Thursday, August 05, 2010

Teamwork sangat penting

Heyy !



Gambar masa pergi ke Jabor haritu. Grr benci sangat sbb salah sorang member kitorang tak pergi sama untuk taklimat/ceramah ni. Ok, kita cuba faham yang dea TERPAKSA ikut family balik ke kampung sebab ada hal family.


Ni untuk pertandingan buku skrap ttg Recycling gituu. Masa cikgu mula-mula tanya 'sape nak join?', aku buat muka blurr padahal ZNZ dgn N beria angkat tangan. Cikgu nak tiga orang. Means, sorang lagi tak cukup. Lepas dipujuk rayu (ahaha) oleh ZNZ & Nik, dengan kerelaan dalam keterpaksaan, setuju je nak join competition ni.



1. Group budak form one. Aku je sesat
2. Ohh, terserlah sikit ketinggian aku =P
3. Dan juga terserlah kekedingan ku~
4. Apesal budak form two tuu dok menggedik dlm gambar ni?
5. Ambik dari blog ZNZ ^^



Ehem, orang yang bersemangat gilaa nak buat group kitorang utk join compt ni, cakap takboleh nak buat discussion / research sebab busy. Aku pon busy. Tapi boleh je aku curi masa nak mengadap google semata-mata nak buat scarpbook ni.


Bukan nak marah. Nak luah perasaan je. Bila cakap depan-depan, orang tu macam marah. Ingat kita taknak faham laa, ape la. Kalau rasa tak ada teamwork or takboleh cooperate dengan aku, jangan ajak aku join korang. Aku boleh je buat kerja dengan sesape je. Tak kesah asalkan orang tu kenal erti KERJASAMA.

AHAHA jangan tanya mengapa dan kenapa kami memakai penutup hidung dan mulut. Ini bagi mengelakkan kami dikejar oleh paparazzi, mamarazzi dan anakrazzi.

Habis site ride kat Jabor, cikgu hantar balik sekolah. Tapi aku bukan reti nak balik rumah. Lepak je kat sekolah, tengok budak koir. Sbb ada satu insiden, terpaksa tight in baju dlm seluar. Macam orang tak center jee. Pastu cikgu marah sbb dok jalan sana sini kat sekolah.

"Awak nak pergi mana? Nape tak masuk kelas?"
"Hm nak balik, cikguu"
"*Cikgu jeling"

Maka, aku buat la muka bodoh macam nak mintak surat saman, terus menuju ke pagar sekolah. Tu pon nak marah. Ramai lagi pelajar yang merayap sana sini. Asal nak marah aku pulak. Marah la diorang.

No comments: