Friday, May 21, 2010

Akak kan kakak.

Heyy !


Seperti tak ramai sedia maklum bahawa aku ni seorang je anak perempuan dalam keluarga. Yang lain, semua kaum Adam kecuali aku dan ibu. Tiga abang, tiga adik lelaki. Cepat teka aku anak keberapa. Muahaha.


Ramai tanya soalan macam ni,

"Best tak ada abang ramai?"
-Oh best. Papehal boleh jadi penjaga. Kalau aku bukan adik kandung dorang, sah-sah aku try tackle salah sorang dari mereka untuk jadi bf aku sebab dorang baik. Kat luar ni susah nak jumpa lelaki baik, jujur macam abang-abang aku. (Ehem)

"Best la kau takde kakak kan?"
-Apa? Ulang balik? Best? Papehal jadi pada hati aku ni, dekat abang jugaklah aku cerita. Tak pun, dekat ibu. Abang tu lelaki. Perasaan kami tak sama. Ibu pulak, tak semua aku dapat cerita. Bila takde kakak, aku selalu jealous tengok orang lain manja-manja dengan kakak dorang, gaduh-gaduh dengan kakak dorang. Kadang tu terkeluar jugak air mata.

"Tak sunyi ke takde kakak?"
-Kadang kadang je. Kalau tengah sunyi tu, pandai-pandai la kot cari kakak orang lain. LALALALALA~ Tapi aku dah belasan tahun tanpa kakak, hidup je lagi aku ni kan? Happy jugak aku kan? Ada kakak sedara pun dah memadai. Kakak ipar je belum ada. Kakak tiri aku taknak!

---



Bila fikir-fikir balik, macam lebih banyak kebaikkan takde kakak. Contoh:

  1. Takde kakak, boleh dapat bilik sorang-sorang je. Boleh conquer satu bilik!
  2. Baju semua dapat baru-baru. Lawa-lawa. No kongsi-kongsi!
  3. Merasa jugak bergelar KAKAK tunggal. HAHA.
  4. Dapat manja-manja.
  5. Tak berebut 'kawan'.
  6. Takde persaingan.
  7. Takde perbandingan.
  8. Orang tak keliru. Nanti muka sama, orang ingat kembar.
  9. Barang-barang aku, aku punya je lah.
  10. Kalau orang datang meminang, mesti lah untuk aku kan? Takkan untuk abang pulak.
  11. Kalau balik sekolah lambat pun takde kakak nak kisah.
  12. Papehal jadi kat sekolah, aku je yang tahu. Family tak tau melainkan aku yang bagitau.
  13. Boleh buli adik. Aku kan kakak?
  14. Balik kampung, nenek bagi hadiah untuk aku. Apa pun, mesti aku yang dapat!

Keburukan ada kakak:

  1. Bilik nak kena share. Adik tido tepi tingkap!
  2. Kalau kakak taknak baju tu dah, turun kat aku. Taknak baju secondhand! HAHA
  3. Nanti kakak buli adik.
  4. Kena buat kerja rumah sendiri. Takde peluang nak manja.
  5. Bf adik pun kakak nak kebas!
  6. Masing-masing berlumba tengok sape dapat straight A.
  7. Kakak suka pandang rendah kat adik.
  8. Kakak taknak tolong adik buat keje sekolah.
  9. Kat sekolah cikgu mesti cakap, "awak ni adik ___ kan? lain betul lah!"
  10. Kakak selalu jadi perhatian, adik jadi perbandingan.


Kalau ada adik perempuan...? Mesti orang macam nak lebihkan adik pulak. Adik comel, badan kecik, mata bulat, putih gebu, bibir nipis, tangan lembut. Benda positif tu dekat adik/kakak je lah. AKU? Negatif. Panas baran, kuat mengarah, suka buli adik, suka ambik barang adik. Dahlah kurang pandai. Hidup ada abang ni pun selalu rasa macam dibanding-bandingkan dengan abang.

Tapi, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dikurniakan kakak. Siapa tahu kan?

Aiyok~Budak manja dah gatal-gatal tangan dah ni buat eksperimen Electrolysis. Kesian pulak sebenarnya nak suruh kawan lain yang celup tangan dalam air berkandungkan asid. Sebab tu gedik volunteer diri. (Eh, bukan sebab dorang ke yang suruh? HAHA entah!)

Sunday, May 16, 2010

Tudung remaja?

Heyy !

Makcik: Dik, ni meh la tengok tudung remaja.
: *terkebil-kebil*
Makcik: Ni hah ada selendang-selendang KECIK yang budak suka pakai sekarang.
: *senyum*

Entry ni ditaip semalam (Sabtu). Saja taknak publish semalam sebab semalam kan dah update.

Thursday, May 06, 2010

Untuk cikgu yang tidak mengajar kelas first dan second.

Heyy !

Awak tu dah lah bodoh! Jangan nak membodoh kan orang lain lagi!





PERHATIAN KEPADA GURU-GURU YANG TIDAK MENGAJAR KELAS PERTAMA DAN KEDUA:


Dalam fikiran cikgu, kelas ketiga dan seterusnya dah bodoh la ye? My dear cikgu, kitorang tak bodoh. Tak mintak pun jadi bodoh. Taknak pun duduk kat kelas bawahan. SIAPA YANG NAK? Hanya pemalas dan orang yang taknak maju je nak duduk kat bawah. Tapi bukan saya. Kalau betul pun cikgu sakit hati dengan kitorang, jangan lah keluar ayat macam tu. Se-'bodoh-bodoh' kami macam yang cikgu cakap tu pun, tetap ada perasaan. Cara cikgu cakap, buat saya rasa takde mood nak belajar sebab saya dah rasa saya lah manusia yang bodoh dalam dunia ni. Saya dah buat yang terbaik dalam exam saya. Apa lagi yang cikgu nak?


Jangan lah jadi cikgu kalau tak boleh jaga mulut. Lepas cikgu dah cakap macam tu, boleh senang je pulak cikgu nak mintak maaf? Maafkan cikgu mungkin boleh, tapi nak lupakan, memang susah. Lepastu bila nak raya dah, keluar lah dialog mintak maaf semua tu. Even benda-benda kecik yang jadi kat sekolah, saya cerita je pada ibu saya Dari situ ibu saya akan buat penilaian tak semestinya ustazah/cikgu tu baik. Cikgu tak malu ke eh bila cerita tak elok tentang cikgu sampai ke telinga ibu bapa?


Tak semestinya budak kelas atas tu pandai. Dulu saya pun duduk dalam kalangan kelas atasan tapi otak macam tu jugak. Slow je lepastu dapat result asyik tergolong dalam Top 10 daripada bawah. Tak semestinya budak kelas bawah ni teruk. At least, mesti ada satu benda tu boleh dibanggakan.

Kalau lah boleh saya kemukakan surat saman kepada cikgu sebagaimana saya yang selalu disaman kat sekolah. HAHAHA

Siapa gelakkan budak St John kawad semalam? Tau la jeles baju kitorang putih bersih tanpa sebarang kotoran. Grr gelak ah! Janji kitorang masuk jugak kawad tu. Menang tak menang, lain cerita ye.

Sunday, May 02, 2010

Cara remaja sekarang mintak 'kawan'.

Heyy !

Ada lagi tak yang lagi comel daripada ini? Pada aku, ni antara salah satu cara manis (sweet) budak lelaki nak 'kawan' dengan budak perempuan.



Siapa setuju butang CONFIRM ditekan? Buat sesiapa yang rasa nak jadi boyfriend aku, ehem maksudnya special boyfriend, takpayah la kot. Eh kau bajet macam lawa sangat je orang nak jadi boyfriend kau kan.

Pagi pagi minum lagi air gas. Kan dah sakit perut. Sebenarnya baru tahu yang 100Plus tu air gas. Kesian tak? HAHA

Saturday, May 01, 2010

Di-aibkan oleh adik sendiri.

Heyy !


Tadi masuk bilik abang kejap. Tengok - tengok abang dah nyenyak tidur. Kesian, penat kot. Abang pakai baju takde lengan warna biru. Cepat-cepat bukak twitter.







Abang kedua yee.

Benda macam ni pun nak kecoh je la budak ni. Hek eleh. Yelaa, kata tak matang kan? So, abang korang pakai baju apa? Tak kiralah abang apa pun. Abang angkat, Cik Abang, Abang saudara. Hahhh cepat cepat. Pergi intai baju dorang tengah pakai.

Tengah bengang ni. Nampak tak muka bengang ni? Erghh esok hari AHAD ada latihan kawad dekat sekolah. Isnin nanti tersengguk-sengguk lah dengar cikgu mengajar.