Saturday, January 08, 2011

Cikgu pelik la

Heyy!

Korang taknak tanya ke first week seorang I.Hazwani macam mana? Eh lupa pulak. Shoutmix kan dah lock. Lalalalala~ (Dah lama tak buat bunyi 'la' sebanyak lima kali. Rindu pulak) Nak cakap apa eh tadi? Oh ye. Minggu first ni, macam pelik sikit. Cikgu cikgu pun pelik. Tapi comel jugak la perangai cikgu Panglima ni. Buat tergelak je.


Waktu Math. Teacher tak masuk lagi. Budak lelaki kecoh kecoh memang suka keluar class. Tetiba diorang masuk class duduk dekat tempat duduk masing masing. Ni mesti ada pape. Tak lama lepastu, ada sorang wanita berbaju kuning - datang meronda sekolah. Tengok tengok class kitorang. Oh ye, kitorang dapat meja kerusi baru. Well, patutnya class tu untuk abang kakak Form 6 PENDEK Rendah tapi disebabkan dua manusia dalam class ni sedang bertongkat, maka kamilah yang menduduki dan menghuni class ni sebab class ni dekat tingkat bawah sekali, blok B; sebelah Stesen Pendidikan Khas. Balik kpd cerita asal. Ye, wanita tersebut mengintai kami menerusi tingkap lepastu pergi dekat pintu belakang class:

Wanita berbaju kuning : Sekarang waktu apa?
Pelajar : Math
*Dia pandang kerusi meja baru kitorang*
Wanita berbaju kuning : Meja ni ada sesape conteng tak?
Pelajar : Takdeeee
Wanita berbaju kuning : Bagus. Meja ni jangan conteng tau.
*diam seketika*
Wanita berbaju kuning : Saaaaayang meja. *nada lembut sikit

What the ___. Memula cakap pasal jangan conteng ape sume, lepastu cakap SAYANG MEJA? Pelik sungguh.

Tak lama lepastu, cikgu comel pulak lalu depan class kitorang. Mengintai lagi dekat tingkap. Aku rasa macam kitorang ni budak darjah satu ; makbapak datang menjenguk mengintai dekat luar class "-.-

Cikgu comel : Sekarang waktu apa?
Pelajar : Waktu Math.
Cikgu comel : Cikgu apa?
Pelajar : Cikgu ___.
Cikgu comel : Ketua class, nanti cikgu tak masuk lagi, awak pergi cari cikgu ye?

*diam seketika*
Cikgu comel : Hujan hujan ni sejuk ye?

(Aku garu dahi. Cikgu comel tu cakap benda yang takde kaitan langsung. Comel nyaaa)

Ni waktu Geografi. Walaupun aku takasuka Geo, tapi aku dah study awal awal dah benda ni sume. Garisan Timuran, Garisan Utaraan, Garisan Ultraman. Ke Garisan, Sedia, Mula! Pape jela. Apa nak cakap tadi? Oh ye. Cikgu geo aku ni macam pelik. Asyik kasi kertas suruh tampal je dalam buku. Mana notanya? Aku tengah ada mood nak buat nota sendiri ni. Hesh. Ada satu hari tu, cikgu geo aku buat peta photography (peta topografi tapi aku selalu tersebut photograpghy / geography) dekat whiteboard.

Cikgu : Okay class, mana satu Garisan Utaraan?
*aku baru nak bukak mulut jawab soalan*
Cikgu : Ye btol, yang ni Garisan Utaraan.


WHAT THE ____. Macam Dora the Explorer btol. Dia tanya, dia jawab. Ala comelnya cikgu cikgu tahun ni. Pening palehotak aku.

18 comments:

Trah Wann said...

Cikgu yg jenis 'Dora The Explorer' tu mmg byk kat sekolah trah -_-

"What is the definition of science ?"

Org dah semangat nak jawab tetiba "Yes! Science is bla bla bla " HAMPEH T__T

I.Hazwani said...

@Trah Wann
tahu takpe. rasa mcm ___. baik takpayah tanya. sian kitorang. tak diberi chance nak jwb soalan T_T

Alwani Raihan said...

Waaahhhhh . teringin pulak rasa nak jadik cikgu pelik aa . mesti rasa dunia INDAH belaka je kan? HAHAHA

I.Hazwani said...

@Alwani Raihan
indah? haha buat students rasa bengang ade lahh

Alwani Raihan said...

Alahai kalau begitu takya jd student, mari sama sama jd cikgu pelik haha

I.Hazwani said...

@Alwani Raihan
kalo camtu, apa lah guna nya ada cikgu. hahaha pelik sungguh XP

Alwani Raihan said...

Hohhh? Alamak tak terpikir la pulakk haha takpela asal ada perkataan PELIK di situ ye wakaka

I.Hazwani said...

@Alwani Raihan
menjana transformasi ke arah kePELIKkan :p ngahaha

Alwani Raihan said...

Yeahhh! guru didahulukan pelik diutamakan! HAHA

ehh nak tanye la, dpt gambar kartun comelcomel tuu sume dekat mana?

PinQib said...

haha. memang kena sayang harta benda. kalau x vandalisme

I.Hazwani said...

@Alwani Raihan
cartoon comel mana?
**haah yela, lepastu pelajar diketepikan. haihh

I.Hazwani said...

@PinQib
kitorang bukan tak sayang harta sekolah. tapi nak kasi kenangan sikitlah pada meja tu. sbb tu suka conteng

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

1.yang sayang tu, tu nada command sebenarnya. kiranya macam dia suh semua student sygkan mje tu la (dont do any harm)
2.yela, bila sejuk manusia berdarah sejuk ni malas sikit kut ank pg panggil cikgu
3. tak tahu la.dia tengok jawapan studnt kat mata kut

I.Hazwani said...

@Ahmad Hanif Abd Halim Azmi
cewahh hanif sudah memberi huraian nampanyaaa. ngahngahngah tapi cikgu cikgu ni pelik. serious ohh. menggerunkan jugak adee~

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

lalaaa. manusia macam pelangi, dari ungu sampai kelabu(main hentam aje), semua ada

Syerawrashid. said...

Haha. Best giler entry ni.
Ni nak jeles ni :D

I.Hazwani said...

@Ahmad Hanif Abd Halim Azmi
mcm pelangi? pelangi ada lepas hujan je. bukan selalu haha

I.Hazwani said...

@Syerawrashid.
apesal pulak nak jeles? heppp nak kena niiii :p