Wednesday, August 25, 2010

Benci tapi buat jugak

Heyy !




Harini ada ujian penilaian kelima. Setiap satu paper, harus tido sekurang-kurangnya lima minit. Great! 8 papers equal to 40 minit. Blablabla, malas cite panjang. Satu paper dikehendaki jawab dalam masa 30/35 minit.




"Psst psst, Winnie, nombor 4 jawapannye ape?"




"Nombor 4? Jap" Cepat cepat seluk poket, cari buku nota kecik.



Belek nota GEOGRAFI (subjek yang aku tak suka tapi smlm study macam nak PMR da) sekali imbas. Ini bukan meniru tapi cuba imbas semula isi-isi penting yang aku dok belajaq semalam. Ingat, bukan meniru. Paham dakk? Saya yakin betul Encik Pembaca, saya langsung tak meniru!




"Jawapannye __ kot."




Mungkin ini lah penangan daripada Facebook yang kalau diterjemahkan bahasa melayu adalah bermaksud Mukabuku. Semalam busy meng-study kan diri; bermuka dengan buku teks, buku nota, buku rujukan, Mukabuku.


Sudahnya, harini kawan pandang muka aku macam Buku Rujukan Geografi

Cubaan menjadi budak meniru dalam exam: GAGAL!
Tahniah ^^.

No comments: