Thursday, April 29, 2010

20 Perkara untuk dilakukan ketika peperiksaan,

Heyy !

... walaupun anda tahu anda akan gagal jugak.

Agak-agak korang dah cukup berani nak buat benda ni, silakan buat. Tapi tidak ditanggung lah yee kalau apa-apa jadi nanti. Calon SPM/STPM terutamanya, berani ke buat macam ni? Kalau setakat exam biasa biasa tu bolehlah kot. Haa siapa berani? Tengah cabar ni kot. ⌒▽⌒

1. Bring cheat sheets FOR ANOTHER CLASS (make sure this is obvious…like history notes for a calculus exam… otherwise you’re not just failing, you’re getting kicked out too) and staple them to the exam, with the comment “Please use the attached notes for references as you see fit."



2. As soon as the instructor hands you the exam, eat it.



3. If it is a math/science exam, answer in essay form. If it is long answer/essay form, answer with numbers and symbols. Be creative. Use the integral symbol.



4. Make paper airplanes out of the exam. Aim them at the instructor’s left nostril.



5. Talk the entire way through the exam. Read questions aloud, debate your answers with yourself out loud. If asked to stop, yell out, “I’m SOOO sure you can hear me thinking.” Then start talking about what a jerk
the instructor is.



6. Bring cheerleaders.



7. Walk in, get the exam, sit down. About five minutes into it, loudly say to the instructor, “I don’t understand ANY of this. I’ve been to every lecture all semester long! What’s the deal? And who are you? Where’s the regular guy?”




8. Write "i am Batman" 100 times then go to sleep.



9. Answer the exam with the “Top 10 Reasons Why Mr xxxx Stinks



10. Come to the exam wearing a black cloak. After about 30 minutes, put on a white mask and start yelling “I’m here, the phantom of the opera” until they drag you away.




11. Run into the exam room looking about frantically. Breathe a sigh of relief. Go to the instructor, say “They’ve found me, I have to leave the country” and run off.



12. Fifteen minutes into the exam, stand up, rip up all the papers into very small pieces, throw them into the air and yell out “Merry Christmas.” If you’re really daring, ask for another copy of the exam. Say you lost the first one. Repeat this process every fifteen minutes.



13. Do the exam with crayons, paint, or fluorescent markers.



14. Come into the exam wearing slippers, a bathrobe, a towel on your head, and nothing else.



15. Come down with a BAD case of gagging and coughing. Be as vulgar as possible.



16. Do the entire exam in another language. If you don’t know one, make one up! For math/science exams, try using Roman numerals.



17. Bring things to throw at the instructor when s/he’s not looking. Blame it on the person nearest to you.



18. Try to get people in the room to do the wave.



19. Sleep then pretend u being possessed, throw all the things on ur table.



20. When you walk in, complain about the heat. Fake a faint.



Tadi tak boleh tahan gelak baca sampai terbersin. Lately asyik nak bersin je bila gelak kuat-kuat. Haa lupa. Sejak kebelakangan ni jugak, ketawa aku macam unik. Asyik bertukar je. Taktau nape. Tengah mencari bunyi ketawa yang comel. Ada tak agak-agaknya? Tahun lepas Kiera cakap aku suka ketawa-lepas-tu-stop-tiba-tiba. Maknanya, ketawa kemudian break secara mengejut.


Ohh yaa yaa terima kasih kepada budak sebelah aku dalam kelas; ZNZ sebab aku ambik benda ni pun dari blog dea je. Main copy paste je.

Busy dengan latihan kawad yang 'best'. Lagi 'best', peserta nya sangat 'ramai', malah 'lebih daripada mencukupi'.

Sunday, April 18, 2010

Subjek paling aku suka jatuh kepada,

Heyy !

Yela aku ni bukannya pelajar pandai sangat. Hah sedar diri jugak aku ni rupanya. Ingatkan tak reti nak balik pangkal jalan. HAHAHA takde lah. Ni list matapelajaran yang aku suka ikut urutan. HAHAHA yang dekat dekat last tu aku tak suka lahh.






BAHASA MELAYU.
Dulu kalau tak dapat A, mesti dapat B. Antara dua tu je kadang kadang. Tapi tahun ni dah dapat C. Rasa nak terjun je masuk kolam. Apesal pandai sangat heh aku ni tak boleh nak improve BM macam duluu? Pernah tu, aku menangis dapat C padahal tu baru ujian bulanan. Nampak tak macam mana pentingnya BM pada aku?


MATH.
HAHAHA tahun lepas cikgu Math suka target aku jawab soalan kat whiteboard. Bila cikgu ajar, aku termenung la apa la. Apa yang cikgu ajar, tak masuk otak sebab aku tak faham. Nak tanya tapi malu pulak sebab semua nya dalam kalangan budak pandai. Budak AKTIF la katakan. Sekarang nak tanya apa pun tak malu dah. Time MATH la yang buat aku sangat excited menunggu cikgu datang. Tapi sampai sekarang aku tak dapat A untuk Math. Paling tinggi pun 73%. Bersyukur je la.


SEJARAH.
Whoaa ada orang cakap belajar Sejarah ni mengantuk. Kadang memang mengantuk tapi kena pandai lah handle kan? Alhamdulillah Sejarah tak pernah gagal. C pun sekali sekala je dapat. Baru baru ni dapat 84%. Alaa A la jugak tu! Ni kes tak puas hati sebenarnya sebab markah ni rendah. Aku banyak jugak gunakan latihan online dari program ScoreA :)




Start yang ni, aku kurang gemar sikit ;D


SAINS.
Ada sebab tersendiri kenapa aku tak letak subjek ni dekat atas sekali. Semua ni punca cikgu sekolah rendah aku. Macam pilih kasih je nak ajar Sains tu. Cikgu tu ajar budak pandai plus famous je kot. Ohh yea dan jugak yang cikgu suka. Aku ni apa je ada? Tak pandai, tak famous, tak disukai cikgu. BENCI tahap cipan sebab tu la tak dapat A jugak. Sadis tak? Sampai sekarang aku dah set dalam otak aku, cikgu Sains aku pilih kasih! Salahkan cikgu sekolah rendah aku tu eh.


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU.
Asyik asyik jalan pergi bengkel. Bengkel KH tu korang ingat dekat? Jauhhhhh. Selalu tak score A dalam KHB sebab aku tak suka bukak buku KHB kecuali masa nak exam. Cikgu tulis nota kat depan, aku borak kat belakang. Dah la budak lelaki bising suka kacau kacau. Diam sikit tak boleh ke. Dorang cuma diam bila dorang pergi ponteng kelas je. Haa masa tu aku nak belajar pun aman.


GEOGRAFI.
Study hard pun tetap susah nak dapat markah cantik. Markah selalu tak seimbang. Kejap kejap A, kejap kejap B, kejap kang C. Nasib baik takde D lagi. Aku tak suka Geografi sebab topik2 akhir Tingkatan 1 aku still tak faham sebab cikgu ajar macam laju je. Nak kejar apa pun aku taktau. Dahlah otak tak berapa laju. Ni pulak dapat cikgu suka speed nak maksimum je kan. Macam biasa, bila cikgu tanya faham ke tak, automatik kepala angguk-angguk buat muka faham. Tahun ni okay sikit sebab cikgu yang bagi nota. Bukan macam tahun lepas, buat nota sendiri je.


PENDIDIKAN ISLAM.
Awal awal tahun selalu dapat A tapi since dah tukar kepada ustazah yang garang, markah jadi merosot. Pastu marah marah kitorang. Kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. Faham tak? Sorang punya masalah, semua kena sekali. Bengang jugak kalau setiap kali ustazah masuk asyik kena marah je. Tapi bukan ustazah yang nak kan? Dah budak kelas aku ni ha nakal sangat.


BAHASA INGGERIS.
Entah. Taktau la kan. Nak belajar memang takde mood sebab kawan kawan buat bising lah apa semua. Teacher marah pun dorang buat stupid je. Korang taknak A, pergi ponteng kelas, buat bising jauh jauh. Kesian aku nak belajar. HAHAHA gurauu. Kadang kadang aku sendiri pun rasa nak buat bising jugak sebab boring lah asyik dengar cikgu je bercakap. Bila masa aku nak bercakapnya?


-------------

Tips nak score semua subjek A :
Belajar bersungguh sungguh
Beri perhatian time cikgu mengajar
Jangan biadab dengan cikgu / parents
Solat cukupkan lima waktu, baca alQuran
MESTI suka semua pelajaran (bila kita suka semua sekali, baru lah ada feel nak study dan dapat A)


Tapi sayang sekali, tak semua aku praktikkan. Teruk betul. Since tahun depan PMR, kena belajar betul betul, kena kurangkan main (bak kata Cikgu Joe, aku datang padang hanya sekadar main mata-sebab cuma tengok kawan main bola baling), kena buat baik dengan cikgu. Takut nanti kalau ada masalah ke apa, takde malu sangat nak tanya.

Balik je dari mendaki bukit semalam, terus demam kat rumah. Ni pun macam terketar-ketar je badan. Sah esok tak sekolah. HAHAHA tapi sempat lagi update blog yee.

Thursday, April 15, 2010

Singa betul dah datang. Nak kena baham?

Heyy !



Sape boleh tahan kan tiap tiap hari kena sakat? Aku pun tak. Memang niat nak gurau, tapi kenalah ada batasan kan? HAHA pandai. Harini aku tak sihat, takde mood. Jangan lah sakat aku ke apa. Tak pepasal dah aku mengamuk betul macam singa. Lepastu tak pepasal dah berlagak macam samseng dalam kelas. Tak pepasal jugak lah aku pergi tolak orang lain yang tak bersalah. Terus lari pergi cuci muka sampai ramai nampak muka menangis aku. Boleh pulak pergi ponteng kelas kejap. Lately aku suka buat benda benda macam ni. Ponteng, buat muka, tak siapkan kerja sekolah(korang pun biasa dah), keluar dengan takde tudungnya lagi. Dulu aku takde teruk macam ni. Sape yang patut dipersalah kan? ENTAAAAAAH.


Yang lawaknya, aku dengar Amal cakap Farid kecoh kecoh je tanya dalam kelas tadi lepas aku lari keluar,
"Sape buat Winnie aku gitu? Wey wey sape buat?"
Lebih kurang gitu la ayatnya. Takde kerja la aku nak hafal kan ayat Farid tu kan?

Tau demam, gedik jugak nak pergi sekolah.

Friday, April 09, 2010

Ini bukan cerita 18tahun ke atas.

Heyy !



Tadi kitorang macaam perbahasan la kiranya masa waktu BM. Topik yang diketengahkan sangat senang, 'Kaum Wanita Patut Menjadi Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa'.

Pembangkang(perempuan) dah bagi banyak hujah tapi ada je pihak pencadang(lelaki) nak lawan lawan balik. Biasaaaa eh! Maka, terjadilah satu babak dimana si Amir a.k.a Adik ni beri hujah yang buat satu kelas terus tergelak dan diikuti juga dengan cikgu.
Hujahnya adalah seperti berikut:

"Dah tu kalau suami dengan isteri sama sama kerja,
nanti macam mana nak layan sama-sama?"

Rasanya faham faham sendiri lah maksud LAYAN dalam ayat tu.


'Comel' pulak dah nama yang dorang bagi. HAHAHA BENCI BENCI BENCI! *tiru gaya Adik F*