Sunday, November 28, 2010

Bryan Nicholas gigit medal

Heyy!

Dah bape minggu dah exam habis, baru harini aku nak cite pasal soalan yg paper Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan tu mintak. Soalan pertama mintak listkan nama Perdana Menteri. Alah kacang je. Aku ingat keyword RAHMAN. Eh eh nama ayah aku lah. Perasan tak nama Perdana Menteri kita en ikut turutan nama Tunku Abdul Rahman?


Soalan kedua pulak mintak nama tokoh tokoh sukan:



Tak ikut urutan eh soalan ni.


jangan gelak. Aku tak ingat langsung siapa tokoh renang tu. Then, bila aku jawab Bryan Nicholas Lomas dan siap dilukis bentuk , cikgu terus tanda pangkah! Eleh cikgu dengki!


SIAPA BRYAN YANG KAU JAWAB DALAM PAPER TU?


Comel tak? Tapi muka macam pompuan kan



MACAM MANA KAU KENAL BRYAN?

Ek eleh banyak tanya pulak. Kau tak kenal Sah sah tak bukak paper and tak ambik tau pasal sukan komanwel kat India haritu kan? Haritu kan musim sukan kat India, lepastu biasanya kan belakang newspaper mesti ada info pasal sukan. So mata aku laju laju terjatuh dekat muka Bryan Nicholas Lomas. Sejak tu aku mesti suruh abang beli paper.


KAU BACA INFO PASAL SUKAN KE KAU TENGOK GAMBAR BRYAN?

Dua-dua lah. Tapi aku tak suka tengok bila perenang lelaki berenang. Sebab... well kau tau lah pakaian diorang. OhMataGua!






GAMBAR PERTAMA: Tu bukan ikon kambing kan? Kan?
GAMBAR KEDUA: Malaysia di ranking kesepuluh. I bangga dgn you, Malaysia!


"Adik! Tu tengok tu, monyet lah!"
"Eeee, Munyit!"
Takpelah, budak 3 tahun baru belajar sebut nama haiwan~

Friday, November 26, 2010

Bulu mata

Heyy!







Sekarang bagitau aku, image mana lagi comel? Kambing tu or singa? Ala, aku tau singa tu comel kan? Lagipun Kak Mira yg tolong pilihkan image mana comel. Pilihannya sentiasa tepat! Wahh, bodek gituuu.


Tapi, betul ke kalau bulu mata jatuh belah kiri, ada orang benci kita? Then kalau jatuh belah kanan ada orang rindu/suka kita? Kalau bulu ketiak jatuh tandanya apa pulak?

Blog aku cantik tahu?

HAHA bukan masuk bakul angkat sendiri. Award ni haa ckp blog aku cantik. *Perasan dahhh. Ok, dapat award dari Kak Mimie and Kak Masz. Huahaha terima kasih.




Berikan satu nickname untuk saya
Kak Mimie : Mira kot~
Kak Masz: Ima ^^

Ucapan untuk pemberi award ini
Terima kasih. Tiada yg lain mampu diungkapkan :')

Berikan 6 artis/group/singer yang korang minat
Kang aku list artis Korea kang... aish.

Berikan award ini kepada 10 blogger yang belognya cantik lagi cun
Aaa taktau taktau. Ambiklah ^^

Wednesday, November 24, 2010

Kemas meja belajar anda

Heyy!


Cuti sekolah dah start, tau la korang dok online sakan. Tapi sebelum dok online pagi petang siang malam macam dah takdak hari esok tu, pergila jenguk meja belajar korang sat. Sampah sarap, kertas exam akhir tahun, buku latihan tahun ni~ Ish banyak. Kita kena prepare awal awal untuk tahun depan. Apa? Ingat prepare dari segi baju kain tudung kasut beg sekolah baru je ke? Meja belajar pun salah satu dari preparation jugak






Ni hasil apabila sekolah Panglima dok buat ujian bulanan tak habis habis. Kertas banyak membazir lah. Menyemak tau tak? Kita bukannya sekolah yang da-bombbbb macam SBPI ke hape ke. Tak payah la nak pecah kan palehotak kami. Tengok, sampai dua fail tau kertas kertas ujian ni saya simpan. Ok lepas ni boleh recycle



Rak level pertama
Apa tu? Kad Celcom, duit syiling 10sen, HotTicket RM10


Rak level kedua
Calculator, buku latihan tahun ni yang aku rasa macam nak reuse balik tahun depan.
Entahla. Tengok dulu keadaan. Cehh~


Rak level ketiga
Kotak, kamus, majalah Indera, majalah lain, buku nota tahun ni, buku rujukan.



Nahh, ni la buku yang aku dok bawak daripada library sekolah sampai lah ke rumah. Dah la library tu jaaaaauh dengan pagar sekolah. Lepastu balik jalan kaki, lepastu kereta macam taknak kasi aku lintas, lepastu longkang macam taknak besar lagi, lepastu bukit dekat tepi longkang macam taknak curam lagi~ Sian aku.


Dah tu, tahun lepas macam mana kau angkut buku teks? Pakai hidung?
Tahun lepas lain. Sebab tahun lepas ada buaya perang boyprengg tolong angkatkan buku. Hensem pulak tu . Tapi tahun ni takdak boyprengg sebab orang aku minat tengah perang dengan SPM. Heh apa kaitan dengan tolong angkat buku teks?



Ok, dah bukak tali pengikat buku, check satu satu buku JOM! Tapi...



Celah mana aku nak tulis nama aku? Ni malas nak tulis nama nihh.




Novel novel dan komik komik lama. Nak recycle or jual? Sikit lagi nak full.



Kotak hadiah ni MUNGKIN akan dipulangkan kepada pengirim sebaik sahaja SPM tamat atau mungkin aku terasa nak bagi dekat orang lain. Entah. Aku tak berperasaan pulak nak bukak hadiah. Mungkin sebab ni bukan daripada orang yang aku minat kot. Huahaha

Jom makan (,) Kawan

Heyy!

Title entry ni, korang fikir apa? Mengajak kawan makan bersama OR mengajak makan kawan bersama. Hah? Apa beza dua ayat ni? Ish, bahaya nya ayat. Nak makan kawan? Biar betul?


Sebenarnya tanda baca dalam penulisan kita adalah sangat penting() Selain daripada boleh buat markah kita rugi dalam essay BM / BI, ketiadaan tanda baca boleh buat orang salah faham. Contoh macam title entry ni la kan. Ehh, dah ada yang pergi makan kawan diorang ke? Karnibal nya la! Eeee jangan kawan dengan aku la. Kang tak pasal je aku kena ngappp sekali. Kalau makan aku, memang tak kenyang lah. Nahh, makan ni:



Nak tau cara potong kek comel ni? Klik sini
HAHAHA.


Ok, cukuplah pasal tu. Mari kembali ke pangkal jalani. Tanda baca (terutama sekali KOMA) memainkan peranan penting. Cewahhh. Tanpa KOMA, orang akan salah faham dengan mesej yang kita nak sampaikan. Contoh? Macam ni lah:



-_____________________________-'



Baiklah Mawa Hamzah. Thanks sebab jadi peneman aku untuk mengarut pagi tadi. Bangun bangun tido, sign in FB, nampak nama Mawa Hamzah.
Awal gila 'BudakJahat' ni bangun. Kalah aku.



Kan dah cakap, tanda baca tu PENTING. Nak aku tekankan macam mana lagi? Baiklah, contoh yang terakhir, adalah contoh yang aku ambil daripada novel Komsas aku next year. Budak budak Pahang and negeri yang sewaktu yang sama buku novel dgn kitorang boleh lah bukak page kot. Tak bape ingat ah. Carik lah sendiri. Satu keje pulak nak bagitau page berapa kat korang.



Cuba baca betul betul, apa yang korang nampak? Ehem, korang pikir tak apa aku pikir?







SAYA SUKA I.HAZWANI!
SAYA SUKA, I.HAZWANI!


Korang pilih mana?


Wednesday, November 17, 2010

Kenapa aku suka cermin bilik aku?

Heyy!







Aku buat soalan, aku yg jawab. Macam la korang ada jawapan untuk soalan aku ni kan. Huahahaha.


KENAPA AKU SUKA CERMIN DALAM BILIK AKU?


Sebab cermin dekat rumah aku pandai ambik hati aku pagi pagi setiap kali nak pergi sekolah. Cermin akan sorokkan jerawat aku, cermin akan tunjukkan tudung sekolah aku perfect, cermin akan sorokkan kulit kering aku, dan cermin tunjuk pipi aku yang tembam.



Tapi kenyataannya, semua tu takde langsung bila aku tengok dekat cermin tempat lain. Terutama sekali cermin dkt sekolah! Aku anti-cermin-sekolah sebab dea terlalu jujur menunjukkan ketidaksempurnaan aku. Kalau nak tengok cermin dekat sekolah pun, aku make sure jarak antara cermin dengan aku tak terlalu dekat.



Kalau lalu depan cermin dekat mana mana je, aku pandang sekali imbas dulu. Kalau cermin tu ok, of course la pergi singgah sat dekat cermin tu kan. Nak belek tudung senget mana, baju kedut ke tak. Tapi kalau cermin tu jenis terlampau jujur, aku taknak lalu depan cemrin tu dah and if possible, aku nak pecahkan cermin tu lepastu pijak pijak then kasi ikan emas makan! HAHAHAHAHA Aaa sudah, kepala otak tak stabil.




Nak pendekkan cerita, aku suka cermin bilik aku sebab aku akan rasa bahawa I.Hazwani sangat comel. Ok boleh bersurai dan berlari lintang pukang sekarang. *Ceh, macam slogan 'Kenapa I.Hazwani suka cermin bilik dea...' je kan

Friday, November 12, 2010

Seminggu mempunyai mata panda sudah tamat!

Heyy!



Pertama sekali nak bagitahu yang Exam is over Yeay for me. Eh, kan aku cakap yeayy untuk aku. Yeayy lah cepat! Ish





Seterusnya, Cikgu L panggil nama aku untuk ambik balik kertas lukisan masa exam hari Isnin. Untuk pengetahuan, aku tak minat dan tak pandai bab bab melukis atau matapelajaran Pendidikan Seni.

Nak bangga jap: Heh ni kerja Seni aku yg first dpt markah tinggi sepanjang sekolah dekat Panglima nih. Markah tigapuluhlapan per empatpuluh padahal buat poster kat atas ni cincai-cincai mcm budak tadika je. Mungkin ini kah yang dinamakan seni~




Pelajar: "Cikgu, nak tali lagi satu boleh? Tali saya ni saya dok main main ikat tadi terus tersimpul mati"
Cikgu: *gelak* Ngade-ngade lah awak ni. HAHA ambiklah *geleng kepala*

Tu lah kau! Nak sangat main ikat tali dekat pencil! Last last terus simpul mati sampai takboleh bukak. Lepas dapat tali baru, terus ikat tali dekat kertas jawapan. Dah serikkk




Inilah punca kenapa aku dok main-main dengan tali. Semata-mata nak cover tengah tengok 'nota rujukan'. Sorok dekat bawah lipatan baju je. Hampir kantoi jugak la sbb ada cikgu tetiba masuk class. Nasib baik Amal dah kasi alert.





Mentang mentang exam dah habis, boleh baca novel seram dengan sakan. Kalau tekak rasa haus, minum lah Vanilla Coke. Ni update cepat cepat je sebab nak pergi shopping lepastu pergi Gambang Waterpark . Kes lepas tension dok pulun study sampai 2-3 pagi lah konon. Huahaha



Abang: Kata nak update blog kejap je. Lama dohh ni.
Aku: Lama ke? Rasa mcm baru je lagi dok depan laptop. Jap, sikit je lagi nak update.
Abang: Alah, tido kat Gambang tu sehari je. Takpayah la nak say bye bye dekat kawan kawan blog mcm nak pergi setahun dua~