk panjang panjang bahasa English pun. HAHAHA seriously they called me just now. Tak caye doh aku. Dahlah diorang sendiri mintak phone number aku kan? Jealous tak?

 
Tengok tak iklan yang Yuna suruh tengok lebih lanjut dekat sini ?
 Haa lepastu dia nak cuba adventure baru apentah.
So isi lah number korang. Tak kisah lah Selkom ke Meksis ke DeeG ke. Pun bolehhh

 
Then lepas dah key in number, dan tekan OK,
Yuna tunggu korang angkat call. 
Patutlah baru baru ni ada satu number yang aku tak kenal
asyik call je sejak dua-tiga bulan kebelakangan ni. 
Yuna beria-ia nak cakap dengan aku rupanya -.-



Nanti dia mintak pilih Option 1...

Atau option 2. Dia mintak pendapat kau lah tu.


WAKEBOARDING WUHUUU!
Aku pilih Option _.

YUNA SAID:
NAK LAGI BEST? CUBALAH LIBRESSE!

 
Next, beralih kepada segmen Adibah Noor pulak. Adibah Noor punya English. Tak suka English tapi suka Adibah Noor? Pergi lah dekat segmen dia. Tak suka Adibah Noor tapi suka English? Pergi jugak ke segmen dia. Eh molek ke aku guna DIA untuk refer kepada Adibah Noor?


Adibah Noord; drifting

Lepas drift, dia nak calling calling KAU.
Ye kau ah sape lagi kan? Hah bagi jelah number.
Amboi kalau Yuna mintak number, dengan number giliran UPSR kau bagi kan?

Buat muka menakutkan lah tu tapi comel

Semangat! tapi comel

Hyarghhh!
Aku taktau nape bunyi Hyraghh aku ni lain~

Kesian lelaki tu jatuh haha tapi comel.
Adibah Noor pun mintak maaf banyak kali. Tapi comel

Tunggu giliran untuk pecahkan kayu. 
Sempat makeup lagi tu. Tapi comel

Dah sampai giliran untuk memecahkan kayu tersebut.
Oh boyyy, lelaki tersebut kelihatan risau. Mengapakah?


Finally, she did it! Yeayyy

ADIBAH NOOR SAID;
TRY LIBRESSE. IF YOU DON'T, YOU'LL MISS IT.
(tak ingat lah dia cakap apa hehe)


Kan best kalau Dingdong Dantes yang call aku. Pastu cakap MAHAL KITA! Yang tu je aku paham. Oh Dingdong, (ah Dingdong pun Dingdong lah. kalau hati dah berkenan, apa pun kita suka) walaupun awak tua ehem 16tahun kot daripada saya, tapi takpelah. Saya suka tengok awak dalam Marimar. Saya jealous tengok awak peluk peluk Marimar. Saya bengang bila tengok ramai pompuan dekat dengan awak. Awak, janganlah goda saya. Tapi... awak ni model in-seluar ke? *garu garu hidung


Entry sepantas kilat. Tadi ada mood nak update, tapi sekarang dah pukul 10.40PM. Aku patut study pukul 9 tadi. Sampai sekarang jiwa tak tenang selagi tak study. Kalau tak study, nanti tak dapat jawab soalan cikgu Science esok. Kalau tak dapat jawab soalan cikgu, alamatnya kena belajar atas lantailah kau!

Friday, March 18, 2011

Macam drama

Heyy!

Semalam setengah jam aku 'terbakar' macam tu je semata-mata nak cari rumah Pengerusi. Tak bengang pulak aku kan haha. Masa dia set tarikh nak jumpa semua tu...

Pengerusi : Kau boleh ke datang rumah aku?
I.Hazwani : Ala abang aku hantar lah nanti.
Pengerusi : IM15.
I.Hazwani : Haaa? Haihh dekat sangat tu. Dekat sangat-sangat-sangat


Pukul tiga petang tu jugaklah baru keluar rumah. Bagus tak bagus tak? Memang la bagus kan? Pusing sana sini sana sini pusing. Dekat tiga setengah baru sampai. Dah sampai sana, boleh pulak kitorang tak buat pape kan. Sebab... blank taktau nak buat apa. Dah lah Rabu ni nak buat presentation. Dahlah tak dapat contact cikgu. Dah lah homeworks belambak. Dahlah rumah ada piring Astro je -,- YANG LAST NI TAKDE KAITAN

Apa aku buat kat rumah dia? Oh, buli dia je haha Pengerusi kan comel. Patutnya kalau first time aku pergi rumah orang, aku kena malu-malu. Tapi semalam aku buat macam dah sebelas kali pergi rumah dia. Macam dah kenal sangat dengan dia. Padahal baru kenal.


Sape tau aku naik kete apa?


Dia cakap "Kalau aku cakap ni kau jangan marah eh. Tapi aku tengok gaya kau ni..macam kau...playgirl je. Eh kau bukan playgirl kan? Sorry lah jangan marah" HAHA serious tak marah. Bagus la en kau terus terang pasal pendapat kau; berbanding jadi hipokrit; depan cakap A belakang cakap F. Depan aku sengih macam gigi dia je lawa tapi belakang muncung panjang mengalahkan pokok kelapa belakang rumah aku.

// Haritu aku datang lambat sekolah lepastu kebetulan cikgu tanya aku tinggal mana, aku cakap "Saya tinggal kat IM LIMA-ehem belas. Yea IM-LIMABELAS"


Btw makcik semalam tu mintak maaf. "Kak Ilah, F mintak maaf sebab tuduh Kak Ilah bukan bukan. F tau F salah. Setelah apa yg berlaku blablabla baru F tau Kak Ilah ni baik orangnya" entah aku tak ingat dah sisi message tu. Macam drama pulak kan. Ayat memang stok drama melayu punya dia bagi kat aku.

Aku rasa nak reply; "Makcik F, saya mintak maaf sebab saya reveal cerita pasal Makcik dekat blog saya. Baru saya tau Makcik pandar berdrama. Tunjuk ajar ku sifu!" Tapi apakan daya credit Maxis RM0.00 dan Celcom RM20++. So boleh lah show off dengan korang yg aku dah topup yeayy!

Thursday, March 17, 2011

"Saya bukan Ilah" - I.Hazwani

Heyy!

Kalau boleh tiap tiap hari nak tekan New Post kan kau ni. Yelah, orang jarang update blog disebabkan exam, nak buat camne kan. Semalam lah kan kan, masa aku tengah berjaga menunggu sesuatu yang tak pasti lah sangat, tiba-tiba ada satu message baru masuk. Ingatkan kawan-kawan nak wish Good Night Sweet Dream  Muahh Muahh semua tu- Tapi bukan.

Satu unknown number yang tiba-tiba muncul dekat skrin. Aku pun baca je... mana tau kot kot dia cakap dia tu bapak aku yg tersadai dekat balai polis mintak credit ke, menang cabutan bertuah RM421996 ke kan. Mana lah tauuuu. Tapi lain pulak yang aku dapat.


012____ NUMBER MAKCIK TAK SEDAR DIRI
017_____ NUMBER BUDAK YANG TAK DPT TIDO


CEH, HUSBAND LAH SANGAT KAN. Dah la kacau orang malam-malam. Lain aku harap, lain pulak yang contact aku. Lepas message terakhir dari aku tu, memang aku dah tak reply pape sebab nak save credit punya pasal. Apa kau ingat ayah aku tauke jual prepaid? Dahlah number Celcom sebulan tak topup. Masa ada duit, takde masa nak keluar. Ada masa nak keluar, takda duit pulak. Sadis



Aku tak reply pun, dia nak send message jugak. Cakap aku main-main dengan dia. Awak jangan main main dengan saya eh. Saya tahu saya tak pandai loghat utara sana tapi yang saya tahu, kalau awak ugut saya macam macam, saya report polis. Tu je.

Kalau ini hanya prank...
Anyone yang guna number ni untuk kenakan aku, tolonglah berhenti. Annoying sangat. Aku tau kau loaded, banyak credit pulak tu, topup seminggu sekali kan? Daripada mengacau orang, lagi baik kau derma sikit dekat aku



Puan Ratu Hati suruh tukar number maxis ni. Sayang nya sebab -digit akhir number ni sama dgn number Celcom. Nak tukar ke tak nak tukar ke tak?

Wednesday, March 16, 2011

Imperfection is beautiful

  • "Yela, aku sedar aku pendek an. Tapi takkanlah korang tak sedar korang pijak pijak aku?"
  • "Mentang mentang aku gelap, korang tak nampak aku malam-malam ni kan. Harap gigi je putih"
  • "Muka aku mmg banyak parut jerawat, parut chicknepox. Jerawat pun tumbuh secara berjemaah. Kalau ye pun janganlah samakan aku dengan nenek spongebob"
  • "Jalan aku kengkang, kau susah apa?"
  • "Haah ye ah gigi aku tak perfect mcm korang pun. Tapi janganla perli gitu sekali. Aku manusia gak"




Berikut adalah kekurangan fizikal yang dialami rata-rata manusia zaman sekarang. Orang yang sempurna fizikal tu boleh lah kan pandang rendah kat orang lain. Cuba kalau kau sendiri dekat tempat orang yg tak perfect? Rasa rendah diri tau tak? Rasa tak boleh nak campur dengan orang lain.

Dengan wujudnya orang yg memandang rendah kekurangan fizikal orang lain, maka wujud juga low self esteem terutama dalam kalangan remaja. Salah satu punca low self esteem adalah penampilan fizikal yg serba kekurangan. Eh macam ulang balik je aku ni kan.

Causes of Low Self Esteem


Kekurangan fizikal yang disebutkan dekat atas tadi secara tak langsung membuatkan mereka menjauhkan diri daripada kehidupan sosial, kurang berkeyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai, merasakan bahawa orang lain menyampah memandang mereka.

Ada diorang mintak semua tu? ADA? Jangan ingat sebab kau putih, kau nak kutuk diorang hitam macam negro. Putih sangat ke kau? Kalau Tuhan tak cipta kau macam tu, tak merasa lah kau nak jadi orang putih kan.




Orang pendek yang tak sesuai dengan umur diorang - kau ingat diorang nak ke jadi macam sama tinggi dengan budak darjah enam? Tinggi sangat ke kau sampai nak kata orang lain pendek . Kalau nak gurau gurau dengan kawan yang agak rapat tu, ye ah. Boleh la kan. Ni tak, entah siapa entah, kau sedap sedap kutuk dia pendek. Orang pendek takde perasaan ke? (Sebelum ni aku selalu cakap diorang pendek blablabla tapi saja nak gurau gurau manja~)


Kau jalan kengkang, orang perli. Kau jalan macam model, orang perli.
Kau gigi jongang, orang perli. Kau gigi jarang, orang perli.
Kau berhidung pelik, orang macam "Aneh nya"
Kau kurus kering, orang perli. Kau gemuk pun orang perli.
Kau pelat, orang perli. SO WHAT AKU PELAT WEH? AKU MINTAK KE AKU MINTAK KE? Saya pelat saya comel. Awak ada masalah?


Jangan terlalu merendah diri dan jangan terlalu meninggi diri.
Sebab apa? Sebab sifat TERLALU itu sangat annoying
Tukarkan negative thinking into positive one!

Kalau fizikal sempurna tapi hati busuk otak bodoh takdak guna jugak kot. Manusia memang serba kekurangan. Maybe secara fizikal kau perfect tapi secara mental? Lalalalala~ Mintak maaf jika ada kekasaran bahasa. Aku menyampah bila orang nak kutuk kutuk orang lain itu ini macam dia perfect sangat la kan.

Ada yang lagi sempurna dari kita...

Tuesday, March 15, 2011

First time jadi fasi best jugak

Heyy!

Lepas larian Panglima haritu, dengan tak berapa penatnya kitorang gerak SMK PANDAN. Jauh tak jauh jugaklah kan. (Sebenarnya aku tak lari pun. Badan dah elok elok skinny nampak tulang, kang kalau lari, tercabut kulit aku ni kang )


Pengetua sekolah tersebut mengalu-alukan kedatangan kami. "Terima kasih kepada cikgu dan fasilitators kerana sudi hadir blablabla" Fasi? Aku... fasi? HAHA ada hati nak jadi fasi padahal kau lesen pun takde dalam poket lagi. Boooo!


Disebabkan satu kumpulan satu fasi, aku angkat kaki pergi dekat kakak KRS dekat belakang sekali. Then, cikgu bagi satu case dekat kitorang. Setiap group akan diberi sorang budak yg dah injured. Group aku punya budak tu nasib baik kecik. Senang nak papah, senang nak angkut, senang nak seret, tapi tak senang nak masuk poket


Sedap lah kau kan keliling kau ramai perempuans + aku. Dapat baring atas riba pulak tu.
Uishh pangkat kakak tu dik oih haha gurau je


Ni case dia : Konon terjatuh masa tengah main dekat palang apentah. Sekolah diorang ada macam tempat nak main gayut gayut. Takpe, sekolah aku ada kolam. Mandi sama sama dengan ikan dalam kolam tu.
Kan best tuuu.

KRS + bomba
Comel tak comel tak? Comel macam fasi diorang lah tu hehe

Yang aku perasan kan. Kalau satu group tu ada lebih dari tiga orang, tak ramai pun buat keje. Entah entah sorang je buat keje. Mana mana pertandingan/aktviti secara berkumpulan, memang selalu camni. Eleh eleh macam korang tak pernah kena pulak.

Sunday, March 13, 2011

LIRIK : Pulanglah by Awi Rafael

Heyy!

First time dengar lagu ni semalam. Mula-mula dengar macam @#$%^. Tiba tiba best pulak. Lalalalala~



Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku 'tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada?

(pre-korus)
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskan aku pun tetap menantikanmu
Berikan jawapan

(korus)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

(ulang pre-korus & korus)


Tak kenal, maka tak cinta. Bila dah kenal... ceh tak cinta jugak

Friday, March 11, 2011

Girls and haircuts

Dulu tak menyempat nyempat nak potong rambut. Sekarang mula la menyesal.


Tumblr_lhrhxhhiwu1qb67gho1_500_large

Tudung awak tu betulkan

Heyy!


Sekarang ni kalau budak pompuan pakai tudung bawal (shawl tak masuk dalam entry ni ye) apeke sume tu, mesti nak selimpang bahu kiri kanan je kan. Kan? Kan? Kan lah kan? Normal view lah kononnya sekarang ni. Kalau tak pakai tudung tu betul betul, mesti bahagian leher dah jadi tontonan percuma.


Beberapa minggu lepas, aku yang baru nak ambik lesen sebagai kadet, datang lah sekolah dengan tshirt putih and tudung putih and selimpang jugak ah kan. Situ memang ofcourse lah ada Melayu Cina India. Nak ambik lesen ni memang kena ambik exam Theory and Praktikal. Salah satu praktikal yang kena buat... CPR. Tau tak apa benda tu?




Masa buat CPR, aku rasa memang ada steps yang aku salah buat. So aku tanya pemeriksa tu, nak buat lagi sekali boleh tak. Dengan tegasnya dia cakap TAK BOLEH. Macam bengang jugak la. Bagilah satu lagi chance kan. Ishh


Dengan hampa kecewanya aku pun pergilah dekat Abang D (non-Malay). Nak tanya lah boleh ke tak aku ulang balik buat CPR tu.

"Abang D, boleh tak orang nak buat CPR semula? Tadi rasa mcm tak lulus lah"


Dia tak jawab soalan aku. Tapi dia tegur
"Eh tudung awak tu betulkan. Nampak leher lah"

Yang bahagian berwarna, berconteng conteng tu. Next time kena
pin kan part leher tu.



Terdiam terus aku. Nak kata malu tu ada jugak la kan. Bayangkan; berapa ramai lelaki Melayu yang ada dekat situ. Tapi kenapa lelaki non-muslim, non-Malay yang tegur aku? Kenapa yang lelaki Melayu biarkan je? Abang aku punya jawapan: Sebab lelaki suka memandang. Lagi lagi benda yang tak sepatutnya.








Bersempena dengan entry ni, serta-merta aku teringat kempen Kak Sue Anna Joe "Wear It Right". Sebenarnya aku plan nak print kempen ni lepastu tempek dekat board kelas aku. And then tampal dekat board sebelah kantin. Biar sebilangan cikgu perempuan pun sedar yang dia kena jugak jaga aurat dia. Bukan pelajar je. Haha