Wednesday, February 02, 2011

3 Benda yang kau nampak pada aku

Heyy!

Aku taktau la kan, tapi ada beberapa orang kawan aku ni memang jenis alert btol dengan keadaan sekeliling / kawan kawan diorang. Comel taaak? Yelah aku ni nampak je tak alert, tapi sebenarnya.. memang tak alert pun -.-


1. Kitorang tengah lepak lepak. Lepastu si kawan ni tegur sambil pandang aku.

"Eh wani, gigi kau dah tumbuh eh? Apesal aku baru perasan?"
"Tumbuh? Entah, aku pun tak pasan gigi aku tengah tumbuh"

2. Baru sampai dekat rumah kawan. Dengan muka tak bangganya tudung ditanggal. Takpe, adik adik lelaki dia masih kecik dan agak innocent.

"Weyyyy rambut kau dah panjang"
"Eheh dah panjang? Fuhh nasib baik dah panjang. Aku ingatkan rambut aku tknk beranak dah"

3. Aku duduk bersila sambil memikir sesuatu. Entah, tak ingat pulak aku tengah buat apa masa tu.

"Kuku kau berkilat lah!"
"Huh? Ape keee ____. Sampai kuku aku pun kau perasan."


Salah satu dialog yang aku tak lupa...

"Kau, kulit aku tak tegang. Aku dah tua. Oh tidaaak"
"Suara pun pelat lagi, perasan pulak dia dah tua~"
"Apa kau cakap? PELAT?"
"Tak tak. Maksud aku, suara kau comel"

Sampai hati kau kan kan kan. Mane Abe Yusup nih? Tepilah! Balik umah mak! *Segala konversasi dan kontroversi telah di'filter'.

No comments: