Monday, February 14, 2011

Online lah anda

Heyy!

Sebelum tu, ni entry agak personal. 
Takyah baca pun takpe. Tak masuk UPSR.


Ehem hai assalammualaikum harini hari Isnin, yeee patutnya tak online tapi sebab hari Sabtu Ahad tak online, maka aku meng'online'kan diri sendiri. "Online lah anda sebelum anda diONLINEi" Kira macam ayat "Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi" Ye, bukan disembahyangkan.


Sebab? Takkan lah jenazah yang takde nyawa tu kau nak dirikan dia lepastu tolong sembahyang kan dia? Kannn? Further information, tanya je cikgu BM aku sebab aku tak ingat amende dia cakap sebab tiap tiap hari keje aku dalam class dok berkhayal. Sepuluh minit je bagi tumpuan dalam class. Bak kata Kacang Hitam, "Dahsyattt" dengan kening kening sekali terangkat haha comel nya.


....


Sorry, terlupa nak cakap apa sebab intro terpanjang pulak. Sepanjang Sabtu Ahad ni aku menghadirkan diri ke sekolah atas sebab sebab yang patutnya boleh dielakkan tapi aku sengaja taknak elakkan.


So Sabtu Ahad haritu, sampai 4 petang lah aku menetap dekat dewan Panglima. Not bad walaupun mengantuk sesikit. Tapi dapat usha abang Form 6. Perghh hilang terus mengantuk. Last last abang Danesh tanya sorang sorang peserta dalam kursus tu (kira kursus la kot). "Apa pendapat awak tentang apa yang awak belajar sepanjang harini?"


Terus ternganga aku nak menjawab dah la dalam dewan tu banyak main jee. Hentam je jawab "Nak jawapan jujur kan? Eheh sebenarnya saya rasa boring sikit sebab tadi yeah you know lah kan Sejarah such a boring subject to learn and blablabla" Hambik kau jujur dah tu aku kasi. Budak kecik mana pandai menipu kan?

1) Ni lah dia mamat ayng aku usha hari Sabtu. Macam sombong~
2) Gambar takboleh besar. Nanti Abe Yusup jealous.

Actually, masa hari Sabtu tu aku ada usha Chinese Form 6 nih. Habis lah berebut rebut dengan kakak Form 5. Nak nanges rasee. Pastu aku nak tengok Chinese tu dekat dekat. Nisa taknak join pulak. Nasib baik Kak Silah bawak aku pergi tengok mamat Chinese tu haha huahahahaha.



Yang ni dikecualikan. Abe Yusup, yang ni takpe kan gambar besar? 
Ala, nanti saya letak gambar awak besar katak dalam blog ni. 
Nantilah. Saya tak ready nak kenalkan awak dekat orang lain, Abe Yusup.
Sebab saya tau awak nak hubungan kita dirahsiakan. 
Akhir sekali, saya sayang awak lebih daripada abang yang muka macam Minho.
Jangan risau =)


Next, esoknya tu. Dah tak usha dia sebab dia macam sombong. Minat sorang lagi ni, muka macam Minho; bak kata Ida la. Dia comel, comel, comel, baik, layan budak budak. Ahh comelnya sampai nak menangis. Masa tu aku terhilang ingatan dekat Abe Yusup. Oh, 'dia' pun aku terlupa jugak.




Masa dah nak balik tu ah kan, abang yang muka macam Minho duduk atas kerusi. Lama jugak aku pandang dia. Diri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. Semangat! Tunggu dia pandang, then lambai pastu senyum. Pastuu? Dia senyum & lambai balik.


Ada cerita disebalik beg ni sampai Ida cakap
"Gengster pakai beg bunny! Haha"

Pastu lagiii. Ahh part ni memang takde orang baca dah kot. Hamende aku nak cakap? Sudah, lupa! Ohh time nak keluar daripada pagar sekolah, aku jalan belakang dia. Pastu kebetulan ternampak Suhayl. Aku jerit je "Suhayl! Bye!" Untuk pengetahuan anda ye, semalam aku lambai hampir semua manusia yang aku kenal. Lambai depan depan muka pulak tu. Tu tandanya aku bahagia.



Hah sambung. Lepas aku jerit dekat Suhayl, that Abang Minho pandang belakang, senyum and cakap "Bye" sambil lambai. Terus aku rasa nak pengsan.




Tu je kot.


Hari Ahad semalam dengan rajinnya aku tolong Kak Silah dekat so-called-dapur kat luar dewan. Tolong tuang air, basuh cawan sume tu. Berbaloi lagi sekali. Sebab Minho and Chinese yang mcm sombong tu keluar jugak nak minum air. Oh Myy aku rasa nak pengsan lagi time basuh cawan tu. Alahai gedik aku dah datang balik. Lepasni aku nak cite pasal Ujian Lisan (cikgu tak habis habis cite pasal budak Gigih cehh tak dengki aku) & pasal aku hampir langgar motor. Maksud aku, motor hampir langgar aku. Entah, aku taktau sape hampir langgar sape.

6 comments:

Cik Pieka said...

CEPAT LA REZISE SYS PUNYE COLUMN. NI BOLE TAEP ENTRY PANJANG2. TAKAN REZISE SYS PUNYE COLUMN PON TALE. SEDEY3. HAHA *sowi la sbb nyusakan, klu ta dpt na uat, gtw sys oke* *bg la alasan bz gn study, konfem sys ta kacao wani* :D

M E Z said...

baik abang macam muka monho tu tolong jawabkan haha :D

I.Hazwani said...

@Cik Pieka
Eh dia nihh. Orang baru online HARINI tau takkk. Saje je meng'pressure'kan orang haha

I.Hazwani said...

@M E Z
Ape? MONHO? Hoo yelah, MONHO pun MONHO lahh

M E Z said...

ehhh silap taip la hahaha XD Mnho *apani keyboard, buat orang malu je* ;p

I.Hazwani said...

@M E Z
Padan muka. Mesti dia berdendam dgn MEZ~