Monday, September 27, 2010

Sayang biar ikhlas

Heyy!







Awak, walaupun saya tahu awak ada scandal, saya tak kisah. Saya cuba terima. Sungguh, awak. Peritnya dalam hati, susah nak digambar dan tergambar. Saya sayang awak. Saya nak awak tau tu je. Tu je.




Saya tahu awak sayang saya jugak... tapi sayang bersebab. Saya ingatkan awak sayang saya seadanya. Rupoa-rupanya awak sayang saya sebab...






















...sebab saya pegang camera je kan! Hampeh punya budak kecik!














Amir Amir! Tunjuk Tigaaaa!



Soalan: Kenapa jari tiga tu senget?
Jawapan: Nak tau kenapa? Sebab aku tanya budak kecik ni umur berapa. Dea buat jari Tiga Senget tu sambil jawab TIGA TAON. So, trend Tiga Senget sudah meresap dalam diri aku. Jangan heran kalau lepas ni aku buat Tiga Senget tu. Itu tanda ingatan ku terhadap Amir Hamzah.


Awak panggil akak ni Kakak Tiger pon akak redha. Asalkan awak ingat kakak yang penat bermain melayan kerenah awak sudahh~ Penat btol melayan awak budak kecik! Nasib baik akak ni memang perangai budak kecik && ade adek kecik.

Monday, September 13, 2010

Makcik J dan Biskut Arab,

Heyy !

Daripada dok upload gambar raya, baik post cerita petang raya ketiga iaitu hari Ahad semalam. Masa tu lebih kurang pukul 6PM, kitorang baru balik dari rumah Makngah yg terletak dekat Selangor (kalau jalan kaki beberapa ribu meter, dah masuk negeri Perak kot).


Otw nak balik ke Raub, hujan pun turun. Sebab tu la sampai kat rumah pukul 6 lebihh. Beberapa minit lepastu, tiba tiba handphone buat bunyi menandakan yg mesej baru sudah sampaaaai. Aku ni penat, lagi nak send mesej bagai. Sepuluh saat baca mesej tu. Daripada muka berkerut, terus tergelak sbb pengirim SMS ni macam tau tau je aku baru sampai and tadi ada hujan dekat Raub.



Kiri: Makcik J send.
Kanan: Aku reply.
*Perasan kan yg kiri tu 345PM and yg kanan pulak343PM?*


Kepada Makcik J yg taktau baru nak bertolak ke mana tu, mintak maaf kalau rasa tersindir dgn mesej saya. Sungguh saya takde niat nak menyindir makcik. Mak saya yang suruh reply mesej tu sbb dea suruh cakap dkt Raub tadi hujan dan nenek saya yg suruh wish Selamat Hari Raya dan saya sendiri yg gedik letak smiley senyum tu

*Aku taktau orang faham ke tak apa aku tulis ni tapi hentam je lah





10 minit lepas kejadian MAKCIK J tersebut, niat di hati nak solat Asar kejap tapi terbantut pulak lepas tengok Wan (nenek) tengah makan sejenis kuih raya feveret ku di dapur. Makan makan makan, tapi langsung tak ambik kesah nama kuih raya tu.

W= nenek.
A=aku.


A: Wan! Makan tak ajak pon!
W: Taknaaak, biar Wan makan sorang je biskut Arab ni

AKU TERDIAM.
SERTA TERKEJUT.
MACAM TAKDE NAMA LAIN JE -.-
MACAM TAK SANGGUP AKU NAK MAKAN BISKUT TU.

A: Hah? Biskut Arab? Wan, simpan sikit tau. Zaty nak solat kejap.
W: Ah takde, Wan nak habiskan biskut Arab nih
A: Ala, kalo camtu Zaty taknak solat la.
W: Eh boleh pulak camtu. YELA YELA, kau pergila solat. takdenye Wan nak habiskan biskut ni sorang-sorang
A: Wan simpan tau. Zaty nak solat kejaaaap je.



GEDIK JE NAK TER TER UPLOAD!


Nak tunggu raya tahun depan pulak. Nak main mata bertukar senyuman dan salam (ehem) dengan mamat hensem yg hanya available time raya sahaja T______T
MUAHAHA gataiii tak hingat raya betul. Ni la gamaknya kalo dah terase bosan sangat taktau nak buat apa. Sape sape rasa bosan, boleh try ngorat anak kepada nenek sedara kepada jiran korang. Kalau kena lempang, padan dengan muka hang! Sapa suruh ikut apa aku cakap kan.

Thursday, September 09, 2010

Kerana mu Syawal,

Heyy!


SEBAB ESOK DAH NAK RAYA, meh saya nak list kan 30 perkara menjelang Syawal akan tiba. Baiklah, ini semua kebanyakkannya points yang berkaitan dengan saya dan mungkin jugak ada kaitan dengan hidup awak. Mana la tau kan ada persamaan ke. Sedang mencari kimia antara kitaaa~





Sebab Syawal hampir tiba...


Syaitan dah terlepas riang ria hari raya menghasut manusia

Semalam merupakan hari terakhir berniat puasa Ramadhan tahun ni

Pagi semalam makan sahur yg terakhir - sepatutnya harini tapi tak terbangun sahur pulak

Petang ni bukak puasa terakhir - insyaAllah kalau dipinjam senafas lagi utk jamah rezekiNya

Malam semalam terawih akhir tapi saya tak pergi pun terawih

Malam ni takbir raya bergema


Dan jugak lepasni...

Alarm clock takkan meng'shock'kan dgn ringtone SHOCK-Beast pada pukul 4.10AM, 4.20 AM, 4.30 AM, 4.4OAM - cehh kau, buat la volum maksima mana pun, tkkn terjaga nye la budak ni.

Ibu takkan ketuk pintu bilik ku dua tiga kali sampai rasa nak pecah pintu tu pada pagi buta sebab nak tolong siapkan makanan sahur.

Loceng sekolah berbunyi pukul 2.30PM, bukan lagi 2.20PM ya kawan-kawan sekolahku.

Waktu pejabat ibu pulak akan habis pukul 5PM, tak macam Ramadhan yg habis setengah jam lebih awal. Tak adil, pejabat habis setengah jam awal, tapi sekolah habis awal 10 MINIT je !

Soalan "Bu, bukak puasa nnt makan apa?" (padahal waktu Zohor pon belum masuk lagi) takkan ditanya dah.

Begitu juga dengan soalan "Sahur esok pulak nak makan lauk apa?" (padahal baru je 10 minit bukak puasa)

Boleh hangout dengan kawan sampai lewat malam pun takpe (tu pon kalau nak rasa tido kat luar rumah la kan)

Takde dah mesej bertulis "Selamat bukak puasa" mahupun "Selamat Bersahur".

Kiyaa dah tak call untuk kejut bangun sahur. Biasanya dea kena berusaha sebanyak 5 kali untuk call supaya saya bangun sahur.

Takde lagi soalan bodoh yg ditanya oleh kanak kanak lelaki, "Hoi puasa tak?". Kejap, bukan soalan tu yg bodoh, tapi kanak kanak itu yg bodoh. Dah sah-sah lah takkan dijawab.

Family (terutamanya Abang dan saya) da tak kecoh dok tanya berapa frekuensi PahangFM semata-mata nak denga azan menandakan waktu bukak puasa.

Takpun, telinga Abang tak akan melekat dekat dinding ataupun muka saya tak akan terlekap dkt tingkap dah semata-mata nak dengar azan dari surau yg berdekatan.

Akan jarang turun ke dapur untuk memasak/menolong ibu memasak :P

Dengan bangganya, si couples di luar sana yg sedang PANAS bercinta akan membuat maksiat secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Ibu takkan dengar anak daranya ini merungut kelaparan atau kehausan.

Ramai taknak buat ibadah extra hanya sbb bulan Ramadhan dah melambai untuk pergi berehat.

Cikgu-cikgu bakal transform menjadi cikgu yg garang serta menggerunkan lagi mengerikan.

ZNZ mesti tanya, "Awak nak makan apa kat kantin?"

Saya takkan terliur dah tengok non-muslims makan minum dekat ECM, yeayy

Calon UPSR PMR SPM STPM bakal sakit secara mental dgn exam yg akan datang. Maka mereka akan mula demam kus kus, rasa nak buat operation supaya takpayah ambik exam (boleh ke?), dan lelaki akan tiba tiba buat alasan sakit senggugut. - Point yg sgt mengarut. Baiklah, NEXT!

Perempuan perlu memikir bila waktu sesuai untuk ganti puasa yg dah terpaksa ditinggalkan. Perempuan itu ialah saya. Inilah nasib menjadi perempuan. Kalau awak bukan perempuan, jangan gelak. Kalau awak pun perempuan, jangan gelak jugak. Buat apa nak gelak? Kan awak pun perempuan, kena ganti puasa jugak? Secara tak langsung awak telah menggelakkan diri awak.

Saya bakal terlajak solat Subuh gara-gara bangun pagi pukul 6.40, lepastu mula la mesej Ida suruh dea gerak p sekolah dulu.

Cerita-cerita atau iklan berkaitan Ramadhan takkan tersiar dekat TV dah.

Boleh beli aiskrim dan show off depan semua orang macam saya sorang je mampu beli aiskrim.






TERIMA KASIH CIK PIEKA.
DEEPAVALI NANTI PUN BAGI LA LAGI YEAA.

Petang ni dah balik kampung. Orang lain dah balik kampung awal awal, mengapakah family ku ini baru harini la nak start enjin Perodua dan Proton bertolak untuk pulang ke Raub T_____T


BTW, malam tadi saya telah bertungkus lumus membantu ibu masak rendang. Kononnya untuk sahur terakhir ni, nak makan rendang. Last-last satu family tak bangun sahur. Perut dah berbunyi, tekak dah kering. Takpe, kang bukak puasa, makan la satu periuk rendang pun takpe; takpayah tinggalkan untuk orang lain. Inilah yg dinamakan The Kejam Side of IzztHzwni ^^

Monday, September 06, 2010

Raya tak macam dulu sebab

Heyy !


Ramai complain yg raya sekarang tak semeriah dulu dah. Mungkin faktor dibawah ni salah satu sebab kenapa pemuda-pemudi cakap raya kali ni tak best, tak meriah, tak macam dulu, tak hot and cold macam dulu masa zaman kecik kecik. I've discovered the Top 4+1 Logic Reasons and inilah dia! Ceh English entah pape ada hati nak writing.


ZAMAN TEKNOLOGI YANG SEMAKIN CANGGIH pada masa kini telah membuat ramai pengguna internet kurang bersosial dalam kalangan masyarakat sebaliknya hanya melalui laman web sosial sprti Facebook. Semua dok busy buat itu ini hanya melalui internet. Mana pergi entah sikap mengamalkan kemesraan sesama kita. Masing masing buat hal sendiri. Nak wish raya pun, dekat hujung jari je ni hah. Habis lah habislah, manusia zaman sekarang semakin pendiam sudah di dunia realiti dan semakin hidup liar dalam dunia maya.




CUTI RAYA YANG DIBERI SANGAT SINGKAT untuk kanak-kanak seperti saya pergi mengetuk pintu beri salam "Assalammualaikum! saya datang dengan muka malu ni nak beraya dkt rumah makcik yang gojes dan pakcik yang kachak. Bukak la pintu ni ~" sangat tidak memadai! Bagilah cuti sebulan, takpun terus sampai cuti akhir tahun. Rasanya nanti habis satu negeri Pahang ni saya terjah rumah sebuah demi sebuah Dah lah bagi cuti pendek, senarai kerja sekolah pulak panjang kemain lagi cikgu-cikgu ni bagi. Orang nak beraya dengan family-bukan dengan homework bertimbun rimbun melambak yang tercampak dalam almari tu.






BAGI CALON UPSR, SPM, PMR, STPM, pulak, diorang kena balik kampung bawak buku-buku je. Baju raya, kuih raya, mercun raya semua tinggal kat rumah. Cikgu cakap, "Raya, raya jugak. Exam korang jangan lupa." Cikgu ingat diorang ni dah tua nyanyuk ke dok jadi reminder sepanjang masa. Lepastu kat perhimpunan cikgu nak libatkan SEMUA pelajar denga kata kata merangsangkan lagi terangsang cikgu tu. Sumbat je la calon PMR SPM STPM tu dalam dewan lepastu bagi motivasi kat diorang puas puas. Saya yang tak bersalah ni (tetibe je) turut menjadi mangsa mendengar bebelan cikgu.





SIKAP MAKCIK PAKCIK KDKT NAK BAGI DUIT RAYA EXTRA macam yang dulu dulu pun faktor kenapa kanak kanak seperti saya (lagi) dan remaja remaja di luar sana rasa macam takde feel langsung nak raya. Sampul raya tunjuk gambar RM50. Saya pun jadi eksaited nak bukak sampul duit raya tu. Cis, indah sampul dari rupa. RM0.50 je!

Ini tidak adil! Saya jugak rasa dipermainkan. Abang sulung dapat duit lebih - bila ditanya kenapa dapat duit lebih daripada kitorang, jawabnya "Abang kan sulung, belajar tinggi tinggi, duit ni boleh buat simpanan dkt bank"

Then kalau adik bongsu dapat duit lebih, alasannya "Adik kecik lagi. Kena simpan duit, dah besar nnt boleh jadi mcm abang sulung. Menabung untuk masa hadapan ~" Dah tu, mana hak saya sebagai anak perempuan tunggal? MANAAA?

Image dari sini



Akhir sekali, nak tau kenapa awak takde mood nak beraya sakan? Ini yang terakhir. Sebab awak lupa nak pos kad raya, wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Sahaja serta tidak menginvite saya ke rumah korang untuk berhari raya. Orang kata, kehadiran kanak-kanak ni boleh memeriahkan suasana. So, saya rasa saya harus ada dekat rumah awak supaya suasana hari raya awak menjadi meriah berbanding tahun lepas.


HAH dah tu tak gheti gheti nak wish Selamat Hari Raya ke?


KERAJAAN HARAMKAN MAIN MERCUN sebab banyak kes putus jari la hilang kaki la patah hati la pergi mati la. Kan? Rasa terkongkong sangat. Makbapak lah ni. Tak reti tengok tengok anak tu. Tak pepasal budak budak kat seluruh negara terkena tempias takboleh main mercun.