Sunday, August 29, 2010

Mak dah pesan

Heyy !



Dulu masa kecik-kecik, sebelum ayah hantar ke sekolah, mak dah pesan masa dok peluk cium sambil kemas kan rambut orang: "Nanti nak cari kawan, cari yg pandai pandai, yg baik baik. Org tu kaya ke miskin ke tinggi ke pendek ke, jgn peduli."



Orang cakap "Ye Mak". Setiap lima hari dalam seminggu, mak asyik cakap benda sama tapi ayat je mak ubah sikit supaya orang tak bosan bila dengar.



Sampai kat sekolah, orang cari kawan tau mak. Orang tercampak kat kelas belakang. Cikgu tu la, orang dah dok dekat kelas ketiga tapi kena pindah kelas keempat. Masa tu orang tak reti cakap benda bukan bukan. Kalau tak, dah lama orang cakap kat cikgu OHWHATTHEGARPU! Sukahati cikgu nak tukar kelas aku!



Satu hari tu kan mak, ada sorang budak laki nak kawan dengan orang. Dea nakal, suka tarik rambut orang, suka tarik kerusi orang, suka block jalan orang waktu balik. So, orang cakap kat dea: "Mak saya suro kawan dgn org baik dan pandai. Awak jahat! Awak tak pandai! Saya taknak jadi jahat sbb awak, saya tknk jadi bodoh sbb awak, "



Dea boleh senyum lagi. Lepastu kan mak, kita terfikir mcm orang dewasa kejap. Kalau lah kan... KALAU je eh.




"Kalau semua orang kena kawan kawan dengan yang pandai dan jugak baik, habis tu yang takpandai dan takbaik nak kawan dengan sape pulak? Kalau lah kan, semua mak dalam dunia ni suruh kawan dengan orang yang baik dan orang yang pandai... apa nak jadi nanti ea? "




Sebab yang tak pandai nak cari yang pandai. Tapi yang pandai nak yang lagi pandai. Malangnya, yang lagi pandai tak pandang pun yang pandai. Dea nak yang sangaaaat pandai. Macam tulahhh ceritanya T_T





Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini adalah, aku taktau apa kesimpulan yang boleh aku buat. Benda ni aku dok terfikir since darjah tiga.



Kasihan betul orang yang takpandai, orang yang takbaik. Kena kawan dengan kaum yang spesies macam diorang je. Patutlah kan sekolah buat kelas-kelas pertama kedua ketiga dan seterusnya. Yang pandai campur dengan pandai jee.



Kalau yang kurang pandai campur dengan yg kurang pandai aje, macam mana lah nak jadi pandai nanti? Berangan je la si kurang pandai macam aku untuk kawan dengan orang pandai dan baik. Aku pun tak baik, suka mencaci, suka memaki, suka mengutuk, suka mengarah, suka memukul. Yang tak baik aku jelah. Kan?

Wednesday, August 25, 2010

Benci tapi buat jugak

Heyy !




Harini ada ujian penilaian kelima. Setiap satu paper, harus tido sekurang-kurangnya lima minit. Great! 8 papers equal to 40 minit. Blablabla, malas cite panjang. Satu paper dikehendaki jawab dalam masa 30/35 minit.




"Psst psst, Winnie, nombor 4 jawapannye ape?"




"Nombor 4? Jap" Cepat cepat seluk poket, cari buku nota kecik.



Belek nota GEOGRAFI (subjek yang aku tak suka tapi smlm study macam nak PMR da) sekali imbas. Ini bukan meniru tapi cuba imbas semula isi-isi penting yang aku dok belajaq semalam. Ingat, bukan meniru. Paham dakk? Saya yakin betul Encik Pembaca, saya langsung tak meniru!




"Jawapannye __ kot."




Mungkin ini lah penangan daripada Facebook yang kalau diterjemahkan bahasa melayu adalah bermaksud Mukabuku. Semalam busy meng-study kan diri; bermuka dengan buku teks, buku nota, buku rujukan, Mukabuku.


Sudahnya, harini kawan pandang muka aku macam Buku Rujukan Geografi

Cubaan menjadi budak meniru dalam exam: GAGAL!
Tahniah ^^.

Monday, August 23, 2010

Kau pekak ke?

Menyampah gak orang mintak maaf banyak kali padahal cakap sekali pun dah cukup.


Contohnya, bila tengah berborak dengan kawan. Kawan tersilap cakap, kita rasa kecik hati. Lepastu kawan mintak maaf. Kita cakap 'Takpe'. Tapi kawan tak faham bahasa Melayu, tak faham maksud perkataan 'Takpe' yang kita sebut tu.

"Sorry la"
"Hah takpe la"
"Betul ni?"
"Haah ye la takpe"
"Macam tak ikhlas je"
"Ikhlas la. aku maafkan"
"Aku mintak maaf :("




Dengan suara keras, kita keluarkan vokal separuh menjerit




"ITS OKAY. BENDA DAH JADI PUN KAN"
"Sure ke ni?"
"Hmm, ye. dah, diam"
"Kali ni aku betul betul mintak maaf"







DAH AKU CAKAP TAKPE TU TAKPE LAH. KAU TAK FAHAM BAHASA KE HAH? CUKUPLAH MINTAK MAAF SEKALI JE. KAU INGAT AKU PEKAK KE SAMPAI KAU NAK ULANG BANYAK KALI?


"Kau marah?"
"Tak lah, aku tengah gelak ni. Buta?"
"SORRY"



Sudahhh, mintak maaf lagiiii~



Lama-lama, aku pulak yang rasa serba salah sampai nak mintak maaf padahal aku tak buat salah langsung.

Wednesday, August 11, 2010

15 senarai 'TAKDE' untuk Ramadhan aku

Heyy !

HARINI puasa yeay yeay . Skip. Untuk memendekkan acara majlis kita pada 1 Ramadhan ini, marilah saya memendekkan jugak entry ni.

Next. Ini 15 senarai 'takde' dalam episod Ramadhan saya.


  1. Takde lagi istilah jalan-jalan pada waktu membosankan di sekolah
  2. Takde lagi ayat "Awak nak makan apa harini?"
  3. Takde lagi rehat 20 minit
  4. Takde lagi datang sekolah lambat First day puasa pon datang lambat
  5. Takde lagi cakap banyakbanyak dan bayar FREE OF CHARGE
  6. Takde lagi sesi luah perasaan depan sekolah dgn NIMI
  7. Takde lagi cikgu mengamuk. Nanti pelajar akan perli "Cikgu, ni kan bulan puasa~"
  8. Takde lagi bau rokok pada siang hari. Puasa daripada rokok ye teman teman. Yeay
  9. Takde lagi mencarut
  10. Takde lagi keluar rumah lepak lepak dgn 'kawan'
  11. Takde lagi bersikap seperti les or whtevr perangai yg boleh menyimpangkan jalan
  12. Takde lagi alasan tak sempat siapkan homework
  13. Takde lagi sepak terajang manusia menyakitkan hati, jiwa serta mental. Nak cari pasal, silakan. Bukak puasa nanti nahas kau aku kerjakan. Biasaa niiii.
  14. Takde lagi mengintai-intai, mencuri pandang, terjenguk-jenguk mencari orang. Aku penat nak jalan-jalan hanya sbb nak tengok orang
  15. Takde lagi syaitan menganggu jiwa merosakkan akhlak


FIRST DAY PUASA harini banyak benda yang saya dah TER-buat.


Cikgu Sejarah : Sape tau JB tu apa?
Pelajar(s) : Tau! Justin Bieber!
-----
Cikgu Sejarah : blablabla.. ialah ayah kepada Maharaja...?
Pelajar(s) : ...LELA!

*Banyak laa Maharaja Lela. Maharaja Abu Bakar laa. Classmates sape entahh.

Sunday, August 08, 2010

Jadi macam dulu?


Aku bukan macam dulu. Lantak kau lah nak sentap ke apa ke dengan aku. Tak kuasa dahh nak pujuk rayu macam duluu. Macam takde keje lain agaknya aku ni dok memujuk meminta-minta kemaafan dari org yg sombong-bajet bagus. Pergi mampos kau lahh. Sikit-sikit, tahan la lagi. Cakap sikit, merajuk. Marah sikit, off handphone.


DELETE AKU CEPAT DARI INGATAN KAU. Pergi bangunan tinggi. Kalau kat Kuantan ni, kau pergi ECM pon dah cukup tinggi utk disahkan koma kot. Koma duatiga hari, lepastu doktor sahkan kau hilang ingatan terhadap seorang budak perempuan yg buat kau kecik hati iaitu aku. *Haa tu idea bodoh dah muncul dah.



Penat aku nak mintak maaf kat semua orang. Pergi lahh. Esok, lusa, minggu depan, sampai bila-bila pun jangan muncul dalam FB/Twitter/Inbox/YM aku. Aah untuk semuaa orang. Esok, lusa, nampak aku kat mana-mana, silakan menyorok, invisible atau gali tanah untuk tanam diri kau. Nak sangat mengelak dari aku kaaan? Hah pergila, pergi pergiii.

Surat amaran,

Heyy !

Saya yang letak dalam beg awak. Tapi taktau la macam mana awak tau saya yang bagi. Awak jangan cabar saya. Amaran pertama, surat je sebagai pengganti diri. Amaran kedua... siapa tau kan?



Tulisan dah cukup besar da tu. Tulis kecik kang, awak 'puji'. Terpaksa la tukar saiz tulisan demi awak.


Main-main dengan pengawas jaga pagar hari Jumaat haritu. Muahaha, dah datang lambat tu, lambat je lah~ Nak pilih pilih warna surat saman pulak. Sepak kang baru tau.

Thursday, August 05, 2010

Teamwork sangat penting

Heyy !



Gambar masa pergi ke Jabor haritu. Grr benci sangat sbb salah sorang member kitorang tak pergi sama untuk taklimat/ceramah ni. Ok, kita cuba faham yang dea TERPAKSA ikut family balik ke kampung sebab ada hal family.


Ni untuk pertandingan buku skrap ttg Recycling gituu. Masa cikgu mula-mula tanya 'sape nak join?', aku buat muka blurr padahal ZNZ dgn N beria angkat tangan. Cikgu nak tiga orang. Means, sorang lagi tak cukup. Lepas dipujuk rayu (ahaha) oleh ZNZ & Nik, dengan kerelaan dalam keterpaksaan, setuju je nak join competition ni.



1. Group budak form one. Aku je sesat
2. Ohh, terserlah sikit ketinggian aku =P
3. Dan juga terserlah kekedingan ku~
4. Apesal budak form two tuu dok menggedik dlm gambar ni?
5. Ambik dari blog ZNZ ^^



Ehem, orang yang bersemangat gilaa nak buat group kitorang utk join compt ni, cakap takboleh nak buat discussion / research sebab busy. Aku pon busy. Tapi boleh je aku curi masa nak mengadap google semata-mata nak buat scarpbook ni.


Bukan nak marah. Nak luah perasaan je. Bila cakap depan-depan, orang tu macam marah. Ingat kita taknak faham laa, ape la. Kalau rasa tak ada teamwork or takboleh cooperate dengan aku, jangan ajak aku join korang. Aku boleh je buat kerja dengan sesape je. Tak kesah asalkan orang tu kenal erti KERJASAMA.

AHAHA jangan tanya mengapa dan kenapa kami memakai penutup hidung dan mulut. Ini bagi mengelakkan kami dikejar oleh paparazzi, mamarazzi dan anakrazzi.

Habis site ride kat Jabor, cikgu hantar balik sekolah. Tapi aku bukan reti nak balik rumah. Lepak je kat sekolah, tengok budak koir. Sbb ada satu insiden, terpaksa tight in baju dlm seluar. Macam orang tak center jee. Pastu cikgu marah sbb dok jalan sana sini kat sekolah.

"Awak nak pergi mana? Nape tak masuk kelas?"
"Hm nak balik, cikguu"
"*Cikgu jeling"

Maka, aku buat la muka bodoh macam nak mintak surat saman, terus menuju ke pagar sekolah. Tu pon nak marah. Ramai lagi pelajar yang merayap sana sini. Asal nak marah aku pulak. Marah la diorang.

Wednesday, August 04, 2010

Kerana tali kasut,

Heyy !

Terjadi satu adegan bangang yang berpunca daripada tali kasut aku waktu PJ. (Sekarang ni sape penglihatannya tajam, mmg perasan tali kasut aku lain sangatsangat sbb tali kasut yang lama sudah terputus dek keganasan tangan ku ini.) Kiyaa pandang tali kasut ku sambil 'memuji',

"Kreatif jgk kau ni eh"
*Konon kreatif sbb tali kasut jenis lain, kasut pulak lain. Bijak bijak~ (Bongok jee)

Tetibe Aten yg maha blurr, bertanya,
"Hah ape nye?"

Aku:
"Kau tak perasan lagi ke?"

Aten:
"Perasan ape?"

Kiyaa menyampuk,
"Eii kau ni memang L E M B A P"

Aku pulak yg blurr.
"Ape? L.. E.. M.. B.. A.. P... ooo LEMBAP ehh?"

Kiyaa:
"Ni lagi sorang L E M B A P"

Aku:
"Dah, kau tu L A J U sangat la eh?"

Kiyaa:
"L..A..J..U? Ape tu? Ohh! LAJU!"

Aku:
"Hek eleh kau pon same jugak L E M B A P"

Aten:
*BLURR*

Kesimpulannya, jangan mengata orang. Kau sama jugak la. Tiga-tiga L E M B A P dalam bab mengeja secara lisan.

Tuesday, August 03, 2010

Memerlukan khidmat kaunseling?

Heyy !


Cikgu nasihatkan orang yang bermasalah macam aku untuk dapatkan khidmat kaunseling. Masalahnya, aku rasa aku takde masalah sampai kena jumpa cikgu tu.


-------------------------

Harini, topik yang diketengahkan bersama Nik, ZNZ and Firdaus adalah tentang rokok dan kesucian seorang gadis dan TERUNA. "Kau teruna lagi tak?" So lelaki-lelaki, jangan terasa hati pulak kalau lepas ni aku suka tanya kau teruna lagi ke tak. Saja suka-suka nak tanya. Macam aku kesah pulak kau tu masih ada keterunaan or tidak kan?



// Aku tak benci orang yg merokok since orang yang ada pertalian darah dengan aku pon merokok. Takkan la nak benci orang tu hanya sebab dea merokok kan? Tapi takde la aku cakap SUKA dgn perokok. Cuma tak berapa suka je.

Sunday, August 01, 2010

Aku suruh kau pakai kan?

Heyy !

Tengah hari tadi pergi SK TUNKU AZIZAH sebab diorang ada acara sukan. Tak plan pon nak pergi. Sampai je sana, terus ikut Firdaus pergi dewan. Jumpa Nik, Nursha, Ainun dan L. Mcm takde tempat lain lagi je nak terserempak dgn L.

Skip. Nik marah,

"Wei Winnie, kau nak pakai seksi pon agak agak ah. Sekolah nii. Nape tak pakai tudung? Aku suruh kau pakai kan?"

Ceh ceh baik pulak tetibe nak suruh pakai tudung kejadah ni sume. Takpe, manusia berubah kan? InsyaAllah aku ubah diri pakai tudung dgn sepenuh masa kat luar rumah.