Monday, October 25, 2010

Sedang bahagia lah katakan

Heyy!

Lately ada beberapa perkara buat aku jadi bahagia. Terlebih bahagia sampai takboleh tido. Terlebih bahagia sampai mimpi pelik pelik. Terlebih bahagia sampai aku jadi dua kali ganda pelik daripada sebelum ni. Terlebih bahagia sampai orang tikam belakang aku pon aku boleh cakap, "Takpe, buat lagi. Tak sakit la"





Kejap, lupa lagi nak tulis apa. Oh terlebih bahagia sampai terlupa nak tulis apa. Jangan salahkan orang yang buat saya rasa bahagia. Sesungguhnya... entah. Malas aku sambung ayat ni. Kang orang cakap aku tengah mad in love la apa la. Itu lah orang melayu sekarang. Asal bahagia sikit je kata dah ada boipren la apa la. Menyampah. Eh Tukar topik pulak dah.



Budak ni kalau sangat bahagia dan terlebih gembira:
Korang buat apa pon, insyaAllah budak ni boleh senyum.
Dengar lagu sedih orang nak mati; tetap jugak senyum.
Budak paling dibenci pon tetap jugak kata SAYANG
Adik adik menjerit satu rumah; bunyi mcm diorang tengah menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Stars
Tak tido malam; takpe. biarlah mata jadi mcm panda. janji aku happy
Mula la terlebih rajin nak buat nota Sejarah Bab 8
Org suruh beli topup Celcom tp abg salah beli Maxis; takpe. Terima jee
Org suruh abg beli Coke tp abg salah beli 100Plus; pon tak marah. bersyukur
Tak dapat bukak FB, langsung tak kisah. Ehh, kisahh! Kena jugak bkk FB!


PERHATIAN: Abang bukan dilamun cinta sampai tersilap beli barang tapi masa dekat kedai tu ada ramai orang dan ramai perempuan so abang jadi malu sampai tersilap beli barang. Yee, abang saya seorang yang pemalu. Macam SAYA. (Inilah ciri ciri adik yg mithali, back up abang nya sendiri)


Ok sambung.




Eh takde dah. Tu je. Esok kat sekolah mesti start moody balik sebab sekolah boringggg. Bukan, maksud aku, suasana 'pasar malam' dekat class tu yang boring. Lepas satu-satu benda buruk jadi kat classmate aku. Ini ke balasan untuk budak nakal?




Akhir sekali, terima kasih untuk orang orang yang buat saya tersenyum tanpa henti. Ikhlas dari saya. Takpe, untuk orang yang anggap saya ni stranger dalam hidup diorang pon, terima kasih jugak.

4 comments:

Nur Hafizah bte Za'ba said...

entry yg tiade penghujung ! !
misteri ! !
hee?
so ape yg wt awk bhgia ?

I.Hazwani said...

Takdak penghujung? Alamak. HAHA kawan kawan yg buat saya bahagiaa

khalidrizuan91 said...

bab 8? gerangan tajuk apakah itu? nk pi cari buku tu, da jual...mmg x patot, kan?

I.Hazwani said...

entahh, tak igt. HAHA aku salin nota jee.