Sunday, December 26, 2010

Segmen Jom Berkenalan

Assalammualaikum.

Apa? Siapa Izz Hazwani? Jangan risau, tak feymes pun. Ibarat melukut di tepian gantang je. Ini memang peribahasa kesukaan saya. Lagi pun saya rasa memang kewujudan saya ni ada atau tidak, tak beri kesan pada masyarakat pun, kot?


Siapa saya? Saya masih seorang pelajar. Walaupun sekolah depan rumah, tapi selalu datang sekolah lambat. Pukul lapan baru sampai. Ewahhh, ingat ini sekolah ayahanda awak punya?


Saya tak ada yang istimewa untuk disukai. Tapi saya tak tahu apa buruknya saya sampai menimbulkan kebencian sesetengah orang. Mohon bagi tahu.


Almaklumlah, dah lama tak pergi sekolah sampai basten pun salah eja.

Fuyooo keyword blog ni tak sah kalau tak ada 'hazwani smktpptm'. Awak nak Hazwani mana sebenarnya ni? Saya bukan sesiapa....

Umur pulak... Macam awak kisah kan? Yang pasti, masih bawah umur untuk clubbing, tengok movies yang diklasifikasikan sebagai 18PG blablabla, driving, beli rokok, apply for PTPTN... dan yang penting, tak layak lagi untuk masuk PLKN.


Perangai saya ni gilo-gilo lah sikit. Suka cakap banyak tanpa henti dan tanpa fullstop, lagi lagi bila on the phone. Kiera Yusri semput dengar saya cakap banyak banyak dengan satu nafas je. Saya suka buat muka mintak kasut saiz lima bila kena bebel dengan sesape. Tapi saiz kasut saya sebenarnya adalah enam.Mood berubah-ubah? Biasalah orang perempuan, bila datang bulan. Perkara akhir yang perlu kita risaukan... ah pape jelah.


Kan dah tulis saya ni underage? Memang mustahil la kalau saya ni Married. Bertunang... pun belum sebab SPM punya papers saya tak sentuh lagi. Nak pilih option It's Complicated, aci tak?


Dulu masa awal-awal buat blog, tak kisah sangat pasal template, readers, perasaan orang lain. Lepastu, lama lama baru bergiat secara aktif dan mula ada kesedaran sikit. Lepas result UPSR keluar, diam kan aje pasal results. Tak bagitau dekat blog. Buat apa nak bagitau? Macam lah korang boleh kurung saya masuk asrama kan? Ada anonymous ni, spam chatbox saya. Katanya,


 Tak semestinya diam, result teruk.

Dulu pun, masa awal buat blog, memang saya free-hair. Ada orang comment post saya yang ada gambar free-hair.


Apesal terus terang sangat budak ni? Sekarang ni awak tengok lah artis tua bangka, sesetengahnya bukan sahaja bangka, malah bongkak, tak pakai tudung. Adakah mereka juga belum didatangi haid?


Pada saya, dunia blog ni kadang kadang boleh mendatangkan kebaikan dan jugak keburukan. Salah post sikit je, sensitiviti sesetengah kaum mesti tersentuh. Salah post sikit je, terus kena masuk mahkamah. Salah post sikit je, boleh buat semua orang salah faham.


Apa yang kita post kan tu, tak semua orang suka. Tulislah dengan emosi yang tidak mengawal diri anda.


So kepada manusia yang baru nak buat blog, hati hati bila nak post sesuatu benda. Jangan share terlalu banyak personal information pasal korang. Jangan tulis entry syok sendiri (macam saya kot). Jangan tulis entry yang orang tak faham (macam saya la jugak kot). Jangan buat bongkak. Main bongkah ais bolehhh.


Terima kasih sebab masih membaca sampai sini. Terbukti korang suka membaca. Baguslah, membaca tu amalan mulia. Entah apa je yang best pasal blog ni pun entahlah. Followers pun berapa je sangat. Isi blog pun tak berilmiah mana hah.


InsyaAllah, saya akan tulis blog ni sampaaaaai akhir haya. Selagi masih ingat Email and Password blogger ni, selagi tu saya akan bergelar Blogger. Selagi saya masih ada otak untuk berfikir, mata untuk melihat, jari untuk menaip, selagi tu saya akan berdepan dengan kotak New Post. Kalau ditakdirkan Allah tarik ingatan saya, mungkin sampai situ jelah saya blogging =)



Kenapa saya tulis semua ni? Sebab Alya Chan yang bukan adik Shinchan dah tag saya untuk segmen Jom Berkenalan anjuran Loqman Hakim. Apa yang saya tulis tu merupakan jawapan kepada soalan-soalan ni:

1) Cerita sedikit pasal diri sendiri.
2) Status anda.
3) Cerita sikit pasal blog. Tapi aku cerita ntah pape ntah.
4) Pandangan anda tentang dunia blog.
5) Nasihat untuk manusia yang baru nak buat blog.
6) Keunikan blog anda. Ceh takde pape yang unik pun.
7) Sampai bila anda nak blogging =)

20 comments:

:Cikgu Akim: said...

Thnks sangt2 sebab sudi join dan buat entry yang sangt2 menarik ni!biarlah apa orang nak kata pasal adik..yg penting adik tahu apa yg adik buat k...

semoga terus berjaya menggapai cita2..teruskan usahamu..blog ni sangt nice....

kalau nak tmbh kawan jemputlah dtng blog saya n ziarah blog blogger2 segmen jom b erkenalan~

salam perkenalan dri saya bakal guru sP n Biology!

I.Hazwani said...

@:Cikgu Akim:
Thanks cikgu sbb buat segmen macam ni.

Ye insyaAllah :)

**Cikgu Bio rupanya. Nasib baik bukan cikgu BM XD

M E Z said...

hehe, entri wani semua best² dan relax je. kadang² ada part yang kelakar, tu yang best tu :D

I.Hazwani said...

@M E Z
tang mana yg lawaknya dlm blog wani? hahah

anysmayonis :) said...

i like :D

I.Hazwani said...

@anysmayonis :)
wuhuuu terima kasih

Trah Wann said...

hamboi semangat join tag , panjang bebeno entry ;D

I.Hazwani said...

@Trah Wann
eheh tak sengaja pulakk XD

Nabilah said...

panjang but kreatipp i think :)

I.Hazwani said...

@Nabilah
ni mesti tak sanggup baca sampai habis kan? haha

Amalina Jo said...

HAHA lawak lah baca ! *thumbs up

I.Hazwani said...

@Amalina Jo
Terima kasih ;D

dayanadarmawi said...

hey salam pknaln :) come vsit my blog , dont forgt to be my fllower jgk ea . comel2 je crite hee :)

• Alya • said...

amboi. dia pegi buat karangan pulak :P btw, much thanks yahh <3

khalidrizuan91 said...

dgn jujurnya saya la yg slalu taip "hazwani smktpptm" kat google...da ko sorang je name hazwani...nak bookmark bkn tiptop pon blog ko ni...haha

tapi kan ko boleh trace ip kan spe yg taip kan?

I.Hazwani said...

@dayanadarmawi
:)

I.Hazwani said...

@• Alya •
apa salahnya nak improve BM. haha

I.Hazwani said...

@khalidrizuan91
oh, kau rupanya. ade jugak yg ngaku. haha.

entahlah. kalau aku ckp aku boleh trace?
haha

Ahmad Hanif Abd Halim Azmi said...

popular juga cik wani ni ye, tak sangka~

I.Hazwani said...

@Ahmad Hanif Abd Halim Azmi
apa yg popular nye?