Sunday, October 31, 2010

Lagu yang mengingatkan kita kepada seseorang

Heyy!






Biasa kalau korang denga lagu, mesti teringat dekat someone. Lagu ni teringat dekat orang tu. Lagu tu teringat dekat orang ni. Kan? Kalau dengar lagu Taylor Swift, mesti teringat dekat someone yang kita suka. Kan jugak kan? Biasanya, lagu lagu ni semua ingatkan kita dekat orang yang kita suka, sayang, rindu, etc. Jaraaaang dengar lagu yang buat kita teringat dekat kawan kawan / family. Kan kan?




Kalau lagu Untukmu Ibu, memang takpayah cakaplah. Memang sah-sah teringat dekat mak korang. Kan? Lagu Sahabat (Aizat) pulak, teringat dekat kawan kawan. Lagu lagu macam ni jela buat kita teringat dekat family & kawan. Tapi lagu macam ni kita memang jarang nak denga. Betul tak? Ehh, aku tanya ni. Jawab la.




Baiklah, berbalik kepada topik asal. Ada tak lagu yang bila korang denga, LANGSUNG tak fikirkan sesiapa. Ada tak? Ada tu memang ada, tapi tak ramai. Kan? Harini aku baru denga lagu Di Saat Aku Mencintaimu; lagu yang secara tidak langsung diperkenalkan oleh Nurul Farahana dan Khairi Abdullah. Bila aku denga lagu tu, muka aku jadi macam ni,








Lagu ni LANGSUNG tak buat aku fikirkan sesiapa. Biasanya, kalau kita denga lagu yang mengingatkan kita dekat someone, mesti isi lagu tu related dengan someone tu kan. Atau mungkin isi lagu tu pernah terjadi dekat kita. Ok, aku ambik kemungkinan yang kedua tu. Aku tak pernah kot ada pengalaman macam dalam lagu ni; Ditinggalkan seseorang bila kita mula cintakan dia. Ni ke maksud lagu tu?



Yes, memang I.Hazwani takde pengalaman yang berkaitan dengan lagu ni. Dan tak perlukan seseorang untuk jadikan lagu ni realiti dalam hidup aku.


Buat kali ketiga denga lagu Di Saat Aku Mencintaimu, mata dah berair tanpa sebab yang munasabah. "Menyendiri lagi, menyendiri lagi, Di saat kau tinggalkan diri ku pergi" Oh Nurul Farahana & Khairi Abdullah, adakah lagu ini sedang mewakili rasa hati kalian?

*Bak sini tisu*


Entry ni buat aku terasa macam matang sikit. Sikit je.

Saturday, October 30, 2010

Darah suka nyamuk apa?

Heyy!





Lokasi: Class budak Aktif
Situasi: Waktu rehat
Watak: I.Hazwani, ZNZ


I.Hazwani : Darah suka nyamuk apa?
ZNZ : Darah suka nyamuk O.
(ZNZ buat muka selamba sambil menghumban kan roti ke dalam mulut)
I.Hazwani : Sejak bila darah suka nyamuk?
ZNZ : ...


(Dua dua tak perasan ayat terbalik tunggang langgang)








Lokasi: Class sendiri
Situasi: Lepas rehat, waktu BM
Watak: Classmate (lelaki), I.Hazwani, ZNZ



Classmate: Kau lah bidadari dalam hidupkuuu *nyanyi lagu Yang Sempurnakanku, konon nak ceriakan suasana class padahal sumbanggg. Sedap lagi kalau Farid Asyraf (classmate jgk) nyanyi*
I.Hazwani: Sapa nyanyi tu awak? Eii meremang bulu ketiak
ZNZ: *gelak*
I.Hazwani: Silap, nak cakap bulu roma lahh tadi~


Harini dah semangat nak pergi sekolah ganti, tiba tiba ZNZ cakap dea tak pergi sekolah. Aku jadi malas nak pergi sbb takde teman nak cari gaduh nanti.

Thursday, October 28, 2010

Fakta dijadikan bahan lawak

Heyy!






Reasons to visit library:

  • Hirup udara aircond secara percuma!
  • Untuk guna computer
  • Mendapatkan tidur yg nyenyak di sekolah
  • Untuk (ehem) curi-curi pandang lelaki yang diminati
  • Pinjam buku rujukan untuk final year exam
  • Ponteng class



Lepas rehat tadi pergi library. Sampai library, cari buku, pura-pura baca tapi sebenarnya tido. EHH, memang baca la. Tapi baca kejap je sebab konsentrasi terganggu sbb Ali (mungkin bukan nama sebenar) mengambil tempat kat sebelah aku. Kena kacau lagi.



Sambung balik baca buku. Tak lama lepastu, Ali kacau lagi dan lagi. Aku tak faham betul. Masa aku focus nak baca buku la ada manusia nak kacau. Masa aku rajin dok buat bangang, takde pulak nak kacau. Ye, sambung. Kat mana tadi? Oh, kat library.


Lepastu Abu (bukan nama sebenar jugak) datang dekat meja kitorang sambil bawak buku yang bertajuk tentang Kebersihan Diri Wanita. Aku tetap teruskan membaca buku kat tangan aku sebab membaca itu adalah amalan mulia. Tiba tiba...


Abu bukak page yang berkaitan dengan payudara wanita.
Aku start rasa tak selesa.
Buku English yang aku baca tu jadi macam bahasa Sepanyol.


Abu: "Bermula umur 11 tahun, payudara wanita akan mula terbentuk. Dan ketika berusia 17 tahun, saiz payudara yang dimiliki adalah kekal"
Ali: 17 tahun? Awak, nanti saya tunggu awak 17tahun ehh?


*Taktau Ali cakap dengan sape.
*Jauhkan sikit kerusi dari diorang


Abu: Buku penipu! Aku umur 11 tahun takde pun tumbuh payudara!
Ali: Eh kau tengok la buku ni. Nama pun Kebersihan Diri Wanita.


--------------------------------


Ali masih dekat sebelah,
tapi cakap dengan orang depan kitorang.


Ali: Bapak kau keje mende?
Orang depan: Branch manager
Ali: Hah? BREAST manager?
Orang depan: Tak laa. Branch manager
Ali: Aku dengar kau cakap Breast Manager!


Orang buat buku tentang cara-cara menjaga kebersihan diri wanita from head-to-toe tu adalah bertujuan untuk memberi ilmu. Ilmu ke? Lantakla. Diorang buat lawak pulak pasal payudara ni.



Nasib baik takde buku pasal Kebersihan Diri Lelaki. Kalau tak benda pertama yang aku cari... hehehehe! *Tanduk setan dah naik. Nak balas dendam punya pasal. Eh lupa pulak, ni blog budak bawah umur. Opsss

Ni bukan kes Ali salah dengar tapi sebab 'orang depan' mendakwa bahawa dea pelat, sebab tu dengar macam Breast.

Wednesday, October 27, 2010

LIRIK: Kalau Berpacaran

Heyy!


Dengar jelah lagu ni. Taktau nak describe apa dah. Kalau berpacaran, ingat ingat la mak bapak yang besarkan awak. Kalau tak ingat, mesti awak ni nyanyuk. Kalau berpacaran lagi, jangan buat benda benda 'ala, biasa la' tu. Geli. Jangan mengaku saya kawan awak. Malu. Faham tak malu? Kalau saya sebagai kawan awak pon dah malu dengan perangai awak, apa lagi mak bapak adik kakak abang awak tu. Lagi lah maluuu. Awak terasa ke? Jangan lah marah. Saya nak sedarkan awak je. Tak bermaksud nak perli awak. Dan, saya tak kata pon saya ni sangat baik sampai pijak semut pon 89% peluang untuk hidup adalah tidak tipis. Taaaak, saya cuma nak ingatkan diri kita semua. Ye awak?





[Sohaimi Mior Hassan]

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah










HAHA part Altimet nyanyi tu macam setan je. Bukan 'macam', tapi memang setan. 'Duduk rapat-rapat, nanti confirm dapat!'


And, part Altimet nyanyi tu jugak buat aku teringat saat saat aku menari berpasangan dengan A----- dkt sekolah rendah. Taktau la kenapa.

Sikat/Tembikai?

Heyy!

Masa cakap dengan adik tadi,









Aku: Adik, cari kan akak sikat.
Adik: Jap, nak cari la ni.
Aku: Ada tak?
Adik: Takde pon buah tembikai.
Aku: --'


Aku cakap buah tembikai or sikat eh tadi?


Ada masa tertentu, kitorang ada masalah pendengaran. Manusia, biasalah buat silap.

Monday, October 25, 2010

Sedang bahagia lah katakan

Heyy!

Lately ada beberapa perkara buat aku jadi bahagia. Terlebih bahagia sampai takboleh tido. Terlebih bahagia sampai mimpi pelik pelik. Terlebih bahagia sampai aku jadi dua kali ganda pelik daripada sebelum ni. Terlebih bahagia sampai orang tikam belakang aku pon aku boleh cakap, "Takpe, buat lagi. Tak sakit la"





Kejap, lupa lagi nak tulis apa. Oh terlebih bahagia sampai terlupa nak tulis apa. Jangan salahkan orang yang buat saya rasa bahagia. Sesungguhnya... entah. Malas aku sambung ayat ni. Kang orang cakap aku tengah mad in love la apa la. Itu lah orang melayu sekarang. Asal bahagia sikit je kata dah ada boipren la apa la. Menyampah. Eh Tukar topik pulak dah.



Budak ni kalau sangat bahagia dan terlebih gembira:
Korang buat apa pon, insyaAllah budak ni boleh senyum.
Dengar lagu sedih orang nak mati; tetap jugak senyum.
Budak paling dibenci pon tetap jugak kata SAYANG
Adik adik menjerit satu rumah; bunyi mcm diorang tengah menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Stars
Tak tido malam; takpe. biarlah mata jadi mcm panda. janji aku happy
Mula la terlebih rajin nak buat nota Sejarah Bab 8
Org suruh beli topup Celcom tp abg salah beli Maxis; takpe. Terima jee
Org suruh abg beli Coke tp abg salah beli 100Plus; pon tak marah. bersyukur
Tak dapat bukak FB, langsung tak kisah. Ehh, kisahh! Kena jugak bkk FB!


PERHATIAN: Abang bukan dilamun cinta sampai tersilap beli barang tapi masa dekat kedai tu ada ramai orang dan ramai perempuan so abang jadi malu sampai tersilap beli barang. Yee, abang saya seorang yang pemalu. Macam SAYA. (Inilah ciri ciri adik yg mithali, back up abang nya sendiri)


Ok sambung.




Eh takde dah. Tu je. Esok kat sekolah mesti start moody balik sebab sekolah boringggg. Bukan, maksud aku, suasana 'pasar malam' dekat class tu yang boring. Lepas satu-satu benda buruk jadi kat classmate aku. Ini ke balasan untuk budak nakal?




Akhir sekali, terima kasih untuk orang orang yang buat saya tersenyum tanpa henti. Ikhlas dari saya. Takpe, untuk orang yang anggap saya ni stranger dalam hidup diorang pon, terima kasih jugak.

Sunday, October 24, 2010

"Pakai jela baju kurung!"

Heyy!

Semalam pergi kenduri kawen dekat lorong IM5/7. Setakat selang dua tiga lorong dari rumah, tapi nak naik kete jugak. Bukan apa, Malaysia ni panas. Kan? Kang sampai je rumah pengantin, ketiak dah basah, tudung dah terbang mana, kasut dah takde kat kaki.



Sejam sebelum pergi kenduri tu lagi aku dah siap-siap mandi. Muahaha lepastu mula bising dok tanya nak pakai baju apa. Last-last pakai baju kurung. Aku memang malas betol pakai baju kurung pergi rumah sape sape entah yang aku tak kenal. Tau la tu rumah jiran, masalahnya aku tak kenal langsung Dato' Datin yang jemput aku satu family. Yang aku tau, datang sana nak mengenyangkan perut.






Sampai sana, terus park kete depan rumah mamat yang aku pernah suka tu. Ala yang tuuu tu. Tak ingat sudah. HUWA HUWA HUWA sedihnya. Turun je kete, memang tak denga lagu pengantin ke apa ke. Macam tak gaya orang tengah buat kenduri kawen. Ceh, rupanya diorang pasang lagu slow. Yang tak tahannya, masa aku tengah ambik makanan, penyanyi yang nyanyi tu buat aku rasa nak simbah je air sirap dalam tong yang ada dekat sebelah aku. Nak nyanyi, nyanyi la tapi jangan la buat suara macam tengah tahan kentut. Geli tau tak. Nyanyi lagu Jangan Pisahkan pulak tu.



Lepastu, tengah sedap aku mencekik, ada pulak Ibu Amy ke apa entah nyanyi, diikuti Ibu Pink. Lepastu Ibu sape entah. Nasib baik Ibu aku takde nyanyi kat depan. Kalau tak aku balik rumah jalan kaki. Kalau tak jalan kaki, merangkak. Tak merangkak, tumpang je lori abang catering tu hah "Abang, tumpang lori! Saya sesat. Bawak saya balik rumah, jangan culik saya! Nanti saya bagitau mak saya!" Mengarut je pagi pagi buta ni.



Kejap, apa eh nak tulis tadi. Ohh ya! Just nak bagitau yang aku tak suka pakai baju kurung pergi rumah sesape entah yang aku tak kenal. Rasa macam aku ni OSP (Orang Sangat Penting aka VIP lah)



Budak ni: Kalau pergi kenduri kawen atau openhouse yang langsung tak dikenali, memang tak layan baju kurung; tak layan tuan rumah. Yang budak ni tau, makan makan dan makan jelah. Lantakkkk. Biar ibu ayah je pergi jumpa tuan rumah. Senang cite, aku tak suka pergi tempat yang crowded with people yang aku tak kenal. Sebab nanti aku rasa badan aku menjadi kecik secara drastik (ikut ayat Una)

Thursday, October 21, 2010

Kisah 30sen

Heyy !

Semalam 20102010 adalah hari pertama aku datang sekolah lepas lima hari buat cuti demam. Ingatkan nak jakon sebab baru masuk sekolah tapi bila tengok tengok balik sekitar sekolah, SAMA JE. Takde perubahan, cikgu sama, kawan sama, blok sama.



Sejak aku masuk sekolah: Aku dah tak tido dalam kelas (tapi tido dalam library). Second, mood nak skip class tak berapa nak menyerlah sangat. Third, aku malas nak marah-marah Kambing. Buat sakit jiwa je rasa. Aku skrg ni nak berbaik dengan SEMUA. Ye Kambing? Kau baca tak ni? Kau tak baca pon mmg ade orang spy blog aku ni utk kau kan. Menyampah.

Harini, Kambing tetibe panggil.


Singa!
*pusing belakang*
Dah dapat da kertas KH blablabla? Aku ade lebih.
*geleng*


Maka Kambing pon bagi la kertas tu. Aku pulak menyengih ke-singa-an. Kambing pelik melihatkan aku dok tersengih, aku laaaagi la pelik dgn dea. Apesal kau tetibe baik nak bagi kertas lebih tu kat aku. Hoh ye tak elok membazir kertas kan.



Tapi tadi waktu balik....


Zaty!
*sape pulak buat drama Korea petang-petang gini* aku tertoleh-toleh kiri kanan depan belakang atas dan bawah tangga. oh, itu dia gerangan yg memanggil.*
What?
Bayar aku 30sen nanti!



Kurangggggg gula teh tarik terlebih masin! Ingatkan free. Kena bayar ghupenye. Yang tu aku tak heran sangat. Ala setakat 30 sen, nnt aku mintak kat bapak aku. Tapi yang aku heran, Kambing panggil nama aku. NAMA AKU. Biasanya panggil Singa je. Jadi ini memelikkan aku.


Ok. Lantak, at least Shah^&* tu ingat lagi nama aku.

Monday, October 11, 2010

Ke hadapan Cik yang...

Heyy!

Tadi dalam class, tengah sedap gila buat nota Komsas, tetibe Kambing pass surat. Ala, dah biasa da main pass-pass surat. Zaman sekarang memang dah kena berjimat. Salah satu cara untuk berjimat adalah dengan menjimatkan air liur. Sebab tu la kami (skema) menjadikan surat sebagai medium perantaraan. *cakap jela korang memang tak boleh bercakap satu sama lain. huh, menyampah ai. nak cover cover pulak*




KLIK LA KLIK LA.



Lebih kurang la ayat nye tu. Part 'sekian' and 'kesian' tu boleh SENGAJA nak ter-confuse.