Monday, September 13, 2010

Makcik J dan Biskut Arab,

Heyy !

Daripada dok upload gambar raya, baik post cerita petang raya ketiga iaitu hari Ahad semalam. Masa tu lebih kurang pukul 6PM, kitorang baru balik dari rumah Makngah yg terletak dekat Selangor (kalau jalan kaki beberapa ribu meter, dah masuk negeri Perak kot).


Otw nak balik ke Raub, hujan pun turun. Sebab tu la sampai kat rumah pukul 6 lebihh. Beberapa minit lepastu, tiba tiba handphone buat bunyi menandakan yg mesej baru sudah sampaaaai. Aku ni penat, lagi nak send mesej bagai. Sepuluh saat baca mesej tu. Daripada muka berkerut, terus tergelak sbb pengirim SMS ni macam tau tau je aku baru sampai and tadi ada hujan dekat Raub.



Kiri: Makcik J send.
Kanan: Aku reply.
*Perasan kan yg kiri tu 345PM and yg kanan pulak343PM?*


Kepada Makcik J yg taktau baru nak bertolak ke mana tu, mintak maaf kalau rasa tersindir dgn mesej saya. Sungguh saya takde niat nak menyindir makcik. Mak saya yang suruh reply mesej tu sbb dea suruh cakap dkt Raub tadi hujan dan nenek saya yg suruh wish Selamat Hari Raya dan saya sendiri yg gedik letak smiley senyum tu

*Aku taktau orang faham ke tak apa aku tulis ni tapi hentam je lah





10 minit lepas kejadian MAKCIK J tersebut, niat di hati nak solat Asar kejap tapi terbantut pulak lepas tengok Wan (nenek) tengah makan sejenis kuih raya feveret ku di dapur. Makan makan makan, tapi langsung tak ambik kesah nama kuih raya tu.

W= nenek.
A=aku.


A: Wan! Makan tak ajak pon!
W: Taknaaak, biar Wan makan sorang je biskut Arab ni

AKU TERDIAM.
SERTA TERKEJUT.
MACAM TAKDE NAMA LAIN JE -.-
MACAM TAK SANGGUP AKU NAK MAKAN BISKUT TU.

A: Hah? Biskut Arab? Wan, simpan sikit tau. Zaty nak solat kejap.
W: Ah takde, Wan nak habiskan biskut Arab nih
A: Ala, kalo camtu Zaty taknak solat la.
W: Eh boleh pulak camtu. YELA YELA, kau pergila solat. takdenye Wan nak habiskan biskut ni sorang-sorang
A: Wan simpan tau. Zaty nak solat kejaaaap je.



GEDIK JE NAK TER TER UPLOAD!


Nak tunggu raya tahun depan pulak. Nak main mata bertukar senyuman dan salam (ehem) dengan mamat hensem yg hanya available time raya sahaja T______T
MUAHAHA gataiii tak hingat raya betul. Ni la gamaknya kalo dah terase bosan sangat taktau nak buat apa. Sape sape rasa bosan, boleh try ngorat anak kepada nenek sedara kepada jiran korang. Kalau kena lempang, padan dengan muka hang! Sapa suruh ikut apa aku cakap kan.

9 comments:

.miss d'ieyna. said...

asal tgok biskut arab tu mcm gebu jee. haish. nak rasa juga.

I.Hazwani said...

.miss d'ieyna., sedaaaaap. rasa mcm gula tu byk melekat dkt biskut arab tu. try je lahhh~ weee

ツhʋƨиα ツ said...

eh eh EHHH !

biskut ARAB ~~ biskut yg makcik usna dok suruh2 kami buat
favourite dia kata nye
mule2 mmg takmo buat , tp makcik mcm kmpunan nak sgt :P

ceh ! sepatah habuk tak paham makcik J

ツhʋƨиα ツ said...

KEJAP , gamba tu mcm smart
HAHAHA

sesi berbalas sms sebelah2 ke?

I.Hazwani said...

ツhʋƨиα ツ , makcik kempunan or makcik mengidam neh? entah entah dah berbadan dua. aiyokkk~


----- taklah, gamba tu... hm entah. taktau ;D

fatihahnur ♥ said...

agak tak faham part makcik J tu . haa , takpelah . faham dia salah number je . hehe :)

Anonymous said...

asal jam tu ?
x betul ke ape :
*blurr

I.Hazwani said...

fatihah, takpelah. abaikan. haha ramai tak faham part makcik J.

I.Hazwani said...

anonymous, ahaha abaikan la. jam tu btol dah tp sy part ambik gamba part kanan dulu.