Sunday, August 29, 2010

Mak dah pesan

Heyy !



Dulu masa kecik-kecik, sebelum ayah hantar ke sekolah, mak dah pesan masa dok peluk cium sambil kemas kan rambut orang: "Nanti nak cari kawan, cari yg pandai pandai, yg baik baik. Org tu kaya ke miskin ke tinggi ke pendek ke, jgn peduli."



Orang cakap "Ye Mak". Setiap lima hari dalam seminggu, mak asyik cakap benda sama tapi ayat je mak ubah sikit supaya orang tak bosan bila dengar.



Sampai kat sekolah, orang cari kawan tau mak. Orang tercampak kat kelas belakang. Cikgu tu la, orang dah dok dekat kelas ketiga tapi kena pindah kelas keempat. Masa tu orang tak reti cakap benda bukan bukan. Kalau tak, dah lama orang cakap kat cikgu OHWHATTHEGARPU! Sukahati cikgu nak tukar kelas aku!



Satu hari tu kan mak, ada sorang budak laki nak kawan dengan orang. Dea nakal, suka tarik rambut orang, suka tarik kerusi orang, suka block jalan orang waktu balik. So, orang cakap kat dea: "Mak saya suro kawan dgn org baik dan pandai. Awak jahat! Awak tak pandai! Saya taknak jadi jahat sbb awak, saya tknk jadi bodoh sbb awak, "



Dea boleh senyum lagi. Lepastu kan mak, kita terfikir mcm orang dewasa kejap. Kalau lah kan... KALAU je eh.




"Kalau semua orang kena kawan kawan dengan yang pandai dan jugak baik, habis tu yang takpandai dan takbaik nak kawan dengan sape pulak? Kalau lah kan, semua mak dalam dunia ni suruh kawan dengan orang yang baik dan orang yang pandai... apa nak jadi nanti ea? "




Sebab yang tak pandai nak cari yang pandai. Tapi yang pandai nak yang lagi pandai. Malangnya, yang lagi pandai tak pandang pun yang pandai. Dea nak yang sangaaaat pandai. Macam tulahhh ceritanya T_T





Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini adalah, aku taktau apa kesimpulan yang boleh aku buat. Benda ni aku dok terfikir since darjah tiga.



Kasihan betul orang yang takpandai, orang yang takbaik. Kena kawan dengan kaum yang spesies macam diorang je. Patutlah kan sekolah buat kelas-kelas pertama kedua ketiga dan seterusnya. Yang pandai campur dengan pandai jee.



Kalau yang kurang pandai campur dengan yg kurang pandai aje, macam mana lah nak jadi pandai nanti? Berangan je la si kurang pandai macam aku untuk kawan dengan orang pandai dan baik. Aku pun tak baik, suka mencaci, suka memaki, suka mengutuk, suka mengarah, suka memukul. Yang tak baik aku jelah. Kan?

No comments: