Friday, December 31, 2010

Apa yang perlu dibawa ke sekolah ( versi budak zaman sekarang )

Heyy!

**harini nak guna 'saya'. boleh? takpayah jawab. tak dengar punnn~

Tadi masa tengah online, ada orang tanya nak bawak apa kat sekolah hari Isnin nanti. Hehehe palehotak pun mula memproses sesuatu untuk update blog. Korang mesti taktau nak bawak apa masa awal awal bukak sekolah kan? Takpe takpe, owner blog ni pun sama jugak (masih belum bersedia menggunakan kata ganti nama diri 'saya' haha)


Antara barang yang PERLU dibawak adalah :





pelik kan apesal lah sekolah tu punya tandas perempuan takde cermin.
ni sebab sape entah suruh remove itu cermin besaaar punya dekat luar tandas perempuan.
alasan: sebab pelajar perempuan asyik tanya pada cermin,
"cermin cermin pada dinding, siapakah pelajar perempuan paling hawtt dan cun dekat sini.
baik kau sebut nama aku. kalau tak aku pecahkan kau!"
oh cermin, saya benci awak. baguslah awak dah takde.

**saya selalu pergi bilik guru sebab dekat situ ada cermin. huahaha




selain tu, ada jugak yang bawak satu kotak bekas mekap.
diorang ni nak pergi sekolah ke nak pergi opera. entahhh
sebab tu lah cikgu cikgu harus sediakan 
pembersih mekap & tisu kapas.
supaya boleh bersihkan muka pelajar yang pakai mekap



yang ni, takde huraian. buat huraian sendiri.
nanti cikgu kasi markah :)




situation yang selalu sangat dilalui. sape tak pernah?
bila cikgu keluar kelas, mula lah keluar macam macam bau.
nasib baik bau durian tak keluar.
kadang kadang, masa cikgu dalam kelas pun bantai jugak spray satu kelas.
nanti nak letak airwick kot dalam kelas. cik cikgu sekolah ku,
boleh tak kita letak airwick lavender? biar cikgu relax je.
takpayah marah marah kitorang yang nakal.
boleh la boleh la~

sumber: sini
yang ni khusus untuk budak yang minat Kpop Jpop Tpop dan yang sewaktu dengannya.
dekat dalam majalah ini, korang boleh claim artis artis comel tersebut ialah suami/tunang/boyfriend/bekas suami korang.

CAKAP CEPAT SAPE BAWAK MAJALAH NI!
**erh saya tak bawak. saya baca je bila orang lain bawak.
saya tak bersalah.


Yang ni Top5 barang keperluan student zaman sekarang. Yang lain-lain? Boleh tanya pelajar zaman sekarang, apa yang diorang bawak. Huehehe.


Keperluan saya untuk pergi ke sekolah...? Saya nak bawak 'dia' sekali pergi sekolah. Boleh tak? Okay takboleh. Ye ye saya tau takboleh. **mata start nak berair

Thursday, December 30, 2010

Bersin - tanda nak membesar

Heyy!

Haritu masa belajar dengan Cikgu A----- waktu Sains, tiba tiba ada sorang budak yang ehemmm macam kurang tinggi sikit dari aku terbersin.

Pelajar: Hacumm! *bersin lahh. tu pun taktau. hesh
Cikgu: Alhamdulillah. Semoga panjang umur :)
38 Pelajar: Hahh?
Cikgu: Siapa yg bersin tadi? Semoga kamu cepat membesar ye?
38 Pelajar: Nape pulak cikgu?
Cikgu: Ada orang kata, orang yang bersin ni tandanya nak membesar.
38 Pelajar: Tak faham laa cikgu.
Cikgu: Tak faham? Takpe, satu hari nanti bila kamu dah besar kamu mesti akan faham.


Aku terus pandang manusia yang bersin tadi. Amin ~ Semoga kau cepat besar ye wahai classmate dua ribu sepuluh. 


Tapi selang beberapa hari lepastu kan, masa nak lintas jalan pergi sekolah - aku nampak ada pakcik bawak motor tetibe bersin. Umur dalam lingkungan 50-an kot. Adakah ia menunjukkan pakcik tu nak membesar? Nak besar mana lagi pakcik?

Sejak kebelakangan ni aku asyik bersin. Aku nak besar ke? Mintak mintak lah badan aku membesar sikit dan tinggi sikit lagi. Taknak tinggi tinggi sangat. Because Short is Sweet. Boleh?

Wednesday, December 29, 2010

Masa kecik kecik dulu

Heyy!

Aku ingat lagi masa kekecik dulu, ada satu rancangan kanak kanak yang aku tak suka. Bukan tak suka, tapi macam.. sakit hati. Geram. Aku memang tak suka tengok kostum berbulu diorang tu. Rasa nak gigit. Dahlah kostum tu punya expression muka sama je - konon senyum sambil mulut terbukak.

Tiap kali cite tu start, mesti aku rasa macam nak muntah. Betul betul nak muntah. Geli gila geli gila gila punya geli. Aku takpaham kenapa budak budak lain suka tengok cite ni tapi aku tak.




Bukan yang ni! Ini salah satu favourite aku okayy.

Tak! Ish yang awak tetibe muncul ni kenapa? Saya tak panggil awak pun kan!
Cat kaler oren kang baru tau!










Haa yang ni baru betul. Dalam banyak banyak watak, aku paling geli dengan yang ni...



.... macam apa je. Geli bercampur baur dengan takut. Sampai sekarang aku menyampah tengok natang nih.

So aku mintak masa birthday nanti jangan buat surprise dengan mongster atas kaler kuning (bukan spongebob) ni. Melainkan kalau korang benci aku dan suka tengok aku nanges, buatlah =D

Sunday, December 26, 2010

Segmen Jom Berkenalan

Assalammualaikum.

Apa? Siapa Izz Hazwani? Jangan risau, tak feymes pun. Ibarat melukut di tepian gantang je. Ini memang peribahasa kesukaan saya. Lagi pun saya rasa memang kewujudan saya ni ada atau tidak, tak beri kesan pada masyarakat pun, kot?


Siapa saya? Saya masih seorang pelajar. Walaupun sekolah depan rumah, tapi selalu datang sekolah lambat. Pukul lapan baru sampai. Ewahhh, ingat ini sekolah ayahanda awak punya?


Saya tak ada yang istimewa untuk disukai. Tapi saya tak tahu apa buruknya saya sampai menimbulkan kebencian sesetengah orang. Mohon bagi tahu.


Almaklumlah, dah lama tak pergi sekolah sampai basten pun salah eja.

Fuyooo keyword blog ni tak sah kalau tak ada 'hazwani smktpptm'. Awak nak Hazwani mana sebenarnya ni? Saya bukan sesiapa....

Umur pulak... Macam awak kisah kan? Yang pasti, masih bawah umur untuk clubbing, tengok movies yang diklasifikasikan sebagai 18PG blablabla, driving, beli rokok, apply for PTPTN... dan yang penting, tak layak lagi untuk masuk PLKN.


Perangai saya ni gilo-gilo lah sikit. Suka cakap banyak tanpa henti dan tanpa fullstop, lagi lagi bila on the phone. Kiera Yusri semput dengar saya cakap banyak banyak dengan satu nafas je. Saya suka buat muka mintak kasut saiz lima bila kena bebel dengan sesape. Tapi saiz kasut saya sebenarnya adalah enam.Mood berubah-ubah? Biasalah orang perempuan, bila datang bulan. Perkara akhir yang perlu kita risaukan... ah pape jelah.


Kan dah tulis saya ni underage? Memang mustahil la kalau saya ni Married. Bertunang... pun belum sebab SPM punya papers saya tak sentuh lagi. Nak pilih option It's Complicated, aci tak?


Dulu masa awal-awal buat blog, tak kisah sangat pasal template, readers, perasaan orang lain. Lepastu, lama lama baru bergiat secara aktif dan mula ada kesedaran sikit. Lepas result UPSR keluar, diam kan aje pasal results. Tak bagitau dekat blog. Buat apa nak bagitau? Macam lah korang boleh kurung saya masuk asrama kan? Ada anonymous ni, spam chatbox saya. Katanya,


 Tak semestinya diam, result teruk.

Dulu pun, masa awal buat blog, memang saya free-hair. Ada orang comment post saya yang ada gambar free-hair.


Apesal terus terang sangat budak ni? Sekarang ni awak tengok lah artis tua bangka, sesetengahnya bukan sahaja bangka, malah bongkak, tak pakai tudung. Adakah mereka juga belum didatangi haid?


Pada saya, dunia blog ni kadang kadang boleh mendatangkan kebaikan dan jugak keburukan. Salah post sikit je, sensitiviti sesetengah kaum mesti tersentuh. Salah post sikit je, terus kena masuk mahkamah. Salah post sikit je, boleh buat semua orang salah faham.


Apa yang kita post kan tu, tak semua orang suka. Tulislah dengan emosi yang tidak mengawal diri anda.


So kepada manusia yang baru nak buat blog, hati hati bila nak post sesuatu benda. Jangan share terlalu banyak personal information pasal korang. Jangan tulis entry syok sendiri (macam saya kot). Jangan tulis entry yang orang tak faham (macam saya la jugak kot). Jangan buat bongkak. Main bongkah ais bolehhh.


Terima kasih sebab masih membaca sampai sini. Terbukti korang suka membaca. Baguslah, membaca tu amalan mulia. Entah apa je yang best pasal blog ni pun entahlah. Followers pun berapa je sangat. Isi blog pun tak berilmiah mana hah.


InsyaAllah, saya akan tulis blog ni sampaaaaai akhir haya. Selagi masih ingat Email and Password blogger ni, selagi tu saya akan bergelar Blogger. Selagi saya masih ada otak untuk berfikir, mata untuk melihat, jari untuk menaip, selagi tu saya akan berdepan dengan kotak New Post. Kalau ditakdirkan Allah tarik ingatan saya, mungkin sampai situ jelah saya blogging =)



Kenapa saya tulis semua ni? Sebab Alya Chan yang bukan adik Shinchan dah tag saya untuk segmen Jom Berkenalan anjuran Loqman Hakim. Apa yang saya tulis tu merupakan jawapan kepada soalan-soalan ni:

1) Cerita sedikit pasal diri sendiri.
2) Status anda.
3) Cerita sikit pasal blog. Tapi aku cerita ntah pape ntah.
4) Pandangan anda tentang dunia blog.
5) Nasihat untuk manusia yang baru nak buat blog.
6) Keunikan blog anda. Ceh takde pape yang unik pun.
7) Sampai bila anda nak blogging =)

TUTORIAL : Customize Twitter Update

Heyy!

Selamat hari Ahad. Selamat seminggu lagi ke tahun baru. Selamat merungut cuti sekolah dah nak habis. Aku rasa macam tak puas lagi nak cuti. Semua nya dimulakan dengan SELAMAT. Bukak sekolah dah nak dekat. Ini bermakna, aku takboleh selalu sangat online. Ceh padahal tiap tiap hari online. Intro yang takde kena mengena dengan entry ni ^^'

Korang perasan tak ada benda ni dekat sidebar aku? Kalau tak perasan, takpe. Kalau perasan pun takpe. Bukannya aku nak bagi hadiah.


Actually ada orang tanya macam mana nak letak Twitter updates dalam kotak comel comel tu.

Design Add a Gadget Javascript/HTML

Salin code ni dalam Javascript/HTML punya element.

<div <--Add Style Here --> id="twitter_div"> <ul id="twitter_update_list"></ul> <a href="http://twitter.com/IHAR04" id="twitter-link" style="display:block;text-align:center;"></a> </div> <script type="text/javascript" src="http://twitter.com/javascripts/blogger.js"></script> <script type="text/javascript" src="http://twitter.com/statuses/user_timeline/IHAR04.json?callback=twitterCallback2&amp;count=1"></script>


# Tukar text warna oren kepada Twitter username korang.
# Text warna hijau tu pulak kuantiti status yg korang nak tunjukkan dalam satu masa.
# Text warna ungu tu boleh ditukar mengikut kesukaan korang. Code dekat bawah ni boleh ganti untuk text warna ungu tadi.

Code untuk background berwarna: style="background: #F660AB;"
Code untuk bakcground bergambar: style="background: url(URL IMAGE KORANG)center left no-repeat; padding-left: 50px;"
center left adalah posisi tengah sebelah kiri atau korang boleh tukar ngan posisi lain. center center, top center, top left, top right, bottom left, bottom right, bottom center.
Code untuk border: style="border: 3px solid #cccccc; padding: 5px;"
Sumber: Msueroomz

Friday, December 24, 2010

LIRIK : Diam-diam by Tilu (cerita aku dengan lagu ni)

Heyy!




Wajah yang tampan
Sunggu menawan
Dan juga kaya ku suka dia
Tapanya kaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu

Sungguh menawan
Dan juga kaya ku suka dia
Tapanya kaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku Ingin kau tahu

Saat kau menghampiri diri ku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu

Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin tahu diam-diam
Aku jatuh hati pada mu
Ku ingin kau tahu


Haa jatuh hati pada siapa tu? Betul weh, tak tipu. Masa 'dia' datang dekat dekat aku tu kan, aku mula rasa dup dap dup dap. Dia datang dengan penuh bergaya, bersama dengan sehelai nota kecil di tangan.



Dia diri depan aku yg baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi yg tidak empuk. Mata bertentang mata. Uish debor nihh. Apa ni bang. Jangan la main eye contact. Lemah betul lah kalau lelaki pandang mata aku. Macam nak berair mata.




Dia pandang aku;
aku pandang dia balik.
Dia angkat kening;
aku buat hidung kembang.
Dia bersuara...




YE DIK? NAK ORDER APA?



Datang-datang je kat aku terus tanya nak order makanan apa. Takde nak bagi salam ke hape eh. Wuwuwuwu. Baiklah jangan risau. Abang tu terlalu tua lah. Takde lah tua sangat kot. Tapi pada aku, dia nampak tua. Sebab aku muda.

It Takes Years To Build a Friendship and Seconds to Lose It

Heyy!

Dulu bukan main pungpangpungpang sana sini kecoh satu sekolah rendah cakap kita ni so-called-kawan-baik but now macam dah makin jauh. Walaupun duduk satu class/satu sekolah/satu taman perumahan/satu daerah/ SATU... MALAYSIA..! SATU..MALAYSIA! SATUU..MALAYSIA!




Makin aku meningkat untuk tidak menjadi terlalu childish, makin aku percaya, dalam sesetengah relationship, it won't last long-kot.


Kalau friendship korang macam ada problems, pergi lah settle baik baik. But sometimes, ada sesetengah benda yg lagi bagus kalau biar macam tu je. Apa omputih kata? Just go with the flow apeke? Hentam je lah labu. Macam As in you are letting fate play out, rather than trying to control it. Lantaklah.


BestFriendForever.
Korang percaya mende ni? Kadang kadang aku percaya, kadang kadang tak. Aku percaya la bestfriend tu FOREVER
tapi bukan dengan orang yg sama.


Faham? Tak faham? Boleh blah. Ada aku kisah kau faham ke tak? Ada aku suruh kau mai sini baca blog aku? ADA? ADA? Aku dah start emo dah tetibe ni. Anyone, tolong kasi lempang manja sikit ini budak. Kasi pipi dia blushing sikitt je. Kau buat lebih lebih, aku kasi lebam bijik mata kau. Jangan main main. Ingat aku tak belaja taekwando? Aku dah khatam sampai tali pinggang oren tau. Ingat Nora Danish je ada tali pinggang pink? Apa gelak gelak? Jangankan tali pinggang. Tali perut, tali mata, tali kaki, tali tangan, talian anda tidak dapat disambungkan pun aku ada. Kau ada?


Aku just pelik. Macam mana hubungan persahabatan yg dah lama terjalin since 7-8 tahun lepas boleh jadi renggang tiba tiba je? Tapi kalau tu dah takdir kita, kena jelah terima kan. Kawan - easy come ; easy go. Satu pergi, insyaAllah yang lain akan datang :)

Aku just tanya je kau Okay ke tak. Jangan risau pasal aku. Risau pasal kau. Aku tak reti tunjuk sayang aku la weh. Ni cukup tak nak tunjuk sayang aku dekat korang, kawan kawan?

I LOVE YOU AND YOU AND YOU AND YOU SO MUCH.

Tuesday, December 21, 2010

...if you do so, you're insulting yourself

Heyy!

Aku jumpa quote ni masa tengah tunggu giliran nak berdating dengan doctor. Baca la. Fikir dalam dalam. Cari maksud sebenar quote ni. Kalau dah tau, comment la. Sebab... aku tak faham apa maksud quote ni~



Ini last update kot. Time korang tengah baca ni, aku dah selamat bergolek dekat Kelantan. Nanti aku balik, insyaAllah. Jangan rindu rindu tau. Aish, malu lah. Hee~

Saturday, December 18, 2010

What to do when you can't sleep at 1AM

Heyy!

Pernah tak terjaga dari tidur pukul 1-2 pagi sebab ada orang call lepastu terus takboleh tido dah? Dah lah takboleh tido, perut pulak asyik mintak makanan je. No food; no sleep! Yes food; yes you may go to sleep. Meh aku list kan apa yg korang boleh buat bila korang takboleh tido semula dan dalam keadaan lapar dan dalam keadaan menggigil kesejukan walaupun dah dibungkus dengan selimut Winnie The Pooh.


Orang kata, belum cuba belum tahu kan? So try la dulu pejam mata - mana tau kot kot boleh sambung tido ke. Kalau takboleh tido jugak, cuba untuk kali kedua. Kita ni jangan mudah putus asa. Cuba lagi dan lagi. Sampai kali ke lima belas, mata cakap I takmo tido, i takmo tido lah! , kita proceed ke step seterusnya.

Ambik handphone dekat bawah bantal. Nape bawah bantal? Sebab kalau letak dekat tempat lain, memang tak perasan ada orang call. Dah ambik... cari je nama sesape yg ada dalam otak korang sekarang ni. Then, taip macam ni;



Send banyak banyak setiap seminit. Ye, aku ulang. SETIAP SEMINIT. Kalau takde reply daripada orang tersebut, try send dekat orang lain. Takde reply jugak, pergi tanam handphone orang tersebut dalam tanah.

Bosan kan bila takde orang reply message kita? Haa, make sure credit korang banyak. Then, bukak Phonebook - hentam je nama sesape yg korang suka. First sekali, ganggu mental kawan baik korang yg mungkin tengah nyenyak tido mimpi jumpa Jonghyun atau kawan rapat lagi sorang yg tengah bergayut dengan aweknya atau sesape jelah. Apa? Oh What The...! Takde orang angkat. Dah lah, call orang lain pulak.


Lepas dah luah perasaan mengadu kelaparan, duduk bersila atas katil dan pejam mata. Sila pastikan lampu bilik dah tutup. Kalau tak, nanti takde feel nak menghayati penderitaan takdapat tido pukul 1-2 pagi. Tunggu dalam lima minit. Lima minit jela. Nak lama-lama buat apa? Boringgg. Macam orang tengah bertapa je.


Keluar bilik senyap senyap macam nak lari rumah, pergi dapur. Cari makan. Mana la tau bila dah kenyang nanti baru boleh tido ke kan? Kalau nasi dengan lauk dah habis, cari biskut. Biskut kering ke, biskut basah ke, biskut lembap ke, biskut beriklim sejuk ke. Janji biskut~ And then bancuh air panas. Bawak air tu dengan biskut masuk bilik. Okayyy, dah siap makan minum apa sume, boleh lah berhajat untuk sambung tido.


Ehh takboleh tido lagi sebab... KORANG PERGI BANCUH NESCAFE TU KENAPA? Ala bagusnyaaa. Nak tido tapi bancuh nescafe pulak kan. Boleh lah menangis menyesal dan pergi rak buku, cari majalah REMAJA yg korang baru beli semalam. Kajian Geografi Tempatan (hah?) mengatakan bahawa membaca buku sebelum tido ni boleh buat kita mengantuk seterusnya tertidur.


Tapi... macam takde kesan pun. Letak majalah ke tepi, baring atas katil, pandang siling. Pejam mata, golek sana golek sini. Berbungkus lah dalam selimut sampai nak dekat pukul limasetengah pagi. Lepastu ambik handphone, send message dekat abang atau kakak korang,


Lima minit menunggu dan masih takde reply. Okay boleh naik ke tingkat atas dan online.Baru duduk depan laptop, tengok tengok tak boleh guna laptop tu sebab apa entah. Kecewa T_________T


Masuk bilik. Buat lah drama swasta, cakap sorang sorang. Lepastu buat mini concert sorang sorang dalam bilik. Tak pon menari macam T-Ara dalam MV Yayaya. Nescaya korang akan kepenatan lalu tertido selepas melakukan bermacam-macam benda walaupun tak menjadi.

Friday, December 17, 2010

Magic Girl

Heyy!

Tadi aku gaduh dengan abang so aku pun lari pergi rumah Ida.  Masa tu dah 4PM, hujan renyai renyai. Sanggup pulak aku keluar rumah. Yelah, sebelum berlakunya pertumpahan darah dalam rumah antara abang dengan aku, baik si adik ni mengalah.

Pukul 4.50PM, dah melopong depan TV; tengok Music Bank. Aku ni mana pernah tengok Music Bank. Tengok pun masa dekat rumah Ida je. Ahh bestnya tengok walaupun takde English Subtitle.

Ingatkan Orange Caramel yg nyanyi lagu Magic Girl, rupanya orang lain nyanyi. Comeeeel gila. So girls, aku tahu korang suka manusia yg cute kan kan? Nahhh, tengoklah ni diorang nyanyi lagu Magic Girl. Ternganga mulut haku tengok diorang. Kecomelan mereka terserlaaaah.




Tadi blogwalking dekat blog Mimi so terjumpalah video ni. Haha comel tak comel tak? Comel macam _____ kan? 

Kontest Blog Terkemas

Dalam sehari je, aku tengok ramai gilaaa buat update pasal contest ni. Aku ni memang sensitif bab-bab join contest berkaitan dengan blog. Haha yelah, blog tak lawa macam orang lain kan. Kenalah sedar diri. Dah lah blog tak lawa&&kemas macam orang lain, owner pun.. lagilah. Saya tak lawa tapi saya comel~ Hah kan dah perasan!


Ada dua orang manusia comel menjemput aku join contest ni walaupun hati berbelah bagi. Dahlah nanti kena compete dengan something like lima ratus buah / bijik / helai / keping blog. Haaa banyak kan? Tapi orang cakap, Belum cuba belum tahu. Dah cuba, yuhuuu baru aku tahu!
Terima kasih HoraDora && Kak Wawa. Kalau Wani tak menang, siap koranggg! HAHAHA kidding jelah.



Follow blog Hana and Fyza. tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok :D
make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah .
buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .
bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .
kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.
tag 3orang blogger ok :)
3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti kitorang gitau . haha
UPDATE: sebab takut ramai sangat, limit untuk join 500 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)

Tag jelah sesape yg belum join/sesape yg rasa blog dia kemas gila gila/sesape yg rasa dia patut menang. Ya sila sila =)

Thursday, December 16, 2010

Maybe I don't need you. But...



L: You want me just to be your... friend?

E: You want the truth? I think you're my guardian angel.

L: What?

E: Do you know what it's like to have someone crash into your life with no warning? When you landed in my office, I was like, Who the fuck is this? But you shook me up. You brought me back to life at a time when I was in limbo. You were just what I needed...
You're just what I need.

L: Well I need you too. So we're even.

E: No, you don't need me. You're doing just fine.

L: Ok. Maybe I don't need you. But... I want you.

Actually aku rasa macam nak baca buku ni. MACAM jela. Tapi aku mintak buku lain dekat Kiera Yusri. So what kalau aku jadi Ulat Buku? Bukan ke Membaca tu Amalan Mulia? And kepada Ida si pemberi sinar, next year nak kasi buku lagi ke untuk Wani? Hee Kecil Halus Mulus tapak tangan, buku cerita saya tadahkan. Jangan kasi pelempang sudah.

Monday, December 13, 2010

LIRIK : Percaya Padaku

Abang aku ambik pekerja dari negeri sebelah ni. Apesal tak ambik orang kita? Sebab diorang mana nak kerja kerja kat tengah panas ni. Panas sikit mula lah nak berlagak mcm diva lah apa lah. Bersyukur weh ada kerja dekat Malaysia ni tapi korang taknak. Nak kerja aircond je, gaji tinggi tinggi, ada class gitu. Cewah memilih kau ye.


Baru baru ni abang bawak pekerja baru tu balik rumah. Dia duduk kat ruang tamu je la. Aku pulak masa tu tengah bukak tudung saji nak cari makan. Sedap je aku nyanyi lagu Taylor Swift (Haunted) lepastu tetibe dengar lagu dari ruang tamu. 'Eh eh mcm best pulak lagu ni'




aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Aku mmg jarang online sekarang ni

Sunday, December 12, 2010

Lawak lah konon #2

Sejak kebelakangan ni aktiviti menjadi monyet dok bergayut dalam gelap sbb bilik aku punya lampu rosak semakin berleluasa. Apa, ingat orang ada pakwe makwe je boleh gayut lama lama? Kawan-kawan yg baik dan kawan kawan baik (jangan tanya apa beza dua ni) telah baik hati call aku malam malam buta. Masing masing ikut giliran nak call aku. Cehhh.

So masa tengah cakap dgn Kiera Yusri, kitorang cakap pasal class tahun depan. Atau lebih tepat, kami bercakap pasal Kambing.


I : Kau rasa Kambing masuk class Aktif tak?
K : Naik kot.
I : Huh? Takpayah kot-kot la. Aku rasa dia naik class kot.
K : Tadi kau jugak tak payah cakap kot kot. Kau tu takpe pulak letak kot dkt belakang ayat -.-
I : Ye eh? Tak perasan pulak



Malam tadi entah apesal aku takboleh tido sebab ________. Fill in the blank. Maka aku taktau nak buat apa. Bukak New Message, send message dekat Kak Izzah. Konon ngadu takboleh tido sebab _____. Kan dah cakap sila isi tempat kosong tu. Haish


I : Akak,
Kakak : Ye?

Takde reply dari aku sbb terpaksa jadi monyet lagi.
Ada peminat call, kenalah layan. Kang kata sombong pulak.
HAHAHA

Kakak : Adik, nape? Sorry, tadi handphone akak tinggal dalam bilik. Okay tak?
I : Okay je. Nape?
Kakak : Takdela. Tanya je. Makan dah?
I: Dah. Akak, ___ comel tak?
Kakak : Yelah. Comel, kacak, style. Kenapa?

Diam utk beberapa saat.

I : Eh silap. Lupa pulak belum makan.
Kakak : Haha buat lawak sungguh lah. Makan ke belum boleh lupa pasal 'dia'.

Segala conversation telah di-edit untuk kebaikkan semua pihak.
Semua pihak palehotak kau!
Malam kang sape nak jadi monyet dengan aku? Meh la gelak guling guling gayut sana sini sesama.

Thursday, December 09, 2010

FACEBOOK : Tukar ke profile lama

Apesal la Facebook sekarang ni mengada nak buat upgrade profile yang baru. Yang lama ni okay apa. Takpayah la buat macam Tom Myspace asyik nak upgrade profile je tak sudah sudah. Mesti ada orang ter-ter-terterkan atau ter-ter-tertarik dengan new profile dekat Facebook lepastu "Menyesal aku tekan Get New Profile. Aduhh, buruknyaaa " Hah baru nak menyesal.


Kan dah tulis awal-awal masa nak tukar ke New Profile, once upgraded to new profile layout, you cannot switch back to old Facebook profile layout (officially).


Barang baru tak semestinya bagus, barang lama tak semestinya buruk.
Boyfriend baru tak semestinya handsome,
boyfriend lama tak semestinya... eh eh. Menyimpang pulak.






VS




BOLEH KLIK UNTUK IMAGE LAGI JELAS.

Mana lagi lawa?
Mana lagi best?
Mana lagi selesa?
Pilihan di tangan anda!
*Pandang tangan masing masing.


Jom berhijrah semula ke profile lama.



Pergi ke Account Settings


Deactivate account. Klik pada This Is Temporary. I'll Be Back. Aish, teringat lagu I'll Be Back (2PM) pulak.





Tunggu 5-10 minit, lepastu Reactivate semula. Kalau tak boleh, cuba lagi. Jangan gelabah terus berpeluh macam orang lari sukan olimpik ke apa.