Tuesday, February 15, 2011

Jangan jadi Parkinson

Heyy!

Hari pertama ujian lisan, semua orang cuak. Aku je tak. Ye, aku TAK. Taktau lah kenapa dan mengapa. NNI siap tarik tarik lengan baju aku dek kerana kecuakan dan kecukaan yang terlampau. Orang lain dah nak pucat muka, aku ni je yang takde pape. Apesal eh?


NNI tak habis habis membising bising dekat sebelah haha aku pun cakap lah "Relax la ujian lisan je pun kan tu pun nak cuak amende aa korang nih blablabla" Berlagak konon

Tiba-tiba... cikgu mention nama...

IZZ HAZWANI!

Perghh, aku yang masa tu belum habis berlagak dengan NNI, terus terkedu, terdiam, terharu. NNI tolak tolak badan aku "Hah pergilah wani. Tadi cakap relax an. Mula a cuak!" Ah sudahh. Fine, maka pergilah aku ke hadapan class. Pantun peribahasa siap siap hafal dah. Sekali sampai dekat depan, terus stuck dekat tengah tengah pantun. Pandang pandang lantai. Habis terketar badan aku.


Next day, request kat cikgu nak buat ujian lisan semula. Pergi ke depan dengan yakin. Buat muka nak senyum mintak sepak.


"Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Saya izz hazwani, berdiri di sini buat kali kedua untuk menjalani ujian lisan disebabkan kali pertama saya terketar-ketar seperti parkinson - tu apa yang NH cakap lah. maka pada harini saya ingin mendedahkan cara-cara untuk menghilangkan gementar ketika berucap"

Diam. Pandang cikgu.

"Bagus. Teruskan."



  1. Elakkan daripada memegang kertas, kerana jika anda gementar, ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar.
  2. Berlatih, dan terus berlatih, gunakan cermin atau rakan/pasangan anda.
  3. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan ucapan.
  4. Fahami isu yang ingin dibentangkan
  5. Bersantai. Jangan panik, relaks.
  6. Yakinkan diri bahawa orang lain ingin melihat anda berjaya menyampaikan ucapan sehingga habis.


Sampai point kelima, stop kejap. Tarik nafas. Takut. Gementar. Semua diam. Pandang aku. Masa tu jugak aku rasa nak lari dari sekolah.

Sebenarnya, kalau nak buat ujian lisan, jangan ikut sangat ayat aku. Sebab ayat tunggang langgang, tak sempat nak buat persediaan sepenuhnya. Yang pasti, memang rasa legaaa sangat sebab dapat buat ujian kali kedua. Lepasni oral speaking dalam English. NNI cakap "Apa susah. Translate je ucapan wani tu dalam English"


"Macam mana awak tengok Hazwani terketar-ketar tadi, macam tu jugaklah cikgu setiap hari. Terketar-ketar bukan sbb gementar, tapi sbb geram awak semua taknak dengar cakap cikgu" - Cikgu BM.

"dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah SWT supaya dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita. sekian terima kasih."

4 comments:

fatihahnur ♥ said...

WOW ujian lisan akk mcm tu ke ? :O
Kalau saya, kena present KOMSAS -.-
Takut ni, Khamis ni, terketar-ketar :3

PS : InsyaAllah follow tips akak tu ^^

I.Hazwani said...

@fatihahnur ♥
Good luck tau hahah
Btw tu bukan tips akk pun. Copy dari internet je

Alwani Raihan said...

waahhh relax lah cool jee, praktis kat cermin sgt btul la tuu.

tapi bila try sendiri bukan menjadi pn, asyik nak gelak tgk muka sendiri yg mcm tah hape hape HAHA XD

I.Hazwani said...

@Alwani Raihan
Tapi ada jugak terdetik dlm hati " Comel jugak aku ni hahaha"