Sunday, October 24, 2010

"Pakai jela baju kurung!"

Heyy!

Semalam pergi kenduri kawen dekat lorong IM5/7. Setakat selang dua tiga lorong dari rumah, tapi nak naik kete jugak. Bukan apa, Malaysia ni panas. Kan? Kang sampai je rumah pengantin, ketiak dah basah, tudung dah terbang mana, kasut dah takde kat kaki.



Sejam sebelum pergi kenduri tu lagi aku dah siap-siap mandi. Muahaha lepastu mula bising dok tanya nak pakai baju apa. Last-last pakai baju kurung. Aku memang malas betol pakai baju kurung pergi rumah sape sape entah yang aku tak kenal. Tau la tu rumah jiran, masalahnya aku tak kenal langsung Dato' Datin yang jemput aku satu family. Yang aku tau, datang sana nak mengenyangkan perut.






Sampai sana, terus park kete depan rumah mamat yang aku pernah suka tu. Ala yang tuuu tu. Tak ingat sudah. HUWA HUWA HUWA sedihnya. Turun je kete, memang tak denga lagu pengantin ke apa ke. Macam tak gaya orang tengah buat kenduri kawen. Ceh, rupanya diorang pasang lagu slow. Yang tak tahannya, masa aku tengah ambik makanan, penyanyi yang nyanyi tu buat aku rasa nak simbah je air sirap dalam tong yang ada dekat sebelah aku. Nak nyanyi, nyanyi la tapi jangan la buat suara macam tengah tahan kentut. Geli tau tak. Nyanyi lagu Jangan Pisahkan pulak tu.



Lepastu, tengah sedap aku mencekik, ada pulak Ibu Amy ke apa entah nyanyi, diikuti Ibu Pink. Lepastu Ibu sape entah. Nasib baik Ibu aku takde nyanyi kat depan. Kalau tak aku balik rumah jalan kaki. Kalau tak jalan kaki, merangkak. Tak merangkak, tumpang je lori abang catering tu hah "Abang, tumpang lori! Saya sesat. Bawak saya balik rumah, jangan culik saya! Nanti saya bagitau mak saya!" Mengarut je pagi pagi buta ni.



Kejap, apa eh nak tulis tadi. Ohh ya! Just nak bagitau yang aku tak suka pakai baju kurung pergi rumah sesape entah yang aku tak kenal. Rasa macam aku ni OSP (Orang Sangat Penting aka VIP lah)



Budak ni: Kalau pergi kenduri kawen atau openhouse yang langsung tak dikenali, memang tak layan baju kurung; tak layan tuan rumah. Yang budak ni tau, makan makan dan makan jelah. Lantakkkk. Biar ibu ayah je pergi jumpa tuan rumah. Senang cite, aku tak suka pergi tempat yang crowded with people yang aku tak kenal. Sebab nanti aku rasa badan aku menjadi kecik secara drastik (ikut ayat Una)

6 comments:

twinkle twinkle said...

wani pakai bju kurung la nmpk comel diq ;D

nurain said...

haha..bese la tu..kecik ag.lalalalala

I.Hazwani said...

kak mira :
aah ye nampak ayuuuu je XD

I.Hazwani said...

kak ain :
oo wani KECIK lg eh? ok ok, akk da besa. haha

fatihahnur ♥ said...

sebab bile kite tk kenal org tu , kite tkhu nk buat apa . so , mkn je lah kan ? hee , samelah kitaaa

I.Hazwani said...

fatihah :
aah, tkkn nak pgy peluk strangers tetibe pulak. mintak pelempang jee.