Sunday, December 12, 2010

Lawak lah konon #2

Sejak kebelakangan ni aktiviti menjadi monyet dok bergayut dalam gelap sbb bilik aku punya lampu rosak semakin berleluasa. Apa, ingat orang ada pakwe makwe je boleh gayut lama lama? Kawan-kawan yg baik dan kawan kawan baik (jangan tanya apa beza dua ni) telah baik hati call aku malam malam buta. Masing masing ikut giliran nak call aku. Cehhh.

So masa tengah cakap dgn Kiera Yusri, kitorang cakap pasal class tahun depan. Atau lebih tepat, kami bercakap pasal Kambing.


I : Kau rasa Kambing masuk class Aktif tak?
K : Naik kot.
I : Huh? Takpayah kot-kot la. Aku rasa dia naik class kot.
K : Tadi kau jugak tak payah cakap kot kot. Kau tu takpe pulak letak kot dkt belakang ayat -.-
I : Ye eh? Tak perasan pulak



Malam tadi entah apesal aku takboleh tido sebab ________. Fill in the blank. Maka aku taktau nak buat apa. Bukak New Message, send message dekat Kak Izzah. Konon ngadu takboleh tido sebab _____. Kan dah cakap sila isi tempat kosong tu. Haish


I : Akak,
Kakak : Ye?

Takde reply dari aku sbb terpaksa jadi monyet lagi.
Ada peminat call, kenalah layan. Kang kata sombong pulak.
HAHAHA

Kakak : Adik, nape? Sorry, tadi handphone akak tinggal dalam bilik. Okay tak?
I : Okay je. Nape?
Kakak : Takdela. Tanya je. Makan dah?
I: Dah. Akak, ___ comel tak?
Kakak : Yelah. Comel, kacak, style. Kenapa?

Diam utk beberapa saat.

I : Eh silap. Lupa pulak belum makan.
Kakak : Haha buat lawak sungguh lah. Makan ke belum boleh lupa pasal 'dia'.

Segala conversation telah di-edit untuk kebaikkan semua pihak.
Semua pihak palehotak kau!
Malam kang sape nak jadi monyet dengan aku? Meh la gelak guling guling gayut sana sini sesama.

No comments: