Sunday, April 18, 2010

Subjek paling aku suka jatuh kepada,

Heyy !

Yela aku ni bukannya pelajar pandai sangat. Hah sedar diri jugak aku ni rupanya. Ingatkan tak reti nak balik pangkal jalan. HAHAHA takde lah. Ni list matapelajaran yang aku suka ikut urutan. HAHAHA yang dekat dekat last tu aku tak suka lahh.






BAHASA MELAYU.
Dulu kalau tak dapat A, mesti dapat B. Antara dua tu je kadang kadang. Tapi tahun ni dah dapat C. Rasa nak terjun je masuk kolam. Apesal pandai sangat heh aku ni tak boleh nak improve BM macam duluu? Pernah tu, aku menangis dapat C padahal tu baru ujian bulanan. Nampak tak macam mana pentingnya BM pada aku?


MATH.
HAHAHA tahun lepas cikgu Math suka target aku jawab soalan kat whiteboard. Bila cikgu ajar, aku termenung la apa la. Apa yang cikgu ajar, tak masuk otak sebab aku tak faham. Nak tanya tapi malu pulak sebab semua nya dalam kalangan budak pandai. Budak AKTIF la katakan. Sekarang nak tanya apa pun tak malu dah. Time MATH la yang buat aku sangat excited menunggu cikgu datang. Tapi sampai sekarang aku tak dapat A untuk Math. Paling tinggi pun 73%. Bersyukur je la.


SEJARAH.
Whoaa ada orang cakap belajar Sejarah ni mengantuk. Kadang memang mengantuk tapi kena pandai lah handle kan? Alhamdulillah Sejarah tak pernah gagal. C pun sekali sekala je dapat. Baru baru ni dapat 84%. Alaa A la jugak tu! Ni kes tak puas hati sebenarnya sebab markah ni rendah. Aku banyak jugak gunakan latihan online dari program ScoreA :)




Start yang ni, aku kurang gemar sikit ;D


SAINS.
Ada sebab tersendiri kenapa aku tak letak subjek ni dekat atas sekali. Semua ni punca cikgu sekolah rendah aku. Macam pilih kasih je nak ajar Sains tu. Cikgu tu ajar budak pandai plus famous je kot. Ohh yea dan jugak yang cikgu suka. Aku ni apa je ada? Tak pandai, tak famous, tak disukai cikgu. BENCI tahap cipan sebab tu la tak dapat A jugak. Sadis tak? Sampai sekarang aku dah set dalam otak aku, cikgu Sains aku pilih kasih! Salahkan cikgu sekolah rendah aku tu eh.


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU.
Asyik asyik jalan pergi bengkel. Bengkel KH tu korang ingat dekat? Jauhhhhh. Selalu tak score A dalam KHB sebab aku tak suka bukak buku KHB kecuali masa nak exam. Cikgu tulis nota kat depan, aku borak kat belakang. Dah la budak lelaki bising suka kacau kacau. Diam sikit tak boleh ke. Dorang cuma diam bila dorang pergi ponteng kelas je. Haa masa tu aku nak belajar pun aman.


GEOGRAFI.
Study hard pun tetap susah nak dapat markah cantik. Markah selalu tak seimbang. Kejap kejap A, kejap kejap B, kejap kang C. Nasib baik takde D lagi. Aku tak suka Geografi sebab topik2 akhir Tingkatan 1 aku still tak faham sebab cikgu ajar macam laju je. Nak kejar apa pun aku taktau. Dahlah otak tak berapa laju. Ni pulak dapat cikgu suka speed nak maksimum je kan. Macam biasa, bila cikgu tanya faham ke tak, automatik kepala angguk-angguk buat muka faham. Tahun ni okay sikit sebab cikgu yang bagi nota. Bukan macam tahun lepas, buat nota sendiri je.


PENDIDIKAN ISLAM.
Awal awal tahun selalu dapat A tapi since dah tukar kepada ustazah yang garang, markah jadi merosot. Pastu marah marah kitorang. Kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. Faham tak? Sorang punya masalah, semua kena sekali. Bengang jugak kalau setiap kali ustazah masuk asyik kena marah je. Tapi bukan ustazah yang nak kan? Dah budak kelas aku ni ha nakal sangat.


BAHASA INGGERIS.
Entah. Taktau la kan. Nak belajar memang takde mood sebab kawan kawan buat bising lah apa semua. Teacher marah pun dorang buat stupid je. Korang taknak A, pergi ponteng kelas, buat bising jauh jauh. Kesian aku nak belajar. HAHAHA gurauu. Kadang kadang aku sendiri pun rasa nak buat bising jugak sebab boring lah asyik dengar cikgu je bercakap. Bila masa aku nak bercakapnya?


-------------

Tips nak score semua subjek A :
Belajar bersungguh sungguh
Beri perhatian time cikgu mengajar
Jangan biadab dengan cikgu / parents
Solat cukupkan lima waktu, baca alQuran
MESTI suka semua pelajaran (bila kita suka semua sekali, baru lah ada feel nak study dan dapat A)


Tapi sayang sekali, tak semua aku praktikkan. Teruk betul. Since tahun depan PMR, kena belajar betul betul, kena kurangkan main (bak kata Cikgu Joe, aku datang padang hanya sekadar main mata-sebab cuma tengok kawan main bola baling), kena buat baik dengan cikgu. Takut nanti kalau ada masalah ke apa, takde malu sangat nak tanya.

Balik je dari mendaki bukit semalam, terus demam kat rumah. Ni pun macam terketar-ketar je badan. Sah esok tak sekolah. HAHAHA tapi sempat lagi update blog yee.

20 comments:

ema.razali said...

sys suka BI ^^

I.Hazwani said...

nie msty dpt A slalu kan ?

ツhʋƨиα ツ said...

haha BM ! yea hidup BM ! * gila excited minah ni ;P
BM , BI , MATH the best :)
SN pun, but since masuk secondary, jadi kelat. primary bukan main. yup, cekgu punya sebab jugak T_T

totally agreed yg pasal kena buat baik dengan cekgu. lagi baikkk rapat boleh bodek skali ye tak ? HAHAHA ;P

I.Hazwani said...

TAKDE ! dari dulu wani ta suke sains
byebye sains
aku tkkn jadi doktor lahhh


ehem majoriti teachers dkt sklh wani tu ta makan bodek lah husna
camne ni ey ?

khalidrizuan91 said...

aku paling minat geo, math ngan kemahiran hidup...yelaa cegu pon best pastu subjek tu pulak ak minat...yg x pena dpt A sejarah ngan bm le...pelikkan sbb aku owg melayu tapi x pena skor bm...cegu pon membosankan ngan asyik hukum aku je...x bek lak berdendam ngan cegu

tapi start je masuk form 4, hancussssss...time tu aku da mls buat keje skola, ponteng ni...semua salah ak bkn pengaruh...

ps: wani aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kaki...

I.Hazwani said...

haa nie dah jadi spesies aq la nie
suke beno ponteng bagai
haih


HMMMM

Alin said...

alin paling suka BI..
tapi yang bab cikgu tanya faham ke tak pastu tiba2 secara automatiknya kepala mengangguk2 tu, HAHAHA.serupa lah kita!
suka sgt angguk.
macam ada bnda je kan control kepala nih.. ;p

I.Hazwani said...

yelaa
dah terbiasa sangat dah angguk2 kepala
mcm lagu Ahli Fiqir tu kaaan
;P

Alin said...

betol betol betol! ;D

I.Hazwani said...

HAHAHA

ツhʋƨиα ツ said...

:) lupa tambah , sej best jugak haha * takde keje

btw act , nak tanya ni. wani pilih course ape KHB ?

I.Hazwani said...

oHAHAHA yelahh sejarah mmg best
*OMG esok ade sejarah tp nota bab 4 sikiiiiiiiiiit je lg ta siap*

hmm ambik Perdagangan&Keusahawanan
husna ?

Dush Puppet said...

well good luck! belajar je. nanti menyesal pulak kemudian hari tak berguna pulak. cewah. haha. :)

I.Hazwani said...

blerghh nasihat mengalahkan nenek btol lahh
;P

Zaidi Hamid said...

fuyo mesti hebat maths ni kan. hehe

I.Hazwani said...

ehem perli eh perli eh ?
;D

cikgu raihah :) said...

sampai ati kmu x ske sains...
sy mne de pilih kasih :(

I.Hazwani said...

ehh cikgu majok ke ape ni ?
yeay yeay cikgu majok
*haha sorry cikgu , bukan slh sayeee*

Wani said...

sains is fun . kalo minat mesti syok . tetiba je terbace entri ni . saya pon tak pnh skor KHB . menyampah !

I.Hazwani said...

ahahah
sains sgt fun kalau kita pandai handle kot
;D