Tuesday, February 01, 2011

Weh kau follow aku ke tak?

Heyy!


Since harini satu hari bulan dua, maka aku pun gunalah nama blogger mcflurry nihh sebab harini birthday dia. Nak wish tak birthday dia? Meh klik sini.




Jangan ingat sebab gambar profile aku takde dekat list followers korang, aku tak follow blog korang pulak. Sometimes aku tak suka follow orang secara public. Biasanya aku memang follow blog-blog budak sekolah aku TAPI.. Ye ada tapi ye. Secara Anonymous. Nape? Kalau aku follow public, kantoi pulak aku ada blog kan? Kenapa aku tak suka budak sekolah aku tau kewujudan blog ni? Kenapa? Yang tu kita akan kupaskan, kopekkan, hiriskan dalam entry akan datang.


Aku bukan jenis yang "Followed you. Follow me back (kalau tak I unfollow blog you nanti)". Kalau aku nak follow, maka follow lah aku. Ehh macam lain pulak maksud ayat ni. Maksud dia, kalau aku nak follow blog kau, aku dah lama follow. Tak perlu tunggu kau invite aku dengan hormat nya untuk follow blog kau tu.


KENAPA AKU SUKA FOLLOW KORANG ANONYMOUSLY?

Dulu aku suka follow orang secara umum. Tapi aku tak pernah pun mintak diorang follow aku balik. Aku taktau apa ada dalam kepala dan otak diorang sampai diorang follow aku balik. Maybe diorang ingat "Ohh budak ni mesti nak soh aku follow dia balik" Ish, takdelah. Jangan pk camtu. Sampai hati korang kan. Aku ikhlas sangat follow korang Sebab tu lah sekarang ni aku suka follow anonymously.


Contohnya. Kalau aku dah follow blog orang tu secara public, mesti dia follow blog aku then cakap
"Followed you back"
Maka dengan rasa bersalah aku cakap kat dia "Eh takpayah follow pun takpe"
Pastu dia reply lagi "Takpe, blog awak best. Suka baca. Sbb tu lah follow "
Ni ikhlas ke tak nih? Aiseh, serba salah pulak aku. Lepasni aku follow korang anonymous je lah.



Point yang kedua ketiga dan seterusnya... aku dah terlupa pulak. Takpelah. Satu je dah cukup kan? Ringkas dan padat maksimum macam Milo! Oh ye, nak pi buat Milo 3in1 tu. Bak kata nenek aku lah, nenek aku yang cakap ehh, bukan aku..

"Ginilah gaye'e orang bandar. Mana reti bancuh bancuh air. Semua guna 3in1 dahh." Sape cakap aku tak reti bancuh air? Ambik air, sukat sampai 180ml. Lepastu letak 4scoops susu Anmum Essential lepastu goncang goncang kan botol. Then sumbat dalam mulut adik. Terror tak aku bancuh air?

1 comment:

amira azhari said...

sangat ikhlas,suka orang camni :)