Saturday, June 26, 2010

Lawaklah konon

Heyy !

Benda ni jadi hari Khamis haritu. Orang lain busy latihan sukan, aku busy tawaf sekolah. Memang patut pun penat. Ok, beberapa hari sebelum tu, ada la jugak chat dengan sorang budak sekolah ni. Masalahnya dia tak kenal aku. Tetibe dia macam marah sebab aku tak cakap apa yang aku nak cakap. Mesej dia bunyi lebih kurang camni la: "Cakap ahh! Pukul nak?"


Tergelak sebab part 'pukul nak?' tu mcm comel. So, hari Khamis haritu ternampak dia kat sekolah. Lalu kat belakang dia sambil plan dengan Kiyaa and N untuk perli dia dengan guna dialog "Cakap ahh! Pukul nak?"
Lalu je kat belakang orang tu, suara macam tak terkeluar. N pun volunteer la nak tolong. N berdiri betul-betul belakang orang tu sambil cakap:



"Cakap ahh! Pe kau nak?"


Cara N keluarkan dialog tu macam nak pukul orang. Aku pun takut. Haihh


Ish, mana boleh pass.

Heyy !

Semalam pergi pasar malam nak beli makanan. Takkan nak beli haiwan pulakkan. Asal orang panggil pasar malam eh? Padahal ada je manusia yg pergi 'pasar malam' tu waktu petang. Pape jelah. Then, pergi ke satu gerai/booth/pape je la yang jual taufufa. Kitorang memang dari dulu lagi beli kat situ sebab taufufa diorang memang the best. Sedappp. So, tadi abang order taufufa la kan. And, kakak tu dahlah comel sebab agak chubby, peramah pulak tu. Kitorang sebagai pelanggan yang pendiam pun terikut sama jadi peramah.





Akak tu tetibe tegur:

" Ooo datang dengan awek ye. "
" Eh taklah. Adik jee "
" Eleh cover la tu "
" Betullah, adik je "
" Kalau mcm tu pass je lah adik awak tu. Saya nak bagi kat anak sedare saya "

-TERSENGIH-


" Ish mana boleh main pass-pass "
" Ha tu tak bagi tu. Maknanya betul la kaaaan HAHA. Cantik je awek awk ni yee"

balik je rumah, terus terlompat lompat mcm kera. selama ni mana ada orang nak puji aku lawa kan. sedarlah diri sikit.

"abang bangga tak ada orang puji adik abang? "
"tak"

Dah suggest kat abang untuk buat siblings tees. Alaa, macam couples tees tu lah. Nak tulis "He is My Brother" & " She Is My Sister ". Tulis besar, biar orang tak salah faham. Senang. Tapi sayang, abang bantah cadangan aku. Any suggestion?

Monday, June 07, 2010

Mana boleh share-share mak!

Heyy !

Tadi jiran datang. Yeah semalam kan ada kenduri kahwin, mestilah ada lauk pauk lebih. Maka tadi lepas Maghrib, terdengar orang bagi salam.

"Assalammualaikum, DZUL."
Aku terdengar. Since abang takde kat rumah, aku lah yang gedik bukak pintu. Yela, dengar suara lelaki, memang laju je aku ni. Tambahan lagi, abang ada ramaaaai kawan yang handsome. Muahaha lagi gedik perangai aku. Ok, balik kepada cerita.


Lepas je pintu dibukak, jiran pun datang dekat aku sambil mengulurkan lauk-pauk lebih dan kuih.
"Ni, mak bagi."
Aku pandang je. Tak ambik lagi. Dahlah jarang tegur-tegur jiran. Dulu masa kecik memang lah, muka tak malu kan. HAHA. Lepastu baru aku bagi respon,


"Ha? Mak bagi?" Jiran pandang aku. Alamak, aku tersasul. "Ehh ohh makcik bagi eh? AHAHA ok" Cepat-cepat aku ambik lauk dan kuih. Maka lauk-pauk itu telah bertukar tangan menjadi aku punyaaa. Cehh bunyi macam tamak je. Jiran pun dah nak pergi. Baru terfikir ada dua perkataan yang aku lupa nak cakap.



"Eh terima kasih eh!"
Jiran pandang belakang sikit then angguk pastu balik.



KESIMPULANNYA: Kau janganlah buat mak orang lain tu macam mak kau. Gedik! Lempang nak?

Tadi bukan main merungut lapar. Sekali rezeki datang melimpah ruah. Alhamdulillah. Dah ada tiga lauk atas meja, plus lauk yang jiran bagi. Taktau dah berapa jenis. Padahal aku dah kenyang lepas makan Maggi. Takpe, tengah malam kang aku hentam semuaaa.

Saturday, June 05, 2010

Aku jatuh untuk seorang gadis. (I fall for a girl) -UPDATE-

Heyy !

Kejadian berlaku dekat bawah pokok. Tengah lepak dengan kawan sementara diorang pergi main bola. Aku duduk je tengok diorang. Tiba-tiba mataku terpandang susuk tubuh yang kecil molek, comel. Takdela kecik mana. Lagi besar dari aku sebenarnya. HAHA. Memang nak jugak la try kenal dea. Sebab aku suka tengok muka dea. Comel sangat.


Tiba-tiba kawan tanya, "Comel tak budak tu?"
Malu-malu je aku menjawab. "Comel la jugak. Sape name dea?"
"Hm, SITI (bukan nama sebenar)."
Daripada senyum-senyum malu, terbeliak bijik mata aku.
"Serious ke SITI?"
"Dea tu perempuan la sebenarnya."


Boleh imagine tak apa aku rasa? Patah hati terus. Memang tak sangka sangat dea tu perempuan sebab... faham-faham je lah. Next day, aku duduk kat bawah pokok sorang-sorang. SITI datang duduk sebelah aku. Pheww berdebar sangat rasanya. Dea buat hal sendiri (minum air), aku buat hal sendiri jugak (dengar lagu).


Bila kawan datang kat aku, SITI tanya, "adik awak ke ni?"
Tercengang sekejap. Tau la badan aku ni kecik sikit berbanding kawan, tapi jangan lah bagi pangkat ADIK. Since aku tau dea tu perempuan, makin jarang nak pergi tempat kejadian tu. Takku sangka 'mamat' yang aku minat tu rupanya perempuan.


Tapi aku tak geli pun. Sebab? Bukannya sayang gila nak mati sampai buat benda tak senonoh kan? Siapa rasa macam geli sebab aku ter-suka perempuan, boleh stop baca sampai sini.







Suddenly, kawan bagitau yang SITI ada usha sorang budak baru dalam game diorang. Aku macam nak pengsan sebab tidak diduga SITI sukakan kaum sejenis. Oh mungkin saja untuk main-main tapi janganlah sampai mintak couple. Part ni memang aku geli. Tapi kalau couple, pegang-pegang tangan tak haram pun kan? Sebab masing-masing ialah PEREMPUAN. Taktaula diorang tu couple ke tidak sebab aku dah lama tak terserempak dengan SITI. Kali terakhir dilihat: Aku lepak kejap kat belakang sekolah lepastu nampak SITI naik motor lalu depan aku. Pakai baju warna oren warna kegemaran aku. Muahaha.


Kejadian kedua:
Aku terbukak satu account kat youtube. Tengok videos dea. Cara dea nyanyi sangat memukau. Comel. And dea pakai braces. Lagilah comel. Memang dah tergoda habis lah aku. Terus baca info pasal dea. Excited bebeno lah membaca sampai lah dekat bawaaah info tu, dea bagi link twitter. Dengan eksaited nya aku bukak link tu. Tapi sangat hampa bila tengok nama sebenarnya Aisyah Syahirah (bukan nama sebenar). Nak menangis sangat dah ni! Apesal aku tak boleh fikir yang dea tu perempuan? Padahal suara pun memang kecik, halus. Sekian daripada budak yang tertipu lagi.

Siapa ada pengalaman tersuka kaum sejenis? Give me five!

---

Opsss! TER-dapat award. Muahaha. Daripada Cik Fatin Suka Suki Sewel Saja.



Lepastu kena complete kan pantun pulak:

Puan QueenoftheHeart asyik membebel,
"Siang malam online, takde keje ke?",
Memang aku rasa blog aku comel,
Kenapa korang jeles ke?


Huwaa kira okay la kot pantun tu. Penerima award, sila ambik award ni dan completekan pantun tu. Yang dua line dekat bawah memang dah sedia ada. Reka sendiri dua baris atas yee. Nahh award ini untuk:


Blog lain? Ada tu memang ada tapi aku ni silent reader. Kang dah tak jadi silent dah kalau bagi award ni. Wee~
Sememangnya lelaki cute sudah hampir pupus. Kesian aku. Tiada lagi stok comel untuk dikumpul. HAHA.