Friday, May 21, 2010

Akak kan kakak.

Heyy !


Seperti tak ramai sedia maklum bahawa aku ni seorang je anak perempuan dalam keluarga. Yang lain, semua kaum Adam kecuali aku dan ibu. Tiga abang, tiga adik lelaki. Cepat teka aku anak keberapa. Muahaha.


Ramai tanya soalan macam ni,

"Best tak ada abang ramai?"
-Oh best. Papehal boleh jadi penjaga. Kalau aku bukan adik kandung dorang, sah-sah aku try tackle salah sorang dari mereka untuk jadi bf aku sebab dorang baik. Kat luar ni susah nak jumpa lelaki baik, jujur macam abang-abang aku. (Ehem)

"Best la kau takde kakak kan?"
-Apa? Ulang balik? Best? Papehal jadi pada hati aku ni, dekat abang jugaklah aku cerita. Tak pun, dekat ibu. Abang tu lelaki. Perasaan kami tak sama. Ibu pulak, tak semua aku dapat cerita. Bila takde kakak, aku selalu jealous tengok orang lain manja-manja dengan kakak dorang, gaduh-gaduh dengan kakak dorang. Kadang tu terkeluar jugak air mata.

"Tak sunyi ke takde kakak?"
-Kadang kadang je. Kalau tengah sunyi tu, pandai-pandai la kot cari kakak orang lain. LALALALALA~ Tapi aku dah belasan tahun tanpa kakak, hidup je lagi aku ni kan? Happy jugak aku kan? Ada kakak sedara pun dah memadai. Kakak ipar je belum ada. Kakak tiri aku taknak!

---



Bila fikir-fikir balik, macam lebih banyak kebaikkan takde kakak. Contoh:

  1. Takde kakak, boleh dapat bilik sorang-sorang je. Boleh conquer satu bilik!
  2. Baju semua dapat baru-baru. Lawa-lawa. No kongsi-kongsi!
  3. Merasa jugak bergelar KAKAK tunggal. HAHA.
  4. Dapat manja-manja.
  5. Tak berebut 'kawan'.
  6. Takde persaingan.
  7. Takde perbandingan.
  8. Orang tak keliru. Nanti muka sama, orang ingat kembar.
  9. Barang-barang aku, aku punya je lah.
  10. Kalau orang datang meminang, mesti lah untuk aku kan? Takkan untuk abang pulak.
  11. Kalau balik sekolah lambat pun takde kakak nak kisah.
  12. Papehal jadi kat sekolah, aku je yang tahu. Family tak tau melainkan aku yang bagitau.
  13. Boleh buli adik. Aku kan kakak?
  14. Balik kampung, nenek bagi hadiah untuk aku. Apa pun, mesti aku yang dapat!

Keburukan ada kakak:

  1. Bilik nak kena share. Adik tido tepi tingkap!
  2. Kalau kakak taknak baju tu dah, turun kat aku. Taknak baju secondhand! HAHA
  3. Nanti kakak buli adik.
  4. Kena buat kerja rumah sendiri. Takde peluang nak manja.
  5. Bf adik pun kakak nak kebas!
  6. Masing-masing berlumba tengok sape dapat straight A.
  7. Kakak suka pandang rendah kat adik.
  8. Kakak taknak tolong adik buat keje sekolah.
  9. Kat sekolah cikgu mesti cakap, "awak ni adik ___ kan? lain betul lah!"
  10. Kakak selalu jadi perhatian, adik jadi perbandingan.


Kalau ada adik perempuan...? Mesti orang macam nak lebihkan adik pulak. Adik comel, badan kecik, mata bulat, putih gebu, bibir nipis, tangan lembut. Benda positif tu dekat adik/kakak je lah. AKU? Negatif. Panas baran, kuat mengarah, suka buli adik, suka ambik barang adik. Dahlah kurang pandai. Hidup ada abang ni pun selalu rasa macam dibanding-bandingkan dengan abang.

Tapi, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dikurniakan kakak. Siapa tahu kan?

Aiyok~Budak manja dah gatal-gatal tangan dah ni buat eksperimen Electrolysis. Kesian pulak sebenarnya nak suruh kawan lain yang celup tangan dalam air berkandungkan asid. Sebab tu gedik volunteer diri. (Eh, bukan sebab dorang ke yang suruh? HAHA entah!)

13 comments:

ohh wany ! said...

Ehem ehemmm . ini kakak yg betulbetul punyee kakak sulung and SORANG jee perempuan in siblings . HAHAA . nak jugak cakap . tapitapi pas sikit hi-5 yeayy !

Atiqah idrus said...

eheh. bes la ada kakak.

asyik kena blanja. hee

Cik Pieka said...

kdg3 keburukan ad kakak yg wany sebutkn ni. btl je uh :P

I.Hazwani said...

atiqah;
eh ta jeles pon
abg pun blh lanje gak
haha

I.Hazwani said...

cik pieka;
yea ade satu penyokong sudaa

ツhʋƨиα ツ said...

HAHAHA usna lak tade abang.
ade adek sekor jeeee.

sbb tu usna pemalu dgn lelaki (EHEM HAHA jujurrr ni tp tak jujur sangat ;P )

uhuuu teringin jugee mau abang T___T
eceh eceh

I.Hazwani said...

adek dipanggil nye SEKOR?
hadoi la husna neh

ye-ye la tu pemalu
ahahaha dont wory
wani pon kdg2 gitu gak
malu2 kucing
tp kalo ta malu dah , rase na smack down je laky tuh bia patah tulang patah haty bagai
;P

*pgy cari abang sedare HAHA*

nabilah said...

5 . Bf adik pun kakak nak kebas!

Agree agree . Ni yang alergic nak ade adik perempuan atau kakak .

I.Hazwani said...

amboi mcm PERNAH je kene
haha

ツhʋƨиα ツ said...

malu malu kucing ? wauuu husna malu-malu tayik kucing je *ishh bahasa
haha smack down ? terkezuttttt usna. eh haa baru teringat wani kan sume bradik llaki
kantoiiii abang yang ajar

HAHA abg sedara sume tak bole pakai
sume pemalu gak
ada genetik macam husna jugak HAHA

* tak kira , nak cari abang wani jugak ! wakakaka

I.Hazwani said...

tak la
abg ta ajr pon
tv tu haa yg ajar
sila salahkan tv !

*husna ambik abg wani , siap husnaaa ! ;P*

aduka said...

i ada adik yg beza umo 3 tahun tp muka sgt2 sama..
org igt i n adik i kembar!
hahaha..
tidur pn satu bilik..
T_T

I.Hazwani said...

3 taon je beza
ta terase kot adik&abg
ahahaha
ape perasaan bile share bilik ?