Thursday, September 09, 2010

Kerana mu Syawal,

Heyy!


SEBAB ESOK DAH NAK RAYA, meh saya nak list kan 30 perkara menjelang Syawal akan tiba. Baiklah, ini semua kebanyakkannya points yang berkaitan dengan saya dan mungkin jugak ada kaitan dengan hidup awak. Mana la tau kan ada persamaan ke. Sedang mencari kimia antara kitaaa~





Sebab Syawal hampir tiba...


Syaitan dah terlepas riang ria hari raya menghasut manusia

Semalam merupakan hari terakhir berniat puasa Ramadhan tahun ni

Pagi semalam makan sahur yg terakhir - sepatutnya harini tapi tak terbangun sahur pulak

Petang ni bukak puasa terakhir - insyaAllah kalau dipinjam senafas lagi utk jamah rezekiNya

Malam semalam terawih akhir tapi saya tak pergi pun terawih

Malam ni takbir raya bergema


Dan jugak lepasni...

Alarm clock takkan meng'shock'kan dgn ringtone SHOCK-Beast pada pukul 4.10AM, 4.20 AM, 4.30 AM, 4.4OAM - cehh kau, buat la volum maksima mana pun, tkkn terjaga nye la budak ni.

Ibu takkan ketuk pintu bilik ku dua tiga kali sampai rasa nak pecah pintu tu pada pagi buta sebab nak tolong siapkan makanan sahur.

Loceng sekolah berbunyi pukul 2.30PM, bukan lagi 2.20PM ya kawan-kawan sekolahku.

Waktu pejabat ibu pulak akan habis pukul 5PM, tak macam Ramadhan yg habis setengah jam lebih awal. Tak adil, pejabat habis setengah jam awal, tapi sekolah habis awal 10 MINIT je !

Soalan "Bu, bukak puasa nnt makan apa?" (padahal waktu Zohor pon belum masuk lagi) takkan ditanya dah.

Begitu juga dengan soalan "Sahur esok pulak nak makan lauk apa?" (padahal baru je 10 minit bukak puasa)

Boleh hangout dengan kawan sampai lewat malam pun takpe (tu pon kalau nak rasa tido kat luar rumah la kan)

Takde dah mesej bertulis "Selamat bukak puasa" mahupun "Selamat Bersahur".

Kiyaa dah tak call untuk kejut bangun sahur. Biasanya dea kena berusaha sebanyak 5 kali untuk call supaya saya bangun sahur.

Takde lagi soalan bodoh yg ditanya oleh kanak kanak lelaki, "Hoi puasa tak?". Kejap, bukan soalan tu yg bodoh, tapi kanak kanak itu yg bodoh. Dah sah-sah lah takkan dijawab.

Family (terutamanya Abang dan saya) da tak kecoh dok tanya berapa frekuensi PahangFM semata-mata nak denga azan menandakan waktu bukak puasa.

Takpun, telinga Abang tak akan melekat dekat dinding ataupun muka saya tak akan terlekap dkt tingkap dah semata-mata nak dengar azan dari surau yg berdekatan.

Akan jarang turun ke dapur untuk memasak/menolong ibu memasak :P

Dengan bangganya, si couples di luar sana yg sedang PANAS bercinta akan membuat maksiat secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Ibu takkan dengar anak daranya ini merungut kelaparan atau kehausan.

Ramai taknak buat ibadah extra hanya sbb bulan Ramadhan dah melambai untuk pergi berehat.

Cikgu-cikgu bakal transform menjadi cikgu yg garang serta menggerunkan lagi mengerikan.

ZNZ mesti tanya, "Awak nak makan apa kat kantin?"

Saya takkan terliur dah tengok non-muslims makan minum dekat ECM, yeayy

Calon UPSR PMR SPM STPM bakal sakit secara mental dgn exam yg akan datang. Maka mereka akan mula demam kus kus, rasa nak buat operation supaya takpayah ambik exam (boleh ke?), dan lelaki akan tiba tiba buat alasan sakit senggugut. - Point yg sgt mengarut. Baiklah, NEXT!

Perempuan perlu memikir bila waktu sesuai untuk ganti puasa yg dah terpaksa ditinggalkan. Perempuan itu ialah saya. Inilah nasib menjadi perempuan. Kalau awak bukan perempuan, jangan gelak. Kalau awak pun perempuan, jangan gelak jugak. Buat apa nak gelak? Kan awak pun perempuan, kena ganti puasa jugak? Secara tak langsung awak telah menggelakkan diri awak.

Saya bakal terlajak solat Subuh gara-gara bangun pagi pukul 6.40, lepastu mula la mesej Ida suruh dea gerak p sekolah dulu.

Cerita-cerita atau iklan berkaitan Ramadhan takkan tersiar dekat TV dah.

Boleh beli aiskrim dan show off depan semua orang macam saya sorang je mampu beli aiskrim.






TERIMA KASIH CIK PIEKA.
DEEPAVALI NANTI PUN BAGI LA LAGI YEAA.

Petang ni dah balik kampung. Orang lain dah balik kampung awal awal, mengapakah family ku ini baru harini la nak start enjin Perodua dan Proton bertolak untuk pulang ke Raub T_____T


BTW, malam tadi saya telah bertungkus lumus membantu ibu masak rendang. Kononnya untuk sahur terakhir ni, nak makan rendang. Last-last satu family tak bangun sahur. Perut dah berbunyi, tekak dah kering. Takpe, kang bukak puasa, makan la satu periuk rendang pun takpe; takpayah tinggalkan untuk orang lain. Inilah yg dinamakan The Kejam Side of IzztHzwni ^^

14 comments:

ツhʋƨиα ツ said...

good points , IzztHzwni !
pndai dok kaji-kaji and then set jadi point jdi lebih rgkas n mudah
nk buat ulgkaji ??
HAHAHA

ok gak tuh balik kmpung ptang ni,
usna balik esok pagi
jap gi bru nak gerak2 bri brang tok raye esok
HAHA nmpak mcm tanak raya je kan
:P

SELAMAT HARI RAYA eh wani :) mstibest balik Raub

fatihahnur ♥ said...

Love your post <3
Haa , sekejap sungguh masa berlalu ..
Tak sangka dah 30 Ramadan hari ni .
Btw , selamat hari raya sis (:

I.Hazwani said...

terima kasih Husna Una. HAHA.
Kang buat essay, terlebih marks pulak cikgu BM bagi nnt. buat la nota yg hanya ber-point shj.

kampung husana mesti dekat, sbb tu balik pagi esk kan?

I.Hazwani said...

fatihah,alhamdulillah terima kasih sbb meng-love post ini dan mencintai post akak ni.

slmt hari raya :)

fndrocka said...

paling tak best dah tak dpt pi semayang terawih lah kan..huuu

I.Hazwani said...

Takpe, insyaAllah tahun dpn ade la lagi terawih utk kita :)

ツhʋƨиα ツ said...

husna una ?
auw malu :') ;P

ye KOT dekat. 2 jam lboh kurg
Raub bape jam ?
*haha mcm xde tmpat len na tanye

I.Hazwani said...

ceh gedik je malu.
raub ade la dalam tiga jam gitu
haihh tak sabar nak tunggu bukak puasa; mkn dkt tengah jalan; bentang tikar mcm masa wani kecik dulu; lepasut makan RENDANG! yeay; lepastu org lalu lalang pon pandang pandang lepastu wani tengking lah nnt "mende kau pandang pandang? kalo nak cakap ahh!"

ツhʋƨиα ツ said...

kejap. gedik tu ape ?? :P:P

la blom brtolak lgi la nih ?
dok on je dri tadi ? brtuah!
peh best gila mkan tenga jalan
kalu usna situasi mcm tu ,
beli2 mkn dlm keta
snggup tggu smpai kmpung sbb nk makan kat kmpong org masak
HAHA eh awalnye msak rendang
SEDAPPPPPPP

reply 2ur shout : HAHA cehceh tu pon jasa baik tutorial wani GIMP tu :) terima kasih yea
nak raya , blog pun nk pkaian bru jugak!
wani , kalo img url salah tu tandenye apa ?

I.Hazwani said...

gedik itu. entah. HAHA.
petang kang maybe dalam 6PM baru gerak lah cik kak oi. HAHA sadis je rasa bertolak lambat. wani da la tak suka malam sbb malam ni setan dah lepak da kat lua.

husna kalo nak rendang tu cakap la. nnt wani masakkan eaa? :DD

REPLY: ohh sama sama. sorry tak reply YM haritu sbb takde kredit T.T
blog pon nak tudung baru kan? HAHA
hm kalo img url salah, tu tandanya SALAH la. :P

Black Pearl ♥ said...

Sys Wani , Happy Eid Day :)
And sorry larh sbb Abby mcm sombong dengan sys , bknnya ape , abby tak bukak blog skrg . Tp abby slalu lawat sys punya . Huhu , header sys lawa ! Saiia suka ayat di bawahnya :)

Farahani said...

Heyy :P
Selamat Hari Raya Kak Cik Wani.
Hua hua hua hua.
Rajinn Kak Wani buat kajian semua nih.
Kalau Farah?
Hampehh -____-"

I.Hazwani said...

Black Pearl ♥ ,
Ye takpelah, akk sikit pon tak ambik hati syg oi. Thanks syg :) NNt umo dah 18 taon, jgn dtg blog ni dah taw :P

I.Hazwani said...

Farahani,
Hai eh KAK CIK? HAHA comel comel <3
Akk bukan buat kajian, cuma pemerhatian. Farah pon buat buat je rajen mcm akk, ;P bia tak rajen, asalkan pura2 rajen