Saturday, December 18, 2010

What to do when you can't sleep at 1AM

Heyy!

Pernah tak terjaga dari tidur pukul 1-2 pagi sebab ada orang call lepastu terus takboleh tido dah? Dah lah takboleh tido, perut pulak asyik mintak makanan je. No food; no sleep! Yes food; yes you may go to sleep. Meh aku list kan apa yg korang boleh buat bila korang takboleh tido semula dan dalam keadaan lapar dan dalam keadaan menggigil kesejukan walaupun dah dibungkus dengan selimut Winnie The Pooh.


Orang kata, belum cuba belum tahu kan? So try la dulu pejam mata - mana tau kot kot boleh sambung tido ke. Kalau takboleh tido jugak, cuba untuk kali kedua. Kita ni jangan mudah putus asa. Cuba lagi dan lagi. Sampai kali ke lima belas, mata cakap I takmo tido, i takmo tido lah! , kita proceed ke step seterusnya.

Ambik handphone dekat bawah bantal. Nape bawah bantal? Sebab kalau letak dekat tempat lain, memang tak perasan ada orang call. Dah ambik... cari je nama sesape yg ada dalam otak korang sekarang ni. Then, taip macam ni;



Send banyak banyak setiap seminit. Ye, aku ulang. SETIAP SEMINIT. Kalau takde reply daripada orang tersebut, try send dekat orang lain. Takde reply jugak, pergi tanam handphone orang tersebut dalam tanah.

Bosan kan bila takde orang reply message kita? Haa, make sure credit korang banyak. Then, bukak Phonebook - hentam je nama sesape yg korang suka. First sekali, ganggu mental kawan baik korang yg mungkin tengah nyenyak tido mimpi jumpa Jonghyun atau kawan rapat lagi sorang yg tengah bergayut dengan aweknya atau sesape jelah. Apa? Oh What The...! Takde orang angkat. Dah lah, call orang lain pulak.


Lepas dah luah perasaan mengadu kelaparan, duduk bersila atas katil dan pejam mata. Sila pastikan lampu bilik dah tutup. Kalau tak, nanti takde feel nak menghayati penderitaan takdapat tido pukul 1-2 pagi. Tunggu dalam lima minit. Lima minit jela. Nak lama-lama buat apa? Boringgg. Macam orang tengah bertapa je.


Keluar bilik senyap senyap macam nak lari rumah, pergi dapur. Cari makan. Mana la tau bila dah kenyang nanti baru boleh tido ke kan? Kalau nasi dengan lauk dah habis, cari biskut. Biskut kering ke, biskut basah ke, biskut lembap ke, biskut beriklim sejuk ke. Janji biskut~ And then bancuh air panas. Bawak air tu dengan biskut masuk bilik. Okayyy, dah siap makan minum apa sume, boleh lah berhajat untuk sambung tido.


Ehh takboleh tido lagi sebab... KORANG PERGI BANCUH NESCAFE TU KENAPA? Ala bagusnyaaa. Nak tido tapi bancuh nescafe pulak kan. Boleh lah menangis menyesal dan pergi rak buku, cari majalah REMAJA yg korang baru beli semalam. Kajian Geografi Tempatan (hah?) mengatakan bahawa membaca buku sebelum tido ni boleh buat kita mengantuk seterusnya tertidur.


Tapi... macam takde kesan pun. Letak majalah ke tepi, baring atas katil, pandang siling. Pejam mata, golek sana golek sini. Berbungkus lah dalam selimut sampai nak dekat pukul limasetengah pagi. Lepastu ambik handphone, send message dekat abang atau kakak korang,


Lima minit menunggu dan masih takde reply. Okay boleh naik ke tingkat atas dan online.Baru duduk depan laptop, tengok tengok tak boleh guna laptop tu sebab apa entah. Kecewa T_________T


Masuk bilik. Buat lah drama swasta, cakap sorang sorang. Lepastu buat mini concert sorang sorang dalam bilik. Tak pon menari macam T-Ara dalam MV Yayaya. Nescaya korang akan kepenatan lalu tertido selepas melakukan bermacam-macam benda walaupun tak menjadi.

19 comments:

• Alya • said...

amboi. mcm ni pun ada? :P btw. kalau tak boleh tido spanjang mlm, alya on9 la smpai esok pagi. pagi esok tu baru tido :D

eh eh. kak wani dah buat ek smua yg kt atas uh?

I.Hazwani said...

@• Alya •
Akak mmg nak on tapi tu la, laptop takboleh guna pulak masa tu.

Aah, semua akak dah try, sbb tu la akk list kan kat sini. HAHAHA

Princess Nadlie said...

best, nty saya try. hehehe

khairi said...

sy suka!

ツhʋƨиα ツ said...

pukul 6 bru tido ? siyes tak percaya

usna ni nampak katil je terus mata terkulai.
lgi2 musim sejuk cmni kan.
peh nikmat wooo~ :P
lgi best, dgar lagu smpai trtido pagi2 bru prasan tak off.

p/s; lain kali jwab soklan sains kalu xdpat tido. konfem ngantuk punye haha

efa atilya said...

HAHAHA gila punya kerja -.-

I.Hazwani said...

@Princess Nadlie
Try lahh XP

I.Hazwani said...

@khairi
Awak suka? HAHA silakan mencuba!

I.Hazwani said...

@ツhʋƨиα ツ
Maka silakan percaya sekarang. Haha sian wani. Last last bangun kol 10 Pagi. Husna ni memang gila katil kot :p
Sekarang mmg musim sejuuuk sampai gigi wani pun menggigil (?)

*Ahaha tak habis habis Science. Lagi mengantuk ade la. Sbb Science mcm boring gitu

I.Hazwani said...

@efa atilya
Sekali sekala buat, apa salahnya kan :D``

hamzah ian said...

kena wat ni.. hehe

I.Hazwani said...

@hamzah ian
belum cuba belum tahu~

✿ CikCimi said...

lapa sangat eah.
:D

I.Hazwani said...

@✿ CikCimi
aah, lapaaaar XD

Mimi ! said...

what? last2 bangun kul 10??? u mean, tdo kul 6 bgun kul 10?? wow!!!!!!!! saya klo tdo kul 2 or 3 punn, akan bgun kul 1 jgkk. haishh bagus budak nii :D

PinQib said...

haha. lawaklah izzati hazwani. plus ure cute!~~~

| Pointer exam 3.99? Yay! | Baby ROBOCOP |

I.Hazwani said...

@Mimi !
Nak buat mm mana, dah terbiasa bangun awal kot. Tapi pukul 10 tu mc dah lambat. Haha SATU apa? Satu petang?

I.Hazwani said...

@PinQib
Ahahah mana ada gambar Izzati Hazwani dekat sini :P

Anonymous said...

haha,bez!!