Monday, June 07, 2010

Mana boleh share-share mak!

Heyy !

Tadi jiran datang. Yeah semalam kan ada kenduri kahwin, mestilah ada lauk pauk lebih. Maka tadi lepas Maghrib, terdengar orang bagi salam.

"Assalammualaikum, DZUL."
Aku terdengar. Since abang takde kat rumah, aku lah yang gedik bukak pintu. Yela, dengar suara lelaki, memang laju je aku ni. Tambahan lagi, abang ada ramaaaai kawan yang handsome. Muahaha lagi gedik perangai aku. Ok, balik kepada cerita.


Lepas je pintu dibukak, jiran pun datang dekat aku sambil mengulurkan lauk-pauk lebih dan kuih.
"Ni, mak bagi."
Aku pandang je. Tak ambik lagi. Dahlah jarang tegur-tegur jiran. Dulu masa kecik memang lah, muka tak malu kan. HAHA. Lepastu baru aku bagi respon,


"Ha? Mak bagi?" Jiran pandang aku. Alamak, aku tersasul. "Ehh ohh makcik bagi eh? AHAHA ok" Cepat-cepat aku ambik lauk dan kuih. Maka lauk-pauk itu telah bertukar tangan menjadi aku punyaaa. Cehh bunyi macam tamak je. Jiran pun dah nak pergi. Baru terfikir ada dua perkataan yang aku lupa nak cakap.



"Eh terima kasih eh!"
Jiran pandang belakang sikit then angguk pastu balik.



KESIMPULANNYA: Kau janganlah buat mak orang lain tu macam mak kau. Gedik! Lempang nak?

Tadi bukan main merungut lapar. Sekali rezeki datang melimpah ruah. Alhamdulillah. Dah ada tiga lauk atas meja, plus lauk yang jiran bagi. Taktau dah berapa jenis. Padahal aku dah kenyang lepas makan Maggi. Takpe, tengah malam kang aku hentam semuaaa.

10 comments:

diLa (: said...

hehe, t'sasul ea dear ?

I.Hazwani said...

yee betol!
TERsasul
nak buat cmne kan
muahaha

ツhʋƨиα ツ said...

tape tape
satu ari nnnti
KITA SEMUA psti akn brkongsi emak
ahahaha

kan sharing is caring
LALALALA~

ish jangan brkongsi suami sudah
ops ops :P

Syalicious said...

Same lah kite. Jarang tegur-tegur jiran :P

I.Hazwani said...

husna;
akan berkongsi mak? bunyi mcm husna da rncg something jee. cite cpt

ehh kongsi suami ape slhnyee
ahaha kang jd btol2 wani jgk yg nanges

I.Hazwani said...

syud;
skang sume busy dgn dunia cyber je

Anis Solihin said...

share-share mak..hahaha
tersasul erk?
pernah kena sekali tersasul
jiran tu pandang aja, macam nak makan org.gerun2

I.Hazwani said...

tu maknanya jiran tu jeles la anis tersasul
ahaha

diyana said...

haha

sweet jer =D

I.Hazwani said...

aihh da tersasul pun still ckp sweet?
wahh nak balik kg! malu