Sunday, February 20, 2011

Tak sihat, pergi klinik

Heyy!

Ada budak tengah demam dalam rumah ni. Adik kedua saya aka adik tengah lah tu. Maka dengan kata putus ibu, kami ingin menuju ke Klinik Rosli. Eh ehh Poliklinik Annisa bukak. Dah ada yang dekat, buat apa nak pergi jauh jauh kan?


Kesian adik akak. Terus muka kurang peratus kecomelan.
Lepasni ada orang nak datang mengorat lagi tak? Eheh


"Macam malas je nak tunggu. Rasa nak kua dari sini"


"Takpe, sabar tu separuh dari iman. Sabar jelah tunggu ibu ngan abang kua"


"Yeayy finally keluar jugak!
Eh eh apesal saya yg over ni?"


"Lawa tak muncung saya?
Ingat kakak kakak kat luar sana je ke boleh buat?"



"Btw sila teka ketinggian saya"

Gambar budak demam tak banyak pulak sbb dia demam. Si adik ni terlebih rajin membuli abang dia. Mentang mentang abang demam ye -.-

Friday, February 18, 2011

Gigi arnab

Heyy!

Harini hari apa? Hari yang ceria. Jap, kepala aku pening sikit gara-gara van ambulans tadi. Rasanya lepas ni macam taknak naik dah. Boleh mendatangkan fobia~

Next. Pagi-pagi sampai sekolah terserempak dengan sorang manusia ni. Ofcourse lah tegur bila dah jumpa. Tak tegur kang kata aku ni takde penglihatan pulak. Diri dekat tengah tengah jalan orang nak masuk parking pulak tu.



Tadi lepas sorang, sorang lagi datang wish birthday dia. So? Ada aku kisah? Birthday dia, bukan birthday aku. Yang penting sama bulan; Februari. Itu penting. Bulan Februari unik. Bulan kau?



Manusia ni. Gigi lawa. Yee tau lah gigi lawa.

Semoga panjang umur, semoga cepat tinggi, semoga bahagia dan terlebih bahagia, semoga sedar yang aku ni manusia jugak, semoga sedar yang seorang manusia itu mempunyai perasaan haha dan semoga dengar cakap adik dia. Tu je kot. Ada lagi nak tambah, tapi one-to-one jelah.

Perlu ke tak eh cakap Happy Birthday? Entahh, malas! Haha.
Cakap I Love You boleh?


Adik wish birthday akak seminit sebelum 19Februari. Aci tak?

Tuesday, February 15, 2011

Jangan jadi Parkinson

Heyy!

Hari pertama ujian lisan, semua orang cuak. Aku je tak. Ye, aku TAK. Taktau lah kenapa dan mengapa. NNI siap tarik tarik lengan baju aku dek kerana kecuakan dan kecukaan yang terlampau. Orang lain dah nak pucat muka, aku ni je yang takde pape. Apesal eh?


NNI tak habis habis membising bising dekat sebelah haha aku pun cakap lah "Relax la ujian lisan je pun kan tu pun nak cuak amende aa korang nih blablabla" Berlagak konon

Tiba-tiba... cikgu mention nama...

IZZ HAZWANI!

Perghh, aku yang masa tu belum habis berlagak dengan NNI, terus terkedu, terdiam, terharu. NNI tolak tolak badan aku "Hah pergilah wani. Tadi cakap relax an. Mula a cuak!" Ah sudahh. Fine, maka pergilah aku ke hadapan class. Pantun peribahasa siap siap hafal dah. Sekali sampai dekat depan, terus stuck dekat tengah tengah pantun. Pandang pandang lantai. Habis terketar badan aku.


Next day, request kat cikgu nak buat ujian lisan semula. Pergi ke depan dengan yakin. Buat muka nak senyum mintak sepak.


"Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Saya izz hazwani, berdiri di sini buat kali kedua untuk menjalani ujian lisan disebabkan kali pertama saya terketar-ketar seperti parkinson - tu apa yang NH cakap lah. maka pada harini saya ingin mendedahkan cara-cara untuk menghilangkan gementar ketika berucap"

Diam. Pandang cikgu.

"Bagus. Teruskan."



  1. Elakkan daripada memegang kertas, kerana jika anda gementar, ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar.
  2. Berlatih, dan terus berlatih, gunakan cermin atau rakan/pasangan anda.
  3. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan ucapan.
  4. Fahami isu yang ingin dibentangkan
  5. Bersantai. Jangan panik, relaks.
  6. Yakinkan diri bahawa orang lain ingin melihat anda berjaya menyampaikan ucapan sehingga habis.


Sampai point kelima, stop kejap. Tarik nafas. Takut. Gementar. Semua diam. Pandang aku. Masa tu jugak aku rasa nak lari dari sekolah.

Sebenarnya, kalau nak buat ujian lisan, jangan ikut sangat ayat aku. Sebab ayat tunggang langgang, tak sempat nak buat persediaan sepenuhnya. Yang pasti, memang rasa legaaa sangat sebab dapat buat ujian kali kedua. Lepasni oral speaking dalam English. NNI cakap "Apa susah. Translate je ucapan wani tu dalam English"


"Macam mana awak tengok Hazwani terketar-ketar tadi, macam tu jugaklah cikgu setiap hari. Terketar-ketar bukan sbb gementar, tapi sbb geram awak semua taknak dengar cakap cikgu" - Cikgu BM.

"dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah SWT supaya dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita. sekian terima kasih."

Monday, February 14, 2011

Online lah anda

Heyy!

Sebelum tu, ni entry agak personal. 
Takyah baca pun takpe. Tak masuk UPSR.


Ehem hai assalammualaikum harini hari Isnin, yeee patutnya tak online tapi sebab hari Sabtu Ahad tak online, maka aku meng'online'kan diri sendiri. "Online lah anda sebelum anda diONLINEi" Kira macam ayat "Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi" Ye, bukan disembahyangkan.


Sebab? Takkan lah jenazah yang takde nyawa tu kau nak dirikan dia lepastu tolong sembahyang kan dia? Kannn? Further information, tanya je cikgu BM aku sebab aku tak ingat amende dia cakap sebab tiap tiap hari keje aku dalam class dok berkhayal. Sepuluh minit je bagi tumpuan dalam class. Bak kata Kacang Hitam, "Dahsyattt" dengan kening kening sekali terangkat haha comel nya.


....


Sorry, terlupa nak cakap apa sebab intro terpanjang pulak. Sepanjang Sabtu Ahad ni aku menghadirkan diri ke sekolah atas sebab sebab yang patutnya boleh dielakkan tapi aku sengaja taknak elakkan.


So Sabtu Ahad haritu, sampai 4 petang lah aku menetap dekat dewan Panglima. Not bad walaupun mengantuk sesikit. Tapi dapat usha abang Form 6. Perghh hilang terus mengantuk. Last last abang Danesh tanya sorang sorang peserta dalam kursus tu (kira kursus la kot). "Apa pendapat awak tentang apa yang awak belajar sepanjang harini?"


Terus ternganga aku nak menjawab dah la dalam dewan tu banyak main jee. Hentam je jawab "Nak jawapan jujur kan? Eheh sebenarnya saya rasa boring sikit sebab tadi yeah you know lah kan Sejarah such a boring subject to learn and blablabla" Hambik kau jujur dah tu aku kasi. Budak kecik mana pandai menipu kan?

1) Ni lah dia mamat ayng aku usha hari Sabtu. Macam sombong~
2) Gambar takboleh besar. Nanti Abe Yusup jealous.

Actually, masa hari Sabtu tu aku ada usha Chinese Form 6 nih. Habis lah berebut rebut dengan kakak Form 5. Nak nanges rasee. Pastu aku nak tengok Chinese tu dekat dekat. Nisa taknak join pulak. Nasib baik Kak Silah bawak aku pergi tengok mamat Chinese tu haha huahahahaha.



Yang ni dikecualikan. Abe Yusup, yang ni takpe kan gambar besar? 
Ala, nanti saya letak gambar awak besar katak dalam blog ni. 
Nantilah. Saya tak ready nak kenalkan awak dekat orang lain, Abe Yusup.
Sebab saya tau awak nak hubungan kita dirahsiakan. 
Akhir sekali, saya sayang awak lebih daripada abang yang muka macam Minho.
Jangan risau =)


Next, esoknya tu. Dah tak usha dia sebab dia macam sombong. Minat sorang lagi ni, muka macam Minho; bak kata Ida la. Dia comel, comel, comel, baik, layan budak budak. Ahh comelnya sampai nak menangis. Masa tu aku terhilang ingatan dekat Abe Yusup. Oh, 'dia' pun aku terlupa jugak.




Masa dah nak balik tu ah kan, abang yang muka macam Minho duduk atas kerusi. Lama jugak aku pandang dia. Diri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. Semangat! Tunggu dia pandang, then lambai pastu senyum. Pastuu? Dia senyum & lambai balik.


Ada cerita disebalik beg ni sampai Ida cakap
"Gengster pakai beg bunny! Haha"

Pastu lagiii. Ahh part ni memang takde orang baca dah kot. Hamende aku nak cakap? Sudah, lupa! Ohh time nak keluar daripada pagar sekolah, aku jalan belakang dia. Pastu kebetulan ternampak Suhayl. Aku jerit je "Suhayl! Bye!" Untuk pengetahuan anda ye, semalam aku lambai hampir semua manusia yang aku kenal. Lambai depan depan muka pulak tu. Tu tandanya aku bahagia.



Hah sambung. Lepas aku jerit dekat Suhayl, that Abang Minho pandang belakang, senyum and cakap "Bye" sambil lambai. Terus aku rasa nak pengsan.




Tu je kot.


Hari Ahad semalam dengan rajinnya aku tolong Kak Silah dekat so-called-dapur kat luar dewan. Tolong tuang air, basuh cawan sume tu. Berbaloi lagi sekali. Sebab Minho and Chinese yang mcm sombong tu keluar jugak nak minum air. Oh Myy aku rasa nak pengsan lagi time basuh cawan tu. Alahai gedik aku dah datang balik. Lepasni aku nak cite pasal Ujian Lisan (cikgu tak habis habis cite pasal budak Gigih cehh tak dengki aku) & pasal aku hampir langgar motor. Maksud aku, motor hampir langgar aku. Entah, aku taktau sape hampir langgar sape.

Wednesday, February 02, 2011

3 Benda yang kau nampak pada aku

Heyy!

Aku taktau la kan, tapi ada beberapa orang kawan aku ni memang jenis alert btol dengan keadaan sekeliling / kawan kawan diorang. Comel taaak? Yelah aku ni nampak je tak alert, tapi sebenarnya.. memang tak alert pun -.-


1. Kitorang tengah lepak lepak. Lepastu si kawan ni tegur sambil pandang aku.

"Eh wani, gigi kau dah tumbuh eh? Apesal aku baru perasan?"
"Tumbuh? Entah, aku pun tak pasan gigi aku tengah tumbuh"

2. Baru sampai dekat rumah kawan. Dengan muka tak bangganya tudung ditanggal. Takpe, adik adik lelaki dia masih kecik dan agak innocent.

"Weyyyy rambut kau dah panjang"
"Eheh dah panjang? Fuhh nasib baik dah panjang. Aku ingatkan rambut aku tknk beranak dah"

3. Aku duduk bersila sambil memikir sesuatu. Entah, tak ingat pulak aku tengah buat apa masa tu.

"Kuku kau berkilat lah!"
"Huh? Ape keee ____. Sampai kuku aku pun kau perasan."


Salah satu dialog yang aku tak lupa...

"Kau, kulit aku tak tegang. Aku dah tua. Oh tidaaak"
"Suara pun pelat lagi, perasan pulak dia dah tua~"
"Apa kau cakap? PELAT?"
"Tak tak. Maksud aku, suara kau comel"

Sampai hati kau kan kan kan. Mane Abe Yusup nih? Tepilah! Balik umah mak! *Segala konversasi dan kontroversi telah di'filter'.

Tuesday, February 01, 2011

Weh kau follow aku ke tak?

Heyy!


Since harini satu hari bulan dua, maka aku pun gunalah nama blogger mcflurry nihh sebab harini birthday dia. Nak wish tak birthday dia? Meh klik sini.




Jangan ingat sebab gambar profile aku takde dekat list followers korang, aku tak follow blog korang pulak. Sometimes aku tak suka follow orang secara public. Biasanya aku memang follow blog-blog budak sekolah aku TAPI.. Ye ada tapi ye. Secara Anonymous. Nape? Kalau aku follow public, kantoi pulak aku ada blog kan? Kenapa aku tak suka budak sekolah aku tau kewujudan blog ni? Kenapa? Yang tu kita akan kupaskan, kopekkan, hiriskan dalam entry akan datang.


Aku bukan jenis yang "Followed you. Follow me back (kalau tak I unfollow blog you nanti)". Kalau aku nak follow, maka follow lah aku. Ehh macam lain pulak maksud ayat ni. Maksud dia, kalau aku nak follow blog kau, aku dah lama follow. Tak perlu tunggu kau invite aku dengan hormat nya untuk follow blog kau tu.


KENAPA AKU SUKA FOLLOW KORANG ANONYMOUSLY?

Dulu aku suka follow orang secara umum. Tapi aku tak pernah pun mintak diorang follow aku balik. Aku taktau apa ada dalam kepala dan otak diorang sampai diorang follow aku balik. Maybe diorang ingat "Ohh budak ni mesti nak soh aku follow dia balik" Ish, takdelah. Jangan pk camtu. Sampai hati korang kan. Aku ikhlas sangat follow korang Sebab tu lah sekarang ni aku suka follow anonymously.


Contohnya. Kalau aku dah follow blog orang tu secara public, mesti dia follow blog aku then cakap
"Followed you back"
Maka dengan rasa bersalah aku cakap kat dia "Eh takpayah follow pun takpe"
Pastu dia reply lagi "Takpe, blog awak best. Suka baca. Sbb tu lah follow "
Ni ikhlas ke tak nih? Aiseh, serba salah pulak aku. Lepasni aku follow korang anonymous je lah.



Point yang kedua ketiga dan seterusnya... aku dah terlupa pulak. Takpelah. Satu je dah cukup kan? Ringkas dan padat maksimum macam Milo! Oh ye, nak pi buat Milo 3in1 tu. Bak kata nenek aku lah, nenek aku yang cakap ehh, bukan aku..

"Ginilah gaye'e orang bandar. Mana reti bancuh bancuh air. Semua guna 3in1 dahh." Sape cakap aku tak reti bancuh air? Ambik air, sukat sampai 180ml. Lepastu letak 4scoops susu Anmum Essential lepastu goncang goncang kan botol. Then sumbat dalam mulut adik. Terror tak aku bancuh air?