Monday, August 23, 2010

Kau pekak ke?

Menyampah gak orang mintak maaf banyak kali padahal cakap sekali pun dah cukup.


Contohnya, bila tengah berborak dengan kawan. Kawan tersilap cakap, kita rasa kecik hati. Lepastu kawan mintak maaf. Kita cakap 'Takpe'. Tapi kawan tak faham bahasa Melayu, tak faham maksud perkataan 'Takpe' yang kita sebut tu.

"Sorry la"
"Hah takpe la"
"Betul ni?"
"Haah ye la takpe"
"Macam tak ikhlas je"
"Ikhlas la. aku maafkan"
"Aku mintak maaf :("




Dengan suara keras, kita keluarkan vokal separuh menjerit




"ITS OKAY. BENDA DAH JADI PUN KAN"
"Sure ke ni?"
"Hmm, ye. dah, diam"
"Kali ni aku betul betul mintak maaf"







DAH AKU CAKAP TAKPE TU TAKPE LAH. KAU TAK FAHAM BAHASA KE HAH? CUKUPLAH MINTAK MAAF SEKALI JE. KAU INGAT AKU PEKAK KE SAMPAI KAU NAK ULANG BANYAK KALI?


"Kau marah?"
"Tak lah, aku tengah gelak ni. Buta?"
"SORRY"



Sudahhh, mintak maaf lagiiii~



Lama-lama, aku pulak yang rasa serba salah sampai nak mintak maaf padahal aku tak buat salah langsung.

No comments: